Klinik Pakar Tulang Melaka

Klinik Pakar Tulang Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Pakar Tulang Melaka, Medical and health, Putra Specialist Hospital, Tingkat 3, 169 Jalan Bendahara, Malacca City.

Klinik Pakar Ortopedik yang menyediakan perkhidmatan dalam merawat kecederaan tulang, pembedahan sendi haus (Osteoarthritis), kecacatan tulang belakang atau anggota badan dan rehabilitasi ortopedik.

Patah tulang pergelangan tangan  pada kanak-kanak berlaku akibat terjatuh. Tangan akan jatuh ke tanah dan menopang berat...
08/08/2024

Patah tulang pergelangan tangan pada kanak-kanak berlaku akibat terjatuh. Tangan akan jatuh ke tanah dan menopang berat badan. Mekanisme ini dipanggil "fall in outstretched hand". Rawatan pembedahan perlu dilakukan. Fragmen tulang yg patah akan ditarik untuk mengembalikan ke kedudukan asal dan dawai K-wire dimasukkan. Tempoh penyembuhan adalah sekitar 3 minggu hingga 4 minggu. Setelah itu, dawai perlu ditarik keluar.


"Dr, besi dalam tulang kaki sy ni kekal atau kena buka keluar?". Soalan yg selalu ditanya oleh pesakit sebelum atau sele...
29/10/2022

"Dr, besi dalam tulang kaki sy ni kekal atau kena buka keluar?". Soalan yg selalu ditanya oleh pesakit sebelum atau selepas pembedahan tulang yg patah. Secara amnya besi di dalam tulang TIDAK PERLU dikeluarkan sekiranya tidak ada apa2 masalah. Besi di dalam tulang tidak mengganggu sistem badan. Besi ini tidak berkarat serta tidak mengeluarkan partikel yg berbahaya pada tubuh.
Besi dalam tulang hanya perlu dikeluarkan sekiranya
👉terdapat jangkitan kuman pada tulang atau besi
👉besi mengganggu pergerakan sendi
👉besi atau skru yg panjang sehingga mencucuk kulit dan menyebabkan sakit
👉besi yg mengganggu pertumbuhan kanak2.

Semoga bermanfaat.

Rawatan pembedahan patah tulang peha atau femur boleh dilakukan dengan memasukkan besi ke dalam tulang. Material yang di...
17/09/2022

Rawatan pembedahan patah tulang peha atau femur boleh dilakukan dengan memasukkan besi ke dalam tulang. Material yang digunakan pada besi ini adalah stainless steel atau titanium. Besi tersebut berbentuk kepingan plate atau rod paku. Pemilihan material atau bentuk besi bergantung kepada corak atau konfigurasi tulang yang patah. Besi ini berperanan untuk menyambung kembali struktur tulang yang patah.



Tulang peha dikenali sebagai tulang femur merupakan antara tulang yang paling kuat dalam badan. Tulang ini bersendikan t...
17/09/2022

Tulang peha dikenali sebagai tulang femur merupakan antara tulang yang paling kuat dalam badan. Tulang ini bersendikan tulang pelvis pada bahagian atas membentuk sendi pinggul dan tulang tibia pada bahagian bawah membentuk sendi lutut. Patah pada tulang femur adalah daripada kesan impak yang kuat melebihi daripada tekanan yang boleh ditanggungnya. Majoriti pesakit yang mengalami patah tulang ini adalah akibat kemalangan jalan raya. Pesakit perlu segera dibawa ke hospital untuk rawatan. Pesakit boleh kehilangan darah sehingga 1.5 liter akibat patah. Oleh itu, pesakit perlu dibedah dengan cara memasukkan besi untuk mencantum semula tulang yang patah



13/09/2022
19/07/2022

Address

Putra Specialist Hospital, Tingkat 3, 169 Jalan Bendahara
Malacca City
75100

Telephone

+60196600874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pakar Tulang Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram