Pergigian Machang

Pergigian Machang Pergigian Machang merangkumi KP Machang, KP KKM ,KP P.Chondong, KP Labok, Kp Batu30 & KP Temangan

Kita semua s**a makanan dan minuman manis, tapi tahukah anda gula boleh merosakkan gigi? Apabila gula bercampur dengan b...
07/10/2025

Kita semua s**a makanan dan minuman manis, tapi tahukah anda gula boleh merosakkan gigi? Apabila gula bercampur dengan bakteria dalam mulut, ia menghasilkan asid yang menghakis enamel gigi dan menyebabkan gigi berlubang. Jadi, kurangkan gula dalam diet harian anda supaya gigi kekal kuat dan senyuman sentiasa sihat!

Perkhidmatan Pergigian Bergerak dan Pameran Pergigian bagi Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun...
23/09/2025

Perkhidmatan Pergigian Bergerak dan Pameran Pergigian bagi Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025.

Anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKNK dengan Kerjasama Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan (MPS Kelantan) dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Tarikh : 22 September 2025
Masa : 7.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dataran Kemahkotaan, Machang, Kelantan


🦷 Mitos berkaitan pergigian sering menyebabkan salah faham dalam penjagaan kesihatan mulut.📌 Poster ini menjelaskan perb...
23/09/2025

🦷 Mitos berkaitan pergigian sering menyebabkan salah faham dalam penjagaan kesihatan mulut.
📌 Poster ini menjelaskan perbezaan antara mitos dan fakta supaya anda dapat membuat pilihan yang lebih tepat.

Ambil cakna dengan pengambilan antibiotikSaranan di atas pasti sudah biasa didengari dan tidak asing lagi bagi setiap la...
18/08/2025

Ambil cakna dengan pengambilan antibiotik

Saranan di atas pasti sudah biasa didengari dan tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat yang pernah menerima rawatan antibiotik. Namun, mengapa ianya sangat penting bagi kita untuk melakukan sedemikian?
- Mengelakkan diri kita daripada terkena jangkitan semula.
- Mengelakkan kerintangan antibiotik iaitu bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik biasa yang digunakan untuk merawat jangkitan berpunca daripada bakteria berkenaan.

Dibawah adalah cara pengambilan antibiotik. Sama-sama kita amalkan dengan cara yang betul.

ANDA MEMPUNYAI MASALAH GIGI TERIMPAK?Gigi yang terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh di dalam tulang rahang akibat tida...
15/08/2025

ANDA MEMPUNYAI MASALAH GIGI TERIMPAK?

Gigi yang terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh di dalam tulang rahang akibat tidak cukup ruang atau terhalang laluan penumbuhannya.

Pelbagai tanda-tanda akibat dari masalah gigi terimpak ini termasuk:
1. Gigi berlubang
2. Sakit untuk membuka mulut
3. Susah untuk makan dan menelan
4. Gusi bernanah, sakit dan bengkak
5. Sukar untuk menelan/makan

Jika anda mempunyai masalah ini, SILA RUJUK KE DOKTOR GIGI SECEPAT MUNGKIN untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

ANDA MEMPUNYAI MASALAH GIGI TERIMPAK?Gigi yang terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh di dalam tulang rahang akibat tida...
15/08/2025

ANDA MEMPUNYAI MASALAH GIGI TERIMPAK?

Gigi yang terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh di dalam tulang rahang akibat tidak cukup ruang atau terhalang laluan penumbuhannya.

Pelbagai tanda-tanda akibat dari masalah gigi terimpak ini termasuk:
1. Gigi berlubang
2. Sakit untuk membuka mulut
3. Susah untuk makan dan menelan
4. Gusi bernanah, sakit dan bengkak
5. Sukar untuk menelan/makan

Jika anda mempunyai masalah ini, SILA RUJUK KE DOKTOR GIGI SECEPAT MUNGKIN untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

*NOTIS PEMBERITAHUAN*Assalamualaikum dan salam sejahtera, dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Machang kini dalam proses ...
30/07/2025

*NOTIS PEMBERITAHUAN*

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Machang kini dalam proses pembaikan dan kerja-kerja naik taraf bermula

1 OGOS - 30 NOVEMBER 2025

Kami hanya menerima pesakit melalui sistem temujanji MySejahtera dan rawatan hanya terhad kepada RAWATAN ASAS sahaja.

Sila ke klinik pergigian berhampiran tempat tinggal anda bagi mendapatkan rawatan pergigian melalui tempahan MySejahtera.

Terima Kasih

🦷 AWAS! DRY SOCKET selepas cabutan gigi?Lubang cabutan gigi sepatutnya dipenuhi darah beku untuk melindungi tulang dan s...
20/07/2025

🦷 AWAS! DRY SOCKET selepas cabutan gigi?
Lubang cabutan gigi sepatutnya dipenuhi darah beku untuk melindungi tulang dan saraf. Tapi bila darah beku tu tercabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan dry socket — satu keadaan yang sakit sangat! 😣

📌 Antara puncanya:
– Hisap rokok 🚬
– Kumur terlalu kuat 🌀
– Gagal ikut arahan penjagaan lepas cabutan

📞 Rasa ngilu teruk beberapa hari selepas cabutan? Jangan tunggu — jumpa doktor gigi segera!

TAHUKAH ANDA ?Pericoronitis iaitu keradangan gusi di sekeliling gigi geraham bongsu disebabkan jangkitan bakteria,plak d...
20/07/2025

TAHUKAH ANDA ?
Pericoronitis iaitu keradangan gusi di sekeliling gigi geraham bongsu disebabkan jangkitan bakteria,plak dan sisa makanan. Lakukan pemeriksaan pergigian dengan segera di klinik berhampiran

Address

Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

099741467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category