Advanced Wound Care Center & Supplies

Advanced Wound Care Center & Supplies Selain itu, kami juga menjalankan perkhidmatan mencuci luka di rumah.

Advanced Wound Care Center & Supplies SSM No: 202003088278 (003098356-D) menyediakan barang cucian luka yang berqualiti & terjamin keberkesanannya serta menyediakan khidmat cucian luka.

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang tidak pernah berhenti berusaha.Setiap langkah kecil yang diambil hari ini membawa...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang tidak pernah berhenti berusaha.
Setiap langkah kecil yang diambil hari ini membawa kita lebih dekat kepada impian.
Jangan pernah lelah untuk memberi yang terbaik, kerana kerja kerasmu adalah inspirasi kepada ramai 🫂💙

JANGAN TUNGGU SEHINGGA NAMPAK TULANG, BARU NAK MENCARI RAWATAN! 🛑"Alah, merah sikit je ni kat bahagian punggung mak ni.....
30/04/2026

JANGAN TUNGGU SEHINGGA NAMPAK TULANG, BARU NAK MENCARI RAWATAN! 🛑

"Alah, merah sikit je ni kat bahagian punggung mak ni..."

Tuan-tuan dan Puan-puan, inilah ayat yang paling BAHAYA bila kita menjaga pesakit yang terlantar atau "bedridden". Hakikatnya, dalam dunia perubatan, itu adalah isyarat kecemasan TAHAP 1 ULSER TEKANAN (BEDSORES).

APA YANG BERLAKU KALAU KITA BIARKAN?

1️⃣ LUKA MULA BERLUBANG: Kulit akan pecah dan mula menampakkan isi (Tahap 2 & 3).
2️⃣ BAU BUSUK & NANAH: Tanda kuman sudah mula membiak dengan aktif.
3️⃣ NAMPAK TULANG: Ini tahap paling kritikal (Tahap 4). Masa ini, risiko kuman masuk ke dalam darah (Sepsis) sangat tinggi dan boleh mengancam nyawa!

Kenapa kami selalu pesan untuk rawat awal?

Sebab bila luka sudah berlubang dalam, kos untuk membeli special dressing seperti foam, alginate, atau penyewaan mesin vakum (NPWT) jauh lebih mahal berbanding rawatan awal.

Masa itu, kita bukan sahaja sedih tengok mak atau ayah menanggung sakit, tapi poket kita pun turut "sakit".

BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU ANDA?

Kami menyediakan:
✅ KONSULTASI PROFESIONAL: Kami nilai tahap serius luka pesakit.
✅ TEKNIK CUCIAN MODEN: Kurang sakit, lebih cepat sembuh.
✅ PRODUK BERKUALITI: Kami bekalkan alatan dressing yang tepat mengikut jenis luka.

JANGAN TANGGUH LAGI!

Satu hari anda tangguh, satu inci luka mungkin merebak. Bertindak sekarang demi keselesaan dan kesihatan orang tersayang.

HUBUNGI KAMI GAMBAR LUKA tersebut atau klik link WhatsApp di BIO untuk konsultasi secara PERCUMA.

Ini 5 langkah kritikal yang perlu anda lakukan:1️⃣ TEKAN TERUS PADA LUKA (DIRECT PRESSURE) 🖐️Cari kain yang paling bersi...
28/04/2026

Ini 5 langkah kritikal yang perlu anda lakukan:

1️⃣ TEKAN TERUS PADA LUKA (DIRECT PRESSURE) 🖐️
Cari kain yang paling bersih atau gauze, tekan sekuat hati di atas punca pendarahan. Kalau kain tu lencun dengan darah, JANGAN SEKALI-KALI ANGKAT kain tu. Tindih sahaja dengan lapisan kain baru di atasnya. Kenapa? Sebab kalau kita angkat, kita akan "meragut" darah yang baru nak membeku (clotting) dan pendarahan akan jadi lebih teruk!

2️⃣ TINGGIKAN ANGGOTA YANG LUKA (ELEVATION) 🆙
Jika luka pada tangan atau kaki, angkat anggota tersebut tinggi sedikit daripada paras jantung pesakit. Ini teknik fizik untuk kurangkan tekanan aliran darah ke kawasan luka tersebut. Bila tekanan kurang, darah lebih mudah berhenti.

3️⃣ JANGAN CABUT OBJEK TERTANCAP! 🚫🗡️
Kalau nampak ada serpihan kaca, kayu, atau besi yang masih tertancap, JANGAN PANDAI-PANDAI CABUT. Objek itu sebenarnya bertindak sebagai "plug" atau penyumbat saluran darah. Jika dicabut tanpa peralatan hospital, pendarahan boleh jadi luar kawalan (massive bleeding). Biar pakar perubatan yang uruskan.

4️⃣ ELAKKAN "PETUA" YANG MEMBAHAYAKAN 🙅‍♂️☕
Tolong jangan letak ubat gigi, serbuk kopi, atau minyak-minyak yang tidak steril ke dalam luka yang terbuka luas. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan JANGKITAN KUMAN yang sangat serius. Selain itu, ia akan menyukarkan doktor untuk mencuci luka tersebut nanti.

5️⃣ BALUTAN YANG KEMAS (PRESSURE BANDAGE) 🩹
Setelah darah nampak berkurangan, balut luka dengan kemas menggunakan bandage. Pastikan balutan itu cukup KETAT untuk kekalkan tekanan, tapi jangan sampai menyebabkan anggota badan jadi biru atau kebas.

Tolong SHARE perkongsian ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita tak tahu bila ilmu ni akan membantu menyelamatkan nyawa orang yang kita sayang. 🚑✨

✨NOW ON STOCK✨ESSENTA Skin Barrier Spray 💙Lindungi kulit, kurangkan iritasi🔥RM49.90 SAHAJA (LIMITED)Cepat grab sebelum h...
24/04/2026

✨NOW ON STOCK✨

ESSENTA Skin Barrier Spray 💙
Lindungi kulit, kurangkan iritasi

🔥RM49.90 SAHAJA (LIMITED)

Cepat grab sebelum habis 🛒

Kenapa ramai fasiliti kesihatan pilih VAC Machine untuk rawatan luka? 🤔VAC Machine menggunakan teknologi negative pressu...
23/04/2026

Kenapa ramai fasiliti kesihatan pilih VAC Machine untuk rawatan luka? 🤔

VAC Machine menggunakan teknologi negative pressure yang membantu proses penyembuhan luka dengan lebih berkesan. Ini sebabnya:

✨ Percepatkan penyembuhan luka
Tekanan negatif membantu menarik tepi luka lebih rapat dan merangsang pertumbuhan tisu baru, jadi luka sembuh dengan lebih cepat.

🛡️ Kurangkan risiko jangkitan
Mesin ini menyedut keluar cecair berlebihan (exudate) bersama bakteria daripada luka, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan.

🕒 Kurang kekerapan dressing
Balutan khas boleh bertahan lebih lama berbanding dressing biasa, jadi pesakit tak perlu kerap tukar, lebih selesa & praktikal.

💪 Sesuai untuk luka kronik & kompleks
Sangat membantu untuk luka seperti kencing manis, pressure sore, dan luka selepas pembedahan yang lambat sembuh.

VAC Machine bukan sekadar rawatan, tapi solusi untuk mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

📩 Nak tahu lebih lanjut atau sesuai untuk kes tertentu? Hubungi kami sekarang!

BALUTAN P**A ASYIK TERTANGGAL DAN KULIT JADI MERAH?Guna pita pelekat biasa, sekejap je dah basah, berbulu dan tertanggal...
21/04/2026

BALUTAN P**A ASYIK TERTANGGAL DAN KULIT JADI MERAH?

Guna pita pelekat biasa, sekejap je dah basah, berbulu dan tertanggal. Kadang-kadang kulit sekeliling luka p**a jadi gatal, melecet dan merah-merah sebab gam pita tu terlalu kuat dan tak sesuai dengan kulit.

Sebab itulah anda perlukan EZ FILM FIX.

Tapi tunggu sebentar, ada satu perkara penting anda kena tahu: Ini BUKAN plaster biasa yang anda tampal terus ke atas luka!

EZ Film Fix adalah sejenis Pembalut Sekunder. Maksudnya, kalau anda merawat luka menggunakan pembalut yang tidak mempunyai gam seperti EZFoam, kain kasa/gauze, atau kapas, EZ Film Fix inilah yang bertindak sebagai "pelekat ajaib" untuk mengunci pembalut tersebut dengan sangat kemas dan selamat.

Penjagaan luka kini jauh lebih mudah, bersih, dan profesional walau hanya buat sendiri di rumah. Tak perlu lagi balut tebal-tebal sampai pesakit rasa rimas.

Stok sentiasa laku keras untuk penggunaan klinik dan rumah. Jangan tunggu luka terjangkit kuman baru nak bertindak! Hubungi kami sekarang!

Promo clear stock! 🔥Hydrocyn Aqua Gel – soothing & bacteriostatic effectSekarang RM18.00 sahaja!Limited stock, first com...
21/04/2026

Promo clear stock! 🔥
Hydrocyn Aqua Gel – soothing & bacteriostatic effect
Sekarang RM18.00 sahaja!
Limited stock, first come first serve!

🛒 Order sekarang: https://s.shopee.com.my/3VgU7f7TRG

JANGAN TERPEDAYA DENGAN ‘GIGITAN SERANGGA’ INI, RUPA-RUPANYA PENYAKIT AUTOIMUN AGRESIF! Pernahkah anda melihat luka yang...
16/04/2026

JANGAN TERPEDAYA DENGAN ‘GIGITAN SERANGGA’ INI, RUPA-RUPANYA PENYAKIT AUTOIMUN AGRESIF!

Pernahkah anda melihat luka yang bermula hanya seperti bintik kecil, tetapi tiba-tiba merebak menjadi ulser besar dalam masa beberapa hari sahaja?

Hati-hati, ia mungkin bukan jangkitan bakteria biasa, tetapi Pyoderma Gangrenosum (PG).

Cara rawatannya juga sangat berbeza daripada luka biasa:

1. Menenangkan Sistem Imun (Immunosuppressant): Oleh kerana sistem imun sedang terlampau aktif dan menyerang tisu badan sendiri, rawatan utama adalah dengan menggunakan ubat untuk menekan sistem imun (immunosuppressant) supaya keradangan dapat dikurangkan dan serangan ke atas kulit dapat dihentikan.

2. Cuci Luka Secara Lembut: Luka PG ini WAJIB dicuci dengan lembut dan perlu melakukan prosedur membuang tisu mati secara setiap hari. Semakin lembut kita menggosok, semakin cepat bakteria tersebut mati dan luka mengecil.

3. Rawat Punca Utama: PG biasanya berpunca daripada penyakit lain seperti masalah usus atau sendi. Mengawal penyakit sedia ada ini adalah kunci untuk menstabilkan sistem imun dan mempercepatkan penyembuhan luka kulit.

Jika anda atau kenalan mempunyai luka yang berkelakuan pelik, segeralah dapatkan pemeriksaan pakar kulit dengan segera. Diagnosis awal dapat menyelamatkan lebih banyak tisu kulit daripada rosak. Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jangan lupa kongsi hantaran ini untuk kesedaran bersama. ✨

🔥 LUKA TAK SEMBUH-SEMBUH? PILIH PEMBALUT YANG BETUL!Kenalkan EzFoam Dressing – sesuai untuk pelbagai jenis luka dengan f...
15/04/2026

🔥 LUKA TAK SEMBUH-SEMBUH? PILIH PEMBALUT YANG BETUL!

Kenalkan EzFoam Dressing – sesuai untuk pelbagai jenis luka dengan fungsi yang membantu proses penyembuhan jadi lebih baik 💛

✅ Sesuai untuk:

• Melecur (burns)
Melindungi kulit yang rosak dan bantu kekalkan persekitaran luka yang sesuai untuk pulih

• Luka pembedahan (incision)
Menutup luka dengan selamat dan kurangkan gangguan pada kawasan jahitan

• Luka koyakan (laceration)
Memberi perlindungan pada luka terbuka supaya tidak mudah terdedah

• Luka sedang tumbuh isi (granulating wound)
Menyokong proses pembentukan tisu baru dengan lebih baik

• Luka selepas skin graft
Membantu menjaga kawasan kulit baru supaya kekal stabil dan terlindung

😌 Lebih selesa dipakai & sesuai untuk penjagaan luka harian

📩 Nak tahu lebih lanjut? Hubungi Kami sekarang!

PERNAHKAH ANDA DENGAR TENTANG EPIDERMOLYSIS BULLOSA (EB)? 🦋Ia merupakan keadaan genetik di mana kulit menjadi terlampau ...
14/04/2026

PERNAHKAH ANDA DENGAR TENTANG EPIDERMOLYSIS BULLOSA (EB)? 🦋
Ia merupakan keadaan genetik di mana kulit menjadi terlampau rapuh. Sedikit geseran atau sentuhan sudah cukup untuk menyebabkan lepuhan dan luka besar seumpama luka terbakar.

Oleh itu, pengurusan luka bagi pesakit EB amat berbeza dan memerlukan ketelitian tinggi. Berikut adalah 3 Langkah Rawatan Utama yang disarankan:

1. Pembalutan Khas (Non-Adherent Dressing) 🩹
Pesakit EB dilarang menggunakan plaster pelekat biasa. Mereka wajib menggunakan pembalut jenis tidak melekat agar kulit tidak terkoyak atau mengalami kecederaan lebih parah semasa balutan dibuka.

2. Kawalan Jangkitan & Perlindungan 🛡️
Pakaian longgar amat penting bagi mengurangkan geseran. Selain itu, penggunaan ubat antiseptik yang tepat adalah kritikal bagi menghalang jangkitan kuman (infection) pada luka yang terbuka.

3. Sokongan Nutrisi Tinggi 🍎
Proses penyembuhan luka memerlukan tenaga yang banyak. Pesakit memerlukan diet tinggi protein dan kalori bagi menyokong regenerasi sel kulit dan memastikan proses pemulihan berlaku dengan lebih efektif.

Sama-sama kita tingkatkan kesedaran tentang EB. Kecil bagi kita, namun perit bagi mereka. 🦋

CUCI LUKA BUKAN SEKADAR SAPU AIR & BALUT 🩺Ramai bertanya, "Kenapa luka kencing manis susah sangat nak tertutup?". Kadang...
09/04/2026

CUCI LUKA BUKAN SEKADAR SAPU AIR & BALUT 🩺

Ramai bertanya, "Kenapa luka kencing manis susah sangat nak tertutup?".

Kadang-kadang punca utama bukan kerana ubat tidak berkesan, tetapi kerana ada 'penghalang' tersembunyi pada dasar luka. Sebab itu di sini, kami fokus pada 4 elemen yang doktor selalu perhatikan (tapi pesakit jarang tau):

1. Buang Biofilm (tisu mati): Bakteria ini licik, ia buat lapisan 'perisai' yang susah untuk ditembus dengan cucian biasa. Kita perlu buang lapisan tisu mati ini supaya mengurangkan jangkitan dan membantu penyembuhan.

2. Urus Exudate (Luka Berair): Kalau luka terlalu basah, kulit sekeliling boleh jadi Maceration (putih & lembut). Kita pastikan luka sentiasa lembap supaya boleh tumbuh.

3. Ransang Granulation: Kita bantu tisu merah yang sihat mula tumbuh. Ini tanda luka dah mula 'hidup' semula dan sedia untuk fasa seterusnya.

4. Urus Wound Edge (Tepi Luka): Kalau tepi luka nampak 'tebal', maksudnya sel kulit baru dah mati. Kita bantu 'aktifkan' semula tepi luka supaya dia mula menutup.

Biar pakar yang uruskan secara klinikal. Kita bukan sekadar mahu mencuci, tetapi mahu memastikan luka tersebut benar-benar sembuh dari dasar.

Dapatkan pemeriksaan luka secara professional hari ini:
[019-613 3220]

Tugas menjaga pesakit di rumah memerlukan tenaga dan teknik yang betul, terutamanya untuk rawatan luka kronik dan pemant...
02/04/2026

Tugas menjaga pesakit di rumah memerlukan tenaga dan teknik yang betul, terutamanya untuk rawatan luka kronik dan pemantauan kesihatan. Jangan biarkan diri anda kepenatan, biarkan pakar yang kendalikan.

Kenapa pilih perkhidmatan kami?

👩‍⚕️Klinikal & Profesional: Dilakukan oleh jururawat berpengalaman.

✅Lengkap: Dari kebersihan diri sehinggalah ke sesi fisioterapi.

🤝Mudah: Kami pantau tahap kesihatan pesakit secara menyeluruh.

Hubungi kami sekarang untuk konsultasi:
📞 019-613 3220
🌐 https://awccas.com.my/

Address

G-07 Kompleks Mara, Jalan Hang Tuah, Melaka
Malacca City
75300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Advanced Wound Care Center & Supplies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Advanced Wound Care Center & Supplies:

Share