KLINIK KESIHATAN LENGGONG

KLINIK KESIHATAN LENGGONG Page Rasmi Klinik Kesihatan Lenggong
Promosi Kesihatan / Aktiviti Klinik
Sebarang Permasalahan Boleh Terus Ke Klinik atau Hubungi Talian : 05-7676519

Page Rasmi Klinik Kesihatan Lenggong

08/05/2026

Aktiviti Riadah Pagi: Stretching Exercise warga Klinik Kesihatan Lenggong.

✨ Pagi yang aktif, badan pun lebih segar! ✨Alhamdulillah, aktiviti Riadah Pagi: Stretching Exercise warga Klinik Kesihat...
08/05/2026

✨ Pagi yang aktif, badan pun lebih segar! ✨

Alhamdulillah, aktiviti Riadah Pagi: Stretching Exercise warga Klinik Kesihatan Lenggong telah dijalankan pagi ini dengan penyertaan staf yang sangat sporting dan bersemangat 💪😊

Melalui sesi regangan ringan dan aktiviti santai ini, warga kerja bukan sahaja dapat merehatkan minda daripada rutin harian, malah turut meningkatkan kecergasan serta mengeratkan hubungan sesama staf 🫶

Walaupun ringkas, aktiviti seperti ini memberi impak besar untuk kesihatan fizikal dan kesejahteraan emosi 🌿

Terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan aktiviti riadah pagi ini. Jumpa lagi dalam sesi riadah seterusnya! 🤸🏻‍♀️🤸🏻‍♂️




Tahniah,Selamat Pengantin Baru PPP Nurul Saedah & pasangan.Semalam, 30/4/2026, selepas morning briefing/passover di Unit...
01/05/2026

Tahniah,

Selamat Pengantin Baru PPP Nurul Saedah & pasangan.

Semalam, 30/4/2026, selepas morning briefing/passover di Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Lenggong sempat sebahagian dari Pegawai Perubatan & Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lenggong berkumpul meraikan PPP Nurul Saedah yang telah melangsungkan Majlis Walimatulurus beberapa minggu yang lalu.

Semoga PPP Nurul Saedah & pasangan dirahmati Ilahi & terus cemerlang dalam kerjanya.

PROGRAM KELAB WARGA EMASKLINIK KESIHATAN LENGGONGTarikh : 28 April 2026 (Selasa)Masa : 2 -5 ptgTempat : Unit Rehabilitas...
30/04/2026

PROGRAM KELAB WARGA EMAS
KLINIK KESIHATAN LENGGONG

Tarikh : 28 April 2026 (Selasa)
Masa : 2 -5 ptg
Tempat : Unit Rehabilitasi Klinik Kesihatan Lenggong
Tajuk ceramah kesihatan : “Kesihatan mental dalam kalangan wargaemas & AI dalam sokongan kesihatan mental”

Seramai lebih kurang 30 orang peserta dalam kalangan warga emas telah hadir bagi memeriahkan program pada hari ini. Sepanjang program berlangsung, turut diadakan sesi pemeriksaan gigi khas untuk warga emas yang hadir. Peserta yang menjalani pemeriksaan gigi telah menerima token sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.

Program dimulakan dengan sesi senaman “chairobik” yang dikendalikan oleh Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Lenggong. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.

Seterusnya, satu ceramah bertajuk kesihatan mental dalam kalangan warga emas telah disampaikan oleh Dr. Tong Yung Hung, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lenggong. Ceramah ini memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental serta cara-cara mengekalkan kesejahteraan emosi dalam kehidupan seharian.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah sebagai tanda penghargaan, diikuti dengan pemberian goodies kepada semua peserta.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga emas serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan pihak klinik.

Diharapkan juga agar segala ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian demi mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Program **Fun Walk / Brisk Walk ke Lenggong Heritage Walk** yang berlangsung pada 8 pagi, 24 April 2026 telah berjalan d...
24/04/2026

Program **Fun Walk / Brisk Walk ke Lenggong Heritage Walk** yang berlangsung pada 8 pagi, 24 April 2026 telah berjalan dengan jayanya 🎉🚶🏻‍♀️🚶🏻

Terima kasih diucapkan kepada penganjur Unit Farmasi KK Lenggong dan semua peserta yang hadir dan memeriahkan suasana dengan semangat serta komitmen yang tinggi 💪😄

Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kita ❤️

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang! Jumpa lagi di aktiviti seterusnya 👋😊

Esok cuti jangan lupa repeat Brisk Walk ya! 😉

24/04/2026

Ayuh normalisasikan aktiviti Brisk Walk dalam mencapai tahap kesihatan yang optimum!

Curi masa sikit sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersenam jom..





Program Pap Smear / Ceramah AI/BMI di Dewan Orang Ramai Kg Raban Lenggong. Program Dibawah KD Kuak. Tarikh : 22/4/2026Ma...
23/04/2026

Program Pap Smear / Ceramah AI/BMI di Dewan Orang Ramai Kg Raban Lenggong.
Program Dibawah KD Kuak.
Tarikh : 22/4/2026
Masa : 8.30am - 12.30pm

Aktiviti Yang Dijalankan.
1.Saringan Kesihatan
2. Saringan Pap Smear (LBC)
3. Saringan PKP ( pemeriksaan payudara)

Apa itu Saringan Pap Smear?

Pap smear adalah ujian saringan untuk mengesan perubahan awal pada sel-sel di pangkal rahim (serviks) yang boleh berkembang menjadi kanser serviks. Ujian ini sangat penting kerana kanser serviks sering kali tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom pada peringkat awal.

Apa itu Pemeriksaan Kendiri Payudara?
Saringan kendiri payudara, atau dikenali sebagai Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) bagi Mengesan awal Cancer Payudara.

Tujuan utamanya adalah untuk membiasakan diri dengan rupa dan rasa payudara anda sendiri, supaya sebarang perubahan (seperti ketulan) dapat dikesan lebih awal

Program Ibu Hamil: Cegah Anemia Dari Awal.KD Kota Tampan✨ Ibu hamil, jaga Hb tu penting tau!Alhamdulillah, semalam telah...
17/04/2026

Program Ibu Hamil: Cegah Anemia Dari Awal.
KD Kota Tampan

✨ Ibu hamil, jaga Hb tu penting tau!

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Program Ibu Hamil: Cegah Anemia Awal anjuran Klinik Kesihatan Lenggong 💗

Pelbagai aktiviti menarik diadakan — dari ceramah kesihatan, demo pemakanan sihat hinggalah kuiz interaktif untuk para ibu. Semua ini untuk bantu ibu kekal sihat, demi bayi yang sihat 🤰✨

🌸 Cegah anemia dari awal, ibu lebih bertenaga & kehamilan pun lebih selamat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ❤️
Nantikan lagi aktiviti kami selepas ini!

AKTIVITI GOTONG-ROYONGUNIT REHABILITASI, KK LENGGONGPada 27 Februari 2026, aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan se...
27/02/2026

AKTIVITI GOTONG-ROYONG
UNIT REHABILITASI, KK LENGGONG

Pada 27 Februari 2026, aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar Unit Rehabilitasi, KK Lenggong (klinik lama) telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Aktiviti ini telah melibatkan semua staf Unit Rehabilitasi termasuk Jurupulih Fisioterapi, Jurupulih Carakerja dan Pembantu Perawatan Kesihatan KK Lenggong. Turut sama membantu iaitu pengawal keselamatan.

Aktiviti pembersihan merangkumi kerja-kerja mencabut rumput, menyapu daun dan ranting kering, menjalankan pemeriksaan Aedes di longkang serta kawasan sekitar, dan membersihkan persekitaran unit bagi memastikan suasana yang bersih, selamat dan kondusif untuk warga kerja serta para pesakit.

Hasil kerjasama semua pihak, kawasan Unit Rehabilitasi kini berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Sekian, terima kasih atas komitmen dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

PROMOSI KESIHATAN TIBI DI BAZAAR RAMADHAN27Feb26 aktiviti promosi kesihatan(hebahan audio, edaran risalah, pondok panas ...
27/02/2026

PROMOSI KESIHATAN TIBI DI BAZAAR RAMADHAN

27Feb26 aktiviti promosi kesihatan(hebahan audio, edaran risalah, pondok panas dibuka) berkenaan Penyakit Tibi telah diadakan di Bazaar Ramadhan Dataran Lenggong.

Tibi merupakan penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui udara. Pengesanan awal dan rawatan yang lengkap adalah kunci utama memutuskan rantaian jangkitan.

Terima kasih atas kerjasama semua peniaga dan pengunjung yang memberi komitmen sepanjang aktiviti dijalankan.


“Gong Xi Fa Cai” dan “Xin Nian Kuai Le” kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia yang meraikan Tahun Baharu Cina.
17/02/2026

“Gong Xi Fa Cai” dan “Xin Nian Kuai Le” kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia yang meraikan Tahun Baharu Cina.

“Gong Xi Fa Cai” dan “Xin Nian Kuai Le” kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia yang meraikan Tahun Baharu Cina.

Dalam semangat menyambut Tahun Kuda kali ini, marilah kita memperbaharui azam untuk terus mengutamakan kesihatan, kesejahteraan dan perpaduan demi kemakmuran bersama.

Address

Lenggong
33400

Telephone

+6057676519

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLINIK KESIHATAN LENGGONG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share