26/08/2025
Kami di Unit Penjagaan Paliatif, Hospital Melaka berbesar hati menerima kunjungan Ketua Subkepakaran Perubatan Paliatif, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Fazlina Ahmad bersama-sama dengan mantan Pakar Paliatif Hospital Melaka Dr. Saiful Adni yang kini berkhidmat di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Lawatan juga diserikan dengan perbincangan ringkas tentang pencapaian dan perkhidmatan paliatif di Negeri Melaka bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Perubatan I - Dr. Sharifah Omar, Ketua Jabatan Perubatan dan Nefrologi - Dr. Chong Hwee Cheng dan Pakar Paliatif Hospital Melaka - Dr. Tan Ee Lane.
Diharapkan, perkhidmatan paliatif akan terus berkembang dan terus membantu pesakit-pesakit di Negeri Melaka serta keluarga mereka pada masa akan datang.