29/10/2025
Inhaler Herba Popular Dari Thailand Ditarik Balik Dikesan Tercemar Mikroba
Ramai yang bawa balik produk ni bila melancong ke Thailand. Kecil, wangi, dan buat rasa segar bila disedut. Tapi tahukah anda produk Hong Thai Herbal Inhaler Formula 2 kini ditarik balik dari pasaran selepas gagal ujian keselamatan oleh FDA Thailand?
Ujian makmal mendapati produk ini tercemar dengan bakteria dan kulat berbahaya, termasuk Clostridium spp., iaitu bakteria yang boleh sebabkan jangkitan serius pada paru-paru dan sistem pernafasan.
Bila anda sedut inhaler yang tercemar, mikroba halus ini boleh masuk terus ke saluran pernafasan, menyebabkan:
• Batuk dan sesak nafas
• Jangkitan paru-paru (pneumonia)
• Reaksi alergi teruk bagi pesakit asma
• Risiko jangkitan darah bagi mereka yang imun lemah
Produk ini dikesan tercemar termasuk Clostridium spp., iaitu bakteria yang jarang tetapi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru/empiema yang serius dalam keadaan tertentu (contohnya warga emas/imun lemah).
📦 Batch terjejas:
No. 000332
Dikeluarkan: 9 Dis 2024
Luput: 8 Dis 2027
Di Malaysia, produk ini tidak berdaftar dengan NPRA (KKM). Ini bermakna tiada jaminan keselamatan dan ia tidak diluluskan untuk digunakan di negara ini.
Ingat walau nampak “natural” atau “herba”, jika tidak melalui kawalan makmal KKM, risiko tetap ada.Jangan kerana bau herba yang wangi, anda ambil risiko yang boleh menjejaskan nyawa.