Elim Family Medical Clinic

Elim Family Medical Clinic We care for all ages with exceptional medical service. Your family's health is our priority.

Happy Sarawak Day!Please note that there will be an adjustment of clinic operating hour today:8am to 12.30
22/07/2025

Happy Sarawak Day!

Please note that there will be an adjustment of clinic operating hour today:

8am to 12.30

11/07/2025

Awasi anak anda semasa cuaca panas.

Pastikan mereka:

👉 Tidak bermain di luar semasa panas terik ☀️.
👉 Kerap minum air kosong 🥤.
👉 Gunakan payung ☂️ / topi 🧢 ketika berada di luar.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / MyHealthKKM

07/07/2025
21/05/2025
08/05/2025

🩸Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ianya bukan penyakit berjangkit. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Pesakit talasemia perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran.

Selamat Hari Talasemia Sedunia ❤️

30/04/2025

Dulu, dialah orang yang paling bersemangat.

Dialah yang merancang.
Dialah yang mengatur.
Dialah yang mengajak semua orang berkumpul,

Tapi satu hari,
selepas satu episod yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa,
dia diam-diam menarik handbrake.
Menjarakkan diri perlahan-lahan dari semua majlis, semua pertemuan.

Kini bila tidak dijemput, dia tidak lagi bertanya.
Bila dijemput, dia tetap memilih untuk tidak hadir.

Bukan kerana dia membenci.
Bukan kerana dia sombong.
Tapi kerana ada sesuatu dalam dirinya yang telah berubah.

Kerana kadang-kadang, bila hati terlalu penat, dunia luar terasa terlalu bising.

Social withdrawal bukanlah tanda malas atau sombong.

Ia adalah isyarat bahawa seseorang itu mungkin perlukan ruang, pemulihan, atau pertolongan, lebih dari yang mereka mampu ungkapkan dengan kata-kata.


03/03/2025

Masalah pendengaran👂🏻 yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising 🔊 pada jangka masa dan tahap bunyi berlebihan.

⚠️ Jika anda mengalami tanda-tanda masalah pendengaran, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai audiologi atau doktor bertauliah.






03/03/2025

Selamat menyambut yang penuh keberkatan kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia!

Penghargaan khas saya tujukan kepada petugas kesihatan yang terus berkhidmat tanpa mengenal penat lelah, meskipun dalam bulan Ramadan. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, keberkatan dan balasan terbaik bagi setiap usaha murni yang dicurahkan.

Tidak lupa juga warga Kuala Selangor yang akan turut bersama-sama saya mengimarahkan pengisian sepanjang bulan ini.

Ramadan adalah sebuah perjalanan rohani yang mengajar kita tentang ketakwaan, kesabaran, dan kesyukuran. Elakkan pembaziran, perbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan, dan amalkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan.

Manfaatkanlah madrasah Ramadan untuk membina gaya hidup sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, serta putuskan amalan merokok sepenuhnya.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, serta rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Selamat berpuasa dan semoga amal ibadah kita diterima.

#رمضان 🌙✨

08/01/2025

📌 Kanser ovari merupakan kanser di ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan o**m dan hormon wanita.

Faktor risiko bagi kanser ovari adalah:

👉Umur lanjut
👉 Obesiti
👉Sejarah keluarga
👉 Penggunaan ubat hormon selepas menopaus
👉Individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil

✅ Dikongsikan gejala dan simptom kanser ovari untuk panduan. Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan pemeriksaan doktor apabila berlaku perubahan pada diri mereka.

🩺❤️💪 Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor pakar bertauliah sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan.






23/11/2024

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.

Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.



Address

No. 81
Lundu
94500

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
13:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:30
13:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:30
13:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:30
13:30 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
13:30 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+6082732000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Elim Family Medical Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Elim Family Medical Clinic:

Share