Klinik Dr Ani

Klinik Dr Ani Female Doctor for Gynae and Obstetric cases. One Stop Centre for Pregnancy and Women's Health. Expert in Nail avulsion, Suturing wound, Cyst removal.

Influenza, Pneumococcal, Meningococcal and Typhoid vaccination. A good listener Doctor and Counselling.

26/09/2025

✨ Makluman Penting! ✨
Kami kini mempunyai page Klinik yang baru 🎉 Klinik DR ANI
Sila follow page ini untuk dapatkan info terkini, tips kesihatan, promosi istimewa dan makluman aktiviti klinik.

👉 Klik “Follow” supaya anda tidak terlepas sebarang update daripada kami!
📲 Hubungi WhatsApp: 010-3356355
📍 Lokasi: Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Terima kasih atas sokongan anda 💕

Assalamualaikum semua‼️Kami memerlukan khidmat individu yang:1. Bijak marketing dan sales2. Menguasai servis operasi kli...
23/09/2025

Assalamualaikum semua‼️
Kami memerlukan khidmat individu yang:
1. Bijak marketing dan sales
2. Menguasai servis operasi klinik/bisnes
3. Content creator dan sunting video yang rajin
4. Teamwork yang bagus
5. Personaliti menarik
6. RAJIN, AMANAH

01/09/2025
Selamat Hari Kemerdekaan dari Kami Klinik Dr Ani 🥰🇲🇾
30/08/2025

Selamat Hari Kemerdekaan dari Kami Klinik Dr Ani 🥰🇲🇾

Kadang anxiety itu datang dalam rupa yang pelik.Pagi-pagi bangun, baru nampak senarai tugasan kecil di mejaterus rasa se...
29/08/2025

Kadang anxiety itu datang dalam rupa yang pelik.

Pagi-pagi bangun, baru nampak senarai tugasan kecil di mejaterus rasa sesak. Walaupun hanya perkara remeh, hati berdegup seperti ada beban besar menunggu.

Di dalam kepala p**a, satu fikiran berulang-ulang tanpa henti. Macam kaset lama yang tak mahu berhenti, makin cuba dilupakan, makin kuat ia berputar.

Bila berjumpa orang, setiap ayat yang kita ucap kembali terngiang. “Patutkah aku cakap lain tadi?” Walaupun orang lain mungkin tak fikir apa-apa, hati kita terus dihantui.

Dan yang paling menyakitkan, kita tahu semua ini kecil sahaja, tapi tetap terasa terlalu banyak untuk dipikul. Sukar menikmati saat ini, sukar untuk minta bantuan, dan akhirnya diri terasa letih.

Itulah wajah sebenar anxiety . Ia tidak selalu nampak dari luar, tapi ia hidup di dalam jiwa yang sedang berjuang. 💪

Kuih Petang: Mana Satu Pilihan Hati, Mana Satu Bahaya Tersembunyi?Petang kita biasanya ditemani kuih. Manis, lemak, bera...
28/08/2025

Kuih Petang: Mana Satu Pilihan Hati, Mana Satu Bahaya Tersembunyi?

Petang kita biasanya ditemani kuih. Manis, lemak, beraroma santan memang nostalgia.

Tapi tak semua kuih sama. Ada yang penuh gula dan kalori, ada juga yang lebih ringan dan sesuai kalau nak jaga kesihatan.

🚨 Top 5 Paling Tinggi Gula/Kalori
Apam Balik Tebal, Kuih Keria Bergula, Seri Muka,
🌿 Top 5 Lebih Sihat
Apam Kukus, Kuih Lompang/Kosui, Bingka Ubi/Labu, Talam Jagung, Kuih Koci Kukus.
Hidup ni bukan pasal “tak boleh makan” tapi pilih bijak. 🥰

28/08/2025

Pernah nampak iklan “susu kesuburan” yang dijual kononnya boleh cepatkan peluang hamil?

Hakikatnya, tiada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan susu ini boleh bantu proses kesuburan. Kebanyakannya hanya campuran nutrien biasa protein, vitamin, mineral yang memang baik untuk kesihatan, tetapi tidak terbukti secara klinikal meningkatkan peluang mendapat anak.

Kesuburan sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor lain: kualiti sperma dan o**m, kitaran haid, kesihatan rahim, gaya hidup, umur dan tahap stres. Inilah perkara yang terbukti penting.

Jangan mudah terpedaya dengan label “kesuburan” semata-mata. Kalau benar-benar mahu ikhtiar, berfokuslah pada gaya hidup sihat dan dapatkan rawatan daripada pakar perubatan bila perlu.
📌 Infertiliti didefinisikan sebagai:
• Tidak hamil selepas 12 bulan melakukan hubungan seks secara konsisten tanpa perlindungan kontraseptif.
• Jika umur wanita lebih 35 tahun, tempoh dikira hanya 6 bulan.
Kalau sudah masuk dalam kategori ini, jangan tunggu lebih lama.

👉 Cara dapatkan temujanji:
• Pergi ke klinik kesihatan kerajaan terdekat dan maklumkan kepada doktor tentang masalah kesuburan.
• Doktor akan buat saringan asas (sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, ujian asas darah atau sperma).
• Jika perlu, anda akan dirujuk ke klinik pakar O&G (Obstetrik & Ginekologi) di hospital kerajaan atau pusat kesuburan.
• Bagi yang mahu pilihan swasta, boleh terus hubungi klinik kesuburan dan buat temujanji secara terus.
🌸 Jangan malu untuk dapatkan bantuan. Infertiliti adalah masalah perubatan yang boleh dirawat, bukan kelemahan diri.

Tak semua sakit kepala sama. Kenali perbezaannya supaya rawatan tepat dan tidak terlepas tanda bahaya.🔹 Tension Headache...
27/08/2025

Tak semua sakit kepala sama. Kenali perbezaannya supaya rawatan tepat dan tidak terlepas tanda bahaya.

🔹 Tension Headache
Gejala: Rasa mengetat / menekan di dahi atau belakang kepala, sakit ringan–sederhana, tiada loya.
Solusi: Rehat, cukup tidur, regangan otot, urutan, ubat tahan sakit ringan (paracetamol).

🔹 Migrain
Gejala: Sakit berdenyut sebelah kepala, sederhana–teruk, disertai loya, muntah, silau cahaya, ± aura (visual/deria/pertuturan).
Solusi: Elak pencetus (kurang tidur, stres, makanan tertentu), rehat di bilik gelap & senyap, ubat migrain (triptan / NSAID) ikut nasihat doktor.

🔹 Cluster Headache
Gejala: Sakit amat kuat sekitar mata, mata merah/berair, hidung tersumbat, serangan 15–180 minit.
Solusi: Rawatan khas doktor oksigen 100%, ubat suntikan / semburan, rujukan pakar diperlukan.

🔹 Sinus Headache
Gejala: Sakit sekitar dahi, p**i, hidung; hidung tersumbat, hingus pekat, rasa berat muka.
Solusi: Rawatan sinus/selsema, wap stim, spray hidung, antibiotik jika jangkitan bakteria.

🔹 Sakit Kepala Hipertensi
Gejala: Sakit belakang kepala, terutama waktu pagi; kadang pening atau kabur mata.
Solusi: Kawal tekanan darah dengan ubat, kurangkan garam, senaman, berhenti merokok.

🔹 Sakit Kepala TMJ (Sendi Rahang)
Gejala: Sakit di rahang, p**i atau telinga, bertambah bila mengunyah atau buka mulut luas.
Solusi: Elak kunyah kuat, fisioterapi, pelindung gigi (mouth guard), rawatan gigi.
🥰
⚠️ Warning Sign (Red Flag)
👉 Sakit kepala tiba-tiba paling kuat dalam hidup
👉 Disertai penglihatan kabur, kelemahan anggota, pengsan, sawan
👉 Demam, leher kaku, perubahan personaliti atau tingkah laku
👉 Sakit kepala makin kerap atau berubah corak
📌 Jika ada tanda ini → SEGERA jumpa doktor.

Assalamualaikum semua,Sempena Hari lahir Yang di-Pertua Negeri Melaka, Klinik Dr Ani TUTUP pada hari ISNIN 25/8/2025.Kli...
23/08/2025

Assalamualaikum semua,
Sempena Hari lahir Yang di-Pertua Negeri Melaka, Klinik Dr Ani TUTUP pada hari ISNIN 25/8/2025.

Klinik beroperasi seperti biasa pada SELASA 26/8/2025.

Terima kasih dan selamat bercuti.🤗

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.Pengesana...
23/08/2025

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Address

50, Jalan Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60103356355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Ani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Ani:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category