Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh

Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh, Hospital, Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh, Malacca City.

23/02/2025

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.


Warga Felda Bukit Senggeh yang berminat untuk mendapatkan vaksin influenza dan memenuhi kriteria tersebut boleh hadir ke...
23/02/2025

Warga Felda Bukit Senggeh yang berminat untuk mendapatkan vaksin influenza dan memenuhi kriteria tersebut boleh hadir ke klinik😍

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia atau penyakit buah pinggang kronik) boleh mendapatkan vaksin influenza percuma bermula 18 Februari 2025.






23/02/2025

Filariasis Limfatik merupakan salah satu daripada Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Disease, NTD).

Malaysia telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) pada tahun 2002 dan mensasarkan agar penyakit ini tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam selaras dengan penetapan dalam Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis (GPELF) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).






16/12/2024

Nak hapuskan tempat pembiakan nyamuk di rumah kita tak susah tuan puan. Jom cari dan musnah bekas atau sampah yang menakung air agar kita dapat mengurangkan risiko gigitan nyamuk. Rancang dan lakukan gotong-royong kendiri bersama ahli keluarga dan jiran tetangga secara konsisten agar kejiranan kita tidak diganggu oleh nyamuk durjana.




16/12/2024

Apa Itu Gotong-Royong Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes?
Gotong-royong Cari dan Musnah adalah sebuah inisiatif komuniti yang dilaksanakan di kawasan tertentu dengan kerjasama penduduk setempat. Aktiviti ini dijalankan untuk memperbaiki kualiti hidup dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, yang secara tidak langsung membantu mencegah penularan demam denggi.

Tujuan Utama Gotong-Royong
Kegiatan ini bertujuan untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes yang bisa membahayakan kesihatan penduduk, melalui pembersihan dan pemusnahan potensi sarang nyamuk.

Siapa yang Bertanggungjawab?
Semua anggota komuniti termasuk ahli majlis, pihak berkuasa tempatan, dan pejabat kesihatan daerah mempunyai peranan penting dalam kegiatan ini. Mereka bukan hanya mengawasi tetapi juga aktif dalam pelaksanaan.

Cara Pelaksanaan Gotong-Royong
1. Mulakan dari Rumah Anda: Periksa dan musnahkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, seperti bekas air atau tempat lembap.
2. Perhatikan Kawasan Tersembunyi: Siasat dan bersihkan tempat-tempat yang jarang diperhatikan di sekitar rumah yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk.
3. Laporkan Situasi Berisiko: Segera laporkan kepada ahli majlis atau pihak berkuasa jika ada rumah kosong atau terbiar yang mungkin menjadi sarang nyamuk.
4. Bersihkan Kawasan Persekitaran: Pastikan kawasan rumah dan sekitarnya bebas dari barang-barang yang boleh menakung air.

Cara Memusnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk dengan Betul
1. Kutip dan Buang: Kumpulkan semua bekas kecil yang mungkin menakung air ke dalam plastik sampah dan pastikan ia dibuang di tempat yang betul.
2. Kumpulkan dan Hubungi: Kumpulkan barang-barang rosak atau tidak digunakan dan hubungi SWCORP untuk pengurusan pelupusan yang betul.
3. Gunakan ABATE: Untuk bekas yang tidak boleh dimusnahkan dan masih menakung air, gunakan larutan ABATE yang boleh didapati di klinik-klinik kesihatan berdekatan untuk membunuh larva nyamuk.

Dengan melibatkan diri dalam Gotong-Royong Cari dan Musnah, setiap individu dalam komuniti dapat menyumbang ke arah lingkungan yang lebih sihat dan bebas dari ancaman demam denggi. Mari kita bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan lingkungan kita!

sumber: https://www.imek.inkep.com/cegah-aedes/

Orang Jasin ORANG JASIN official ™ Orang Merlimau Orang Kg Umbai Warga Merlimau (Original) Warga Merlimau Warga Jasin

Luangkan masa anda hapuskan tempat pembiakan nyamuk…!!
30/11/2024

Luangkan masa anda hapuskan tempat pembiakan nyamuk…!!

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Dikongsikan makluman situasi Kes DENGGI di Negeri Melaka

Penduduk di lokaliti berkenaan
Apa tunggu lagi
Bertindak Segera..

Hapuskan semua tempat pembiakan Nyamuk Aedes di dalam dan luar kediaman.

Pastikan tiada air yang bertakung di sekitar kediaman.

Tindakan kecil, boleh menyelamatkan nyawa.





29/11/2024

Tahukah anda nyamuk aedes boleh dihapuskan?

Hanya 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah untuk memastikan nyamuk tidak membiak.

Anda boleh!
Jom 1 jam setiap Sabtu
Kita bersih rumah kita
Tindakan Mudah, Banyak Faedah





Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh
Malacca City
77100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065228305

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category