Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan

Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan Klinik untuk masyarakat

Ada apa dengan campak?🤔
16/07/2025

Ada apa dengan campak?🤔

Apa itu influenza?
14/05/2025

Apa itu influenza?

[AD] Influenza BUKAN sekadar selesema bermusim—ia adalah virus yang serius dan mengancam nyawa yang menjejaskan jutaan orang serta membebankan sistem kesihat...

Info berkaitan vaksin untuk kanak-kanak.
14/05/2025

Info berkaitan vaksin untuk kanak-kanak.

Vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan diberikan kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun.Jalani tanggungjawab anda sebagai ibu bapa.Ber...

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARIWHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil  leb...
08/04/2025

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARI

WHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil lebih kurang 25 gram (6 sudu teh) gula sahaja dalam sehari.

Satu tin minuman berkarbonat = ~ 10 sudu teh gula (40 gram).
Hancur sudah kuota gula sehari, bukan?

Lagi-lagi dengan minuman 'ice-blended', 'frappe', kek comel, bubur manis, sos dan banyak lagi. Hmm.. Macam boleh tahu sebab kenapa Malaysia ada 3.5 juta pengidap diabetes kan??

Kita semua tahu, pengambilan gula berlebihan memudaratkan kesihatan.
Marilah kita sama-sama mengamalkan langkah bijak untuk mengawal pengambilan gula.

Jom baca 7 LANGKAH BIJAK KURANGKAN GULA. 👇

16/03/2025

Assalamualaikum semua.
Sempena Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia pada 24 Mac nanti, kita nak pantau pengetahuan kakitangan Klinik Kesihatan Batu 30 mengenai TB.😆
Agak-agak kakitangan kesihatan kita ni tau tak pasal penyakit TB?? 🤭
Apa kata harini, kita terjah staff Klinik Kesihatan Batu 30 tentang pengetahuan TB mereka??
Jom tengok video 👇👇👇

Untuk masyarakat sekitar dan seluruh warga Machang, sila dapatkan rawatan awal jika anda adalah kontak rapat kepada pesakit TB atau jika anda mempunyai gejala-gejala TB

Bersama kita banteras TB.💪🏻

Mencegah lebih baik dari mengubati.
17/02/2025

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.






Masyarakat sekitar dijemput ke Klinik Kesihatan terdekat bagi mendapatkan suntikan percuma.
17/02/2025

Masyarakat sekitar dijemput ke Klinik Kesihatan terdekat bagi mendapatkan suntikan percuma.

🎀Program PinkTober Klinik Kesihatan Batu 30🎀.Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2024.Terima kasih pada semua yang ...
17/10/2024

🎀Program PinkTober Klinik Kesihatan Batu 30🎀.
Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2024.
Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program harini.

Utamakan Kesihatan Di Tempat KerjaSelamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024
11/10/2024

Utamakan Kesihatan Di Tempat Kerja

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024


🚴‍♂️⛹️ Aktiviti fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Selain itu ia dapat mengawal tekanan darah dan mengurangk...
04/10/2024

🚴‍♂️⛹️ Aktiviti fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Selain itu ia dapat mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes, ia juga dapat membantu mengekalkan berat badan ideal dan sekaligus mencegah masalah berlebihan berat badan dan obesiti.
Aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mental dengan meransang hormon endorfin dalam badan iaitu hormon gembira yang membantu untuk mengurangkan rasa kemurungan dan tekanan. Contoh aktiviti fizikal yang sesuai adalah seperti berjalan, berbasikal, menaiki tangga, permainan aktif, membuat kerja rumah dan lain-lain.
Namun demikian, anda dinasihatkan agar berunding dengan pakar kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu jika anda:
1️⃣ Ingin kembali aktif setelah sekian lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal (kehidupan sedentari);
2️⃣ mempunyai sebarang masalah kesihatan,mengandung; dan
3️⃣ berumur 40 tahun ke atas.
Jom sihat cergas dan aktif!


Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mende...
04/10/2024

Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.

Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran anda‼️

⚠️ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamat‼️

Kami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.



Jemput semua warga sekitar untuk datang ke Klinik Desa Jakar🤗🤗Hari ini kami memberi perkhidmatan saringan kesihatan (tek...
12/09/2024

Jemput semua warga sekitar untuk datang ke Klinik Desa Jakar🤗🤗
Hari ini kami memberi perkhidmatan saringan kesihatan (tekanan darah,bmi,gula),saringan sarcopenia dan saringan kesihatan wanita (mamogram dan pap smear).
Ada banyak cabutan bertuah utk para peserta juga🤗🤗.
Jom datang beramai2.

Address

Batu 30
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share