Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi merupakan pejabat utama untuk Klinik-Klinik Kesihatan di Langkawi,

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. VISI
Negara menggemble

ng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatanmenghargai kesihatan sebagai aset paling berhargamengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:mengutamakan pelanggansaksamatidak membebankancekapwajar mengikut teknologiboleh disesuaikan mengikut persekitaraninovatifiii. dengan menekankan:sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukansifat menghormati maruah insanpenglibatan masyarakat
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksamatidak membebankan
- cekapwajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

KAMI SEDIA MEMBANTU - Profesionalisma , Penyayang & Kerja Berpasukan

14/05/2026

PANDUAN PILIH BAHAN MENTAH YANG BERSIH & SELAMAT πŸ₯©πŸŸπŸ₯•

Makanan yang selamat bermula daripada bahan mentah yang berkualiti. Pilih bahan yang segar dan bersih untuk elakkan risiko keracunan makanan.

πŸ’‘ Tips Memilih Bahan Mentah

πŸ₯¦ Sayur & Buah
β€’ Pilih yang segar dan tidak layu
β€’ Elakkan yang berkulat atau rosak

πŸ— Ayam & Daging
β€’ Isi pejal dan tidak berlendir
β€’ Tidak berbau busuk
β€’ Warna nampak segar dan semula jadi

🐟 Ikan Segar
β€’ Mata jernih
β€’ Insang merah cerah
β€’ Isi pejal dan tidak lembik

πŸ₯š Telur
β€’ Kulit bersih dan tidak retak
β€’ Tidak berbau pelik

🌢️ Bahan Kering
β€’ Tidak lembap atau berketul
β€’ Bebas serangga dan bendasing

πŸ₯« Makanan Dalam Tin/Kotak
β€’ Elakkan tin kemek, berkarat atau menggelembung
β€’ Semak tarikh luput sebelum beli

πŸ›‘οΈ Peringatan Keselamatan
β€’ Sentiasa semak tarikh luput
β€’ Asingkan bahan mentah dan makanan siap
β€’ Simpan makanan pada suhu yang sesuai

πŸ“Œ Ingat!
Keselamatan makanan bermula daripada pemilihan bahan mentah yang betul.




πŸ’‰ Vaksin melindungi kita daripada penyakit berbahaya dengan kandungan yang selamat, berkualiti dan berkesan. Lindungi di...
13/05/2026

πŸ’‰ Vaksin melindungi kita daripada penyakit berbahaya dengan kandungan yang selamat, berkualiti dan berkesan. Lindungi diri, lindungi komuniti.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🩺✨Hari ini, kita meraikan wira-wira berbaju putih dan biru yang menjadi tulang belak...
12/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🩺✨

Hari ini, kita meraikan wira-wira berbaju putih dan biru yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan kita. Khusus buat semua jururawat di bawah naungan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, terima kasih atas pengorbanan, kecekalan, dan kasih sayang yang dicurahkan demi kesejahteraan penduduk serta pelancong di Pulau Permata Kedah ini.

Tugas anda bukan sekadar kerjaya, ia adalah satu amanah yang luar biasa. Anda adalah cahaya dalam kegelapan dan pemberi harapan dalam kesakitan.

Terima kasih, Jururawat! Anda adalah kebanggaan kami. ❀️

09/05/2026

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah 🩸 yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen 🧬 yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

‼️Jika tidak dirawat, pesakit talasemia boleh membawa maut yang disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡Jom kita aktifkan diri bersama seisi keluarga di hari cuti hujung minggu ini...
08/05/2026

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Jom kita aktifkan diri bersama seisi keluarga di hari cuti hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam serta luar rumah kita.

Kami dah sediakan Senarai Semak Digital sebagai panduan dan nak bagi mudah hangpa buat gheja.

πŸ‘‰ Imbas kod QR di gambar atau klik terus link ni:

https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

⚠️ Beringat na, Demam Denggi ni bukan demam biasa-biasa, boleh bawak maut! Bertindak la ni... jangan buat tak peduli, satgi merana diri.




07/05/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➑ Letih melampau
➑ Pening
➑ Dahaga
➑ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.

πŸ’œ Lindungi si manja sejak dalam kandungan πŸ’œImunisasi Tdap semasa hamil membantu melindungi bayi daripada pertusis (batuk...
07/05/2026

πŸ’œ Lindungi si manja sejak dalam kandungan πŸ’œ
Imunisasi Tdap semasa hamil membantu melindungi bayi daripada pertusis (batuk kokol) pada bulan-bulan awal kehidupan. Antibodi daripada ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta untuk perlindungan awal sebelum bayi lengkap menerima imunisasi.
πŸ“Œ Disarankan untuk ibu hamil pada usia kandungan 28–32 minggu
πŸ“Œ Hanya 1 dos diperlukan setiap kehamilan
πŸ“Œ Boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ibu dan anak
✨ Imunisasi Tdap untuk ibu, perlindungan terbaik untuk bayi.

06/05/2026

Cuaca panas menyebabkan badan kita cepat hilang air. Jom amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ketika cuaca panas

Minum air secukupnya. Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Minum sebelum haus. Haus adalah tanda amaran awal sudah mula dehidrasi.
Hadkan aktiviti fizikal di luar bangunan.

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

05/05/2026
05/05/2026

🩸 Masalah anemia boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah kehilangan darah, kurangnya pengambilan zat besi atau menghidapi penyakit darah.

πŸ‘‰ Belia khususnya perlu peka terhadap risiko ini kerana gaya hidup aktif dan pemakanan yang tidak seimbang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya anemia.

Kepada individu, terutamanya belia, yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi penyakit darah seperti Thalassemia, bolehlah mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran. Amalkan pemakanan yang tinggi zat besi untuk menjaga kesihatan dan kekal bertenaga.



Jom orang-orang Langkawi, boleh daftar sebagai pengikrar derma organ seperti yang tertera.
05/05/2026

Jom orang-orang Langkawi, boleh daftar sebagai pengikrar derma organ seperti yang tertera.

πŸ’šπ‰πŽπŒ πˆπŠπ‘π€π‘ πƒπ„π‘πŒπ€ πŽπ‘π†π€ππŸ’š

Daftar dan kemaskini maklumat sebagai pengikrar derma organ dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.

Pusat Sumber Transplan Nasional menetapkan hanya pendaftaran pengikrar menerusi MySejahtera sahaja digunapakai secara sah pada masa kini.

Pengikrar yang berjaya mendaftar akan menerima kad ikrar digital.

Ikrar kita mampu memberikan harapan dan semangat baharu kepada pesakit yang sedang berjuang dan menunggu untuk mendapatkan organ dan tisu baharu bagi menyelamatkan nyawa mereka.

SATU IKRAR, SEJUTA HARAPAN



Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LANGKAWI, ARAS 6, KOMPLEKS LADA, Jalan PERSIARAN PUTRA,, LANGKAWI
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049667141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi:

Share