Klinik Medlife

Klinik Medlife Advanced Diabetes Care, Weight Management, Women Health, Knee Pain, Pregnancy, Psoriasis and more Family doctor
Dr Tengku Zuwariah Binti Tengku Yahya Shah

Contoh Kelly Cannabis (G***a)Jauhi anak-anak daripada makanan ringan, G***a sedang masuk mimic sebagai makanan ringan
23/04/2026

Contoh Kelly Cannabis (G***a)
Jauhi anak-anak daripada makanan ringan,
G***a sedang masuk mimic sebagai makanan ringan

Dual therapy:For Patients or babies with chronic respiratory conditions like asthma and COPD, these device support dual ...
21/04/2026

Dual therapy:
For Patients or babies with chronic respiratory conditions like asthma and COPD, these device support dual therapy; providing steady Oxygen and targeted drug delivery simultaneously

💖JAWATAN KOSONG – KLINIK MEDLIFE SEMABOKKlinik Medlife Semabok sedang mencari calon yang berminat untuk menyertai pas**a...
14/04/2026

💖JAWATAN KOSONG – KLINIK MEDLIFE SEMABOK

Klinik Medlife Semabok sedang mencari calon yang berminat untuk menyertai pas**an kami!

✨ Kemas**an: Bulan Mei

Kriteria:

Bertanggungjawab & rajin
Boleh bekerja dalam pas**an
Berdisiplin & berperwatakan baik
Pengalaman dalam bidang klinik adalah satu kelebihan

📞 Hubungi: 014-367 1824
📧 Email: klinikmedlife@gmail.com

📄 Cara Memohon: Hantarkan resume anda ke email yang disediakan

Jom sertai kami dan bina kerjaya bersama Klinik Medlife!

“Doktor… saya nak cerita tentang ayah saya,” saya mula perlahan.“Pada tahun 2015, ayah pernah hilang. Dua hari kami cari...
09/04/2026

“Doktor… saya nak cerita tentang ayah saya,” saya mula perlahan.

“Pada tahun 2015, ayah pernah hilang. Dua hari kami cari, rupanya orang kampung yang jumpa dan bawa dia p**ang. Masa tu ayah sangat keliru… dia tak ingat macam mana dia boleh pergi jauh, malah tak tahu jalan balik.”

Doktor mengangguk sambil mencatat sesuatu dalam fail. “Itu kita panggil episod disorientasi, salah satu tanda awal Dementia.”

“Sebelum tu ayah okay saja, tapi lepas kejadian tu dia makin pelupa. Kadang-kadang dia lupa nama kami dan ulang soalan yang sama.”

Doktor memandang saya dengan tenang. “Apa yang kamu ceritakan itu menunjukkan kemerosotan memori jangka pendek dan repetitive questioning. Dalam banyak kes, ia berkait dengan Alzheimer’s disease, di mana sel otak merosot secara perlahan.”

Saya terdiam seketika. “Jadi… otak ayah memang dah berubah?”

“Ya,” jawab doktor lembut. “Tetapi penting untuk kamu tahu—walaupun tiada penawar sepenuhnya, ada rawatan dan pendekatan yang boleh melambatkan kemerosotan serta membantu mencegah keadaan menjadi lebih teruk.”

Saya terus bertanya, “Apa yang kami boleh buat, doktor?”

Doktor menyusun pen di atas meja sebelum menjawab. “Pertama, pastikan ayah ada rutin harian yang konsisten dan persekitaran yang selamat. Dalam kes seperti ini, fall prevention sangat penting—contohnya elakkan lantai licin, pastikan pencahayaan cukup, dan kurangkan halangan di rumah.”

Dia menyambung lagi, “Kedua, ayah perlu berjumpa doktor secara berkala. Kami akan pantau perubahan keadaan—bukan sahaja memori, tetapi juga emosi dan tingkah laku. Ada pesakit yang boleh mengalami kemurungan, suicidal thoughts, atau menjadi lebih agresif apabila penyakit ini berkembang.”

Saya menelan air liur, sedikit terkejut. “Saya tak tahu sampai macam tu sekali…”

“Itu sebabnya pemantauan penting,” kata doktor dengan tenang. “Lebih awal kita kesan perubahan, lebih cepat kita boleh bantu.”

Saya mengangguk perlahan. “Jadi… apa matlamat rawatan sebenarnya, doktor?”

Doktor tersenyum kecil. “Matlamat kita jelas—kita mahu ayah kamu kekal sebagai dirinya yang dulu sejauh mungkin. Kita mahu dia kekal berdikari dalam perkara asas, dan yang paling penting… masih mampu mengenali dan mengingati ahli keluarganya.”

Saya menarik nafas panjang. Walaupun perjalanan ini bukan mudah, sekurang-kurangnya kini saya faham—ini bukan sekadar menjaga, tetapi satu usaha berterusan untuk mengekalkan siapa ayah saya, selama yang kami mampu.

-Dr Tengku-

07/04/2026

Seorang pemuda berusia 20 tahun datang ke klinik untuk rawatan dressing lukanya. Sudah 10 hari dia berulang-alik ke klinik setiap hari. Di lengan kanannya masih terpasang tag hospital.

“Adik, kenapa masih pakai tag ni?” tanya doktor.

Pemuda itu hanya tersenyum tanpa menjawab. “Biarlah, mungkin ada kenangan,” kata doktor dalam hati.

Lukanya sudah 10 hari, dan antibiotik makan pun sudah dihabiskan. Namun, luka masih belum sembuh sepenuhnya.

“Macam ni lah, kita mula antibiotik jenis injection ya,” kata doktor.

Bapanya yang menemani terus bersetuju.
“Baiklah doktor, buatlah yang terbaik. Penat anak saya hari-hari ke klinik, tapi masih belum sembuh. Dia pun nak exam.”

Doktor pun mulakan rawatan. Dressing dibuat seperti biasa, tetapi kali ini berbeza—doktor hanya menyembur satu lapisan spray pada luka tanpa membalutnya.

Bapa dan anak itu kelihatan pelik.
“Tak perlu balut ke doktor?”

“Tak perlu. Saya dah spray lapisan pelindung transparent pada kulit,” jawab doktor dengan tenang.

Pemuda itu bertanya lagi,
“Saya boleh mandi ke doktor? Dah 10 hari saya tak mandi sebab takut luka lambat sembuh.”

Doktor tersenyum.
“Balik nanti kamu mandilah. Dah berdaki kulit tu.”

Kemudian doktor menambah,
“Dan makanlah lebih telur, kerang, dan udang. Itu semua bantu proses penyembuhan luka.”

Pemuda itu sedikit terkejut.
“Saya boleh makan semua tu? Tak bahaya ke?”

“Adik ada allergy?” tanya doktor.

“Tak ada, doktor.”

“Kalau macam tu, boleh makan.”

Pemuda itu tersenyum lebar. Dalam hatinya dia berkata,
“Doktor ni sempoi sungguh. Ini kali pertama saya jumpa cara dressing guna spray. Boleh mandi, boleh makan macam biasa. Selama ni orang sekeliling asyik pesan—jangan mandi, jangan makan itu ini…”

Sebelum p**ang, dia sempat berkata,
“Doktor, esok kita jumpa lagi ya.”

Doktor hanya tersenyum melihat semangat pemuda itu—kadang-kadang, bukan sekadar ubat yang menyembuhkan, tapi juga kelegaan dan keyakinan dalam hati pesakit.

Dr tengku

Part 2Setahun kemudian, suasana di klinik yang sama terasa berbeza.Pintu dibuka perlahan, dan masuklah pasangan suami is...
06/04/2026

Part 2

Setahun kemudian, suasana di klinik yang sama terasa berbeza.

Pintu dibuka perlahan, dan masuklah pasangan suami isteri itu — kali ini dengan senyuman yang jauh lebih cerah. Di tangan si isteri, terbungkus rapi seorang bayi kecil yang lena tidur.

“Doktor…” sapa si suami, wajahnya jelas penuh rasa syukur. “Kami datang untuk vaksin anak kami yang berumur dua bulan.”

Doktor tersenyum lebar. “Alhamdulillah… ini berita yang sangat baik.”

Doktor kemudian memeriksa buku rekod kesihatan bayi itu dan berkata, “Untuk umur dua bulan, bayi akan dapat beberapa vaksin penting, seperti:

DTaP (Difteria‑Tetanus‑Pertussis),
Hib untuk melawan jangkitan Haemophilus influenzae,
IPV (Polio),
PCV (Pneumokokal),

yang semuanya membantu melindungi dari penyakit berbahaya sejak awal umur.”

Tangisan kecil bayi itu seketika memenuhi ruang bilik, tetapi cepat reda apabila didakap semula oleh ibunya.

Si suami memandang doktor, suaranya penuh emosi.
“Doktor… dulu saya datang dengan masalah mati pucuk, hilang keyakinan… rasa macam hidup dah gelap. Tapi sekarang… semuanya berubah.”

Doktor mengangguk, tersenyum bangga.
“Syukur… yang penting usaha dan konsisten,” jawabnya.

Isterinya kemudian tersenyum sambil mengusap kepala bayi.
“Kami juga dah daftar untuk pergi Umrah hujung tahun ini sebagai tanda kesyukuran. Doktor, vaksin apa yang perlu kami ambil?”

Doktor bertanya lagi dengan teliti, “Siapa lagi akan ikut sama-sama ke Umrah nanti?”

Si suami menjawab, “Kami hanya bawa ibu bapa kami bersama.”

Doktor mengangguk. “Baik, untuk jemaah dewasa tua atau ibu mengandung, ada vaksin tambahan yang khas. Vaksin RSV disarankan, tetapi hanya untuk mereka berumur 50 tahun ke atas atau perempuan yang mengandung. Ini untuk melindungi daripada jangkitan saluran pernafasan serius.”

Selain itu, doktor menerangkan vaksin utama untuk Umrah:

Meningokokal – untuk melawan meningitis yang boleh tersebar di kawasan padat,
Influenza – untuk mencegah selesema musiman,
Polio booster jika belum lengkap,
dan pastikan imunisasi asas seperti MMR dan DTaP juga lengkap.

Si suami menambah, “Dan minggu depan kami nak buat majlis kesyukuran untuk keluarga, bersyukur atas kehadiran zuriat ini dan pemulihan hidup kami.”

Doktor memandang mereka berdua, kemudian kepada bayi kecil itu.
“Inilah hasil kesabaran dan usaha. Jaga amanah ini baik‑baik.”

Dulu mereka datang dengan keresahan dan air mata.
Kini mereka kembali dengan tawa, doa, dan sebuah kehidupan baru.

Dan benar… bukan sahaja langit kembali cerah —
tetapi kini, hidup mereka dipenuhi cahaya, syukur, dan kebahagiaan.

-Dr Tengku-

Part 1 Datang sepasang suami isteri berumur sekitar 30 tahun. Wajah si suami kelihatan murung, manakala isterinya p**a c...
31/03/2026

Part 1

Datang sepasang suami isteri berumur sekitar 30 tahun. Wajah si suami kelihatan murung, manakala isterinya p**a cuba tersenyum walaupun jelas risau.

“Doktor… saya rasa ada masalah,” kata si suami perlahan. “Sejak kebelakangan ini… saya mengalami mati pucuk. Saya s**ar untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi. Rambut pun makin gugur, badan cepat letih…”

Doktor mengangguk, mendengar dengan penuh perhatian.

“Baik, untuk kes encik, kita akan mulakan dengan ujian darah menyeluruh,” kata doktor. “Saya nak lihat tahap hormon, terutama testosteron, dan juga kesihatan umum.”

Beberapa hari kemudian, keputusan ujian keluar.

Doktor menjelaskan, “Tahap testosteron encik memang rendah. Ini sangat berkait dengan masalah mati pucuk yang encik alami, serta keletihan dan perubahan lain pada badan.”

Isterinya menggenggam tangan suami, memberi sokongan tanpa kata.

“Jangan risau,” sambung doktor. “Kita akan mulakan rawatan seperti berikut:

Ubat sapu hormon testosteron untuk suami
Ubat sapu hormon estrogen untuk isteri

Gunakan setiap hari, dan kita akan lihat perubahan dalam masa empat minggu.”

Mereka p**ang dengan sedikit harapan.

Hari demi hari berlalu. Minggu pertama tiada perubahan besar. Minggu kedua, si suami mula rasa lebih bertenaga. Masalah mati pucuk masih ada, tetapi sudah menunjukkan sedikit peningkatan.

Masuk minggu ketiga, perubahan semakin ketara. Wajahnya nampak lebih cerah, langkahnya lebih yakin. Isterinya mula perasan—fungsi ereksi suaminya semakin baik, dan hubungan mereka kembali hangat seperti dulu.

Genap empat minggu…

“Doktor… saya rasa macam hidup semula,” kata si suami dengan senyuman lebar. “Masalah mati pucuk saya dah banyak pulih.”

Doktor tersenyum. “Bagus. Itu tanda badan encik memberi respons yang baik.”

Sebelum mereka p**ang, doktor sempat berpesan dengan nada serius tetapi penuh harapan:

“Rawatan ini bukan jangka pendek. Encik dan puan perlu konsisten sekurang-kurangnya selama dua tahun jika benar-benar mahu mendapatkan zuriat. Jangan berhenti separuh jalan, dan datang untuk pemeriksaan susulan secara berkala.”

Pasangan itu saling berpandangan, kemudian mengangguk yakin.

Isterinya menggenggam tangan suami dengan lebih erat. Kini bukan sekadar kesihatan yang kembali—tetapi juga harapan untuk membina keluarga.

Empat minggu itu hanyalah permulaan.

Dan benar… langit yang dulu kelam, kini kembali cerah—dan kali ini, penuh dengan sinar masa depan.

-Dr Tengku-

28/03/2026
Hari Raya memang meriah. Dari pagi, bau rendang, lemang, ketupat, dan sambal goreng menusuk hidung. Semua saudara berkum...
27/03/2026

Hari Raya memang meriah. Dari pagi, bau rendang, lemang, ketupat, dan sambal goreng menusuk hidung. Semua saudara berkumpul, gelak ketawa, dan bergurau sesama sendiri.

Tiba-tiba, seorang pesakit datang ke klinik dengan muka pucat, peluh dingin, dan memegang perut.

“Doktor… perut saya sakit sangat, rasa nak muntah… dan loya tak berhenti,” keluhnya.

Doktor memandangnya dengan serius. “Hmm… awak makan banyak rumah saudara ke semalam?”

“Err… ya, doktor… saya singgah rumah makcik, rumah abang, rumah sepupu… semua juadah saya cuba. Ada yang dah lama atas meja pun saya makan sebab sedap sangat,” jawab pesakit sambil menarik nafas panjang.

Doktor mula menjalankan pemeriksaan fizikal: tekanan darah sedikit rendah, nadi agak cepat, dan abdomen lembut tetapi memulas bila ditekan.

“Berdasarkan simptom dan pemeriksaan fizikal, nampaknya ini kes food poisoning,” kata doktor. “Perut awak sedang memberontak sebab badan cuba buang toksin dari makanan tercemar. Biasanya bakteria seperti Salmonella atau Staphylococcus aureus yang jadi penyebab.”

Pesakit terdiam seketika, kemudian tergelak lemah. “Doktor… rasa macam rugi juga. Semua juadah sedap, tapi perut sendiri lawan kita 😅.”

“Jadi, apa yang awak makan dulu?” tanya doktor.

“Rendang, ketupat, lemang… sambal goreng… dan kadang-kadang ambil sedikit daripada setiap pinggan sebab semua sedap. Sampai tak ingat berapa kali tambah,” jawab pesakit sambil menahan kesakitan.

Doktor tersenyum kecil sebelum menyambung nasihat.

“Selain jaga kebersihan makanan, ada juga langkah pencegahan tambahan. Untuk jangkitan tertentu yang berkait dengan makanan dan air tercemar, vaksin seperti hepatitis A dan typhoid boleh membantu melindungi tubuh—terutamanya kalau awak jenis s**a makan di luar atau musim ziarah macam Raya ni.”

Pesakit mengangguk perlahan. “Oh… tak pernah terfikir p**a pasal vaksin untuk benda macam ni.”

Doktor meneruskan nasihat klinikal:

Minum air banyak untuk elak dehidrasi
Rehat secukupnya
Pantau simptom: kalau muntah berterusan atau cirit-birit teruk, perlu datang semula
Dalam kes ringan, ubat anti-muntah dan elektrolit boleh diberikan untuk stabilkan badan
Pastikan makanan pada masa depan tidak dibiarkan lama, panaskan semula sebelum makan, dan jaga kebersihan tangan & peralatan masak

Pesakit mengangguk lemah tapi tersenyum. “Baiklah doktor… lepas ni saya akan ingat. Raya memang seronok, tapi keselamatan makanan lebih penting. Tak sangka, juadah sedap boleh jadi pengalaman yang tak sedap 😅.”

Doktor tersenyum. “Betul tu… juadah Raya memang syurga, tapi perut tetap raja yang tentukan selera.”

-Dr Tengku-

Part 4Setahun kemudian, pesakit ini datang semula untuk follow-up.Kali ini, dia tidak datang seorang.Dia membawa pasanga...
27/03/2026

Part 4

Setahun kemudian, pesakit ini datang semula untuk follow-up.

Kali ini, dia tidak datang seorang.

Dia membawa pasangannya untuk menjalani saringan kesihatan sebagai persediaan sebelum perkahwinan.

“Kami nak buat ujian dulu, doctor,” katanya ringkas.

Ujian dijalankan seperti biasa.

Apabila keputusan diperoleh, pasangan beliau disahkan negatif.

Satu langkah penting sebelum melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.

Pesakit ini sebelum ini memilih untuk menggunakan rawatan pencegahan jangkitan HIV dalam bentuk suntikan berkala (long-acting PrEP).

Sepanjang tempoh pemantauan, beliau menunjukkan kepatuhan yang baik terhadap temujanji dan rawatan.

Perlu difahami:

Rawatan pencegahan HIV seperti PrEP, termasuk dalam bentuk suntikan, mempunyai keberkesanan yang tinggi—melebihi 90% dalam mengurangkan risiko jangkitan HIV, terutamanya apabila digunakan secara konsisten dan mengikut jadual.

Ini bukan sekadar tentang rawatan.

Ini adalah tentang pencegahan, perancangan masa depan, dan membuat keputusan kesihatan yang bertanggungjawab.

Dalam konteks ini, saringan sebelum perkahwinan dan penggunaan kaedah pencegahan yang betul memainkan peranan penting dalam melindungi kedua-dua pasangan.

Kesihatan bukan hanya tentang merawat penyakit—

tetapi memastikan kita kekal sihat, untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang.

-Dr Tengku-

Part 3Dua bulan kemudian, pesakit itu datang semula untuk follow-up.Kali ini lain sedikit.Dia masuk dengan pakaian kemas...
26/03/2026

Part 3

Dua bulan kemudian, pesakit itu datang semula untuk follow-up.

Kali ini lain sedikit.

Dia masuk dengan pakaian kemas, kasut Crocs berkilat, wajah pun nampak lebih ceria dari sebelumnya.

“Baru balik dari Hatyai, doctor,” katanya sambil senyum.

Saya angguk.

“Nampak sihat. Macam mana dengan injection?”

Dia terus jawab tanpa ragu.

“Jujur cakap, jauh lebih senang, doctor.”

Dia sambung lagi,

“Saya tak perlu fikir nak makan ubat hari-hari. Pergi travel pun tak risau tertinggal atau terlupa.”

Dia gelak kecil.

“Dulu tiap-tiap hari ada benda nak kena ingat. Sekarang rasa macam… kurang satu beban.”

Saya perhatikan wajahnya—lebih tenang.

“Yang penting, awak masih datang follow-up,” saya ingatkan.

Dia angguk.

“Yang itu saya boleh jaga.”

Sebelum keluar, dia sempat cakap,

“Sekarang saya boleh fokus kerja… dan enjoy hidup sikit.”

Kadang-kadang, rawatan yang sesuai bukan sahaja lindungi kesihatan—

tapi juga memberi ruang untuk seseorang hidup dengan lebih tenang.

-Dr Tengku-

Address

No. G-11, Blok Dahlia 2, Jalan Zahir 6, Taman Malim Jaya
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60143631824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medlife posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medlife:

Share

Category