SMK PADANG TEMU

SMK PADANG TEMU BERILMU BERKETERAMPILAN

23/07/2021

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok apabila terdapat beberapa individu yang mengakui terkena penyakit ‘Ain dan memuat naik gambar mereka di aplikasi itu sehingga mendapat perhatian orang ramai. Individu yang memuat naik kompilasi gambar wajah mereka yang pada awalnya dalam keadaan baik, namun ke...

25/08/2020

Assalamualaikum alummi SMKPT! Sepi saja page ni ya. Agak2 kalau kami buat contest ada tak yang berminat?? Boleh komen dibawah cadangan contest. Aktif sikit page kita kan. Mungkin contest karangan pendek Kenangan Abadi di SMKPT. Atau mungkin juga contest Selfie,jadi boleh kita lepas rindu pada rakan rakan ye tak?Boleh berikan idea 🙏

Jomm
25/02/2019

Jomm

KEJATUHAN LIRA DAN SERANGAN AMERIKA KEATAS MATAWANG TURKI ; TERSURAT DAN TERSIRAT

Atas level seorang rakyat Malaysia yang menetap di İstanbul Turki dan melihat setiap detik krisis ini dengan mata kepala dan linangan airmata sendiri, Ayah ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama membantu Turki di dalam *PERANG EKONOMİ yang sedang Washington lancarkan ke atas İstanbul sekarang.*

1. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan anda kepada Turkish Lira. Untuk yang belum kenal bagaimana lambang yang represent Lira, ini adalah lambang Lira 👉 '₺'

2. Pertukaran anda ini akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan RM0.80sen. Sejak serangan Washington, Lira telah drop sejauh RM0.59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

3. Komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki ketika ini [mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah pemerintahan Turki Ustmaniyyah] adalah bangsa Arab kawasan Teluk. Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu. Sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di money changer mereka untuk membeli Lira.

5. Bangsa Arab jugalah yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh İstanbul sekarang. Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdoğan memandang positif perkara ini. Pesan Presiden, "Layani pelancong - pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro." Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira.

6. Jika anda was-was dan merasakan bahawa usaha anda ini mustahil akan membantu - Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdoğan dan Turki semalam. Tindakan bijak Emir Qatar ini terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada RM0.69sen selepas investasi itu berlaku [saat catatan ini ditulis, nilai Lira adalah bersamaan RM0.68sen].

7. Krisis ini adalah real!!! İni bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi - Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaks-nya, semua Döviz [money changer] di seluruh İstanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi. Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang currency trade di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di İstanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana Döviz-Döviz di Airport semuanya tutup. Bahkan, İmam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

8. Pesanan İmam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdoğan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka.

9. Anda kena ingat! Turki adalah kubu terakhir umat İslam ketika ini. Ketika Trump mengumumkan Jurusalem sebagai ibu negara İsrael, siapakah yang bersungguh-sungguh memanggil dan mengumpulkan semua pemimpin dunia İslam untuk bersidang di İstanbul demi menyatakan bantahan kepada tindakan sembrono Amerika itu? Tidak lain dan tidak bukan - adalah Recep Tayyip Erdoğan!

10. Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib, turut dihubungi Erdogan melalui panggilan telefon peribadi - menunjukkan bahawa jemputan itu adalah sesuatu yang serius. Jika Turki kalah dan jatuh müflis dengan serangan Washington kali ini, anda rasa, siapakah pemimpin Dunia İslam sekarang yang mampu untuk buat perkara yang sepertinya? Tidak ada! Maka, jelas lah kita sangat-sangat memerlukan Turki untuk terus kuat seperti biasa.

10. Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan! Jika anda mahu kubu terakhir umat İslam ini kukuh kembali, tukar semua matawang asing di dalam simpanan anda kepada Lira. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpop**asi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

11. Dan yang paling penting - hubungi sahabat anda dan terangkan kepada mereka dengan cermat perkara ini. Tanyakan kepada mereka adakah mereka menyimpan Dollar & Euro. Jika ada, rayu kepada mereka supaya menukarkannya kepada Lira dengan segera.

12. Generasi İbu & Ayah kita ini adalah golongan yang paling banyak menyimpan matawang asing kerana mereka saban tahun melancong ke luar negara. Selama Ayah hidup di İstanbul ini, golongan pelancong yang paling banyak Ayah temui adalah mereka yang berumur 55 ke 75 tahun dan ke atas ini lah. Semalam saja, lebih 20 orang dari kalangan generasi ini yang Ayah santuni di sini. Generasi tua ini mempunyai kuasa yang sangat leluasa, dan ini lah masanya untuk kita gunakan kekuatan mereka.

13. Jangan terpedaya dengan mereka yang berpesta dan bergembira dengan kejatuhan Lira saat ini, kononnya rakyat Malaysia akan lebih seronok untuk melancong ke Turki kerana nilaian Lira sekarang adalah lebih murah. Jika krisis ini berlanjutan, harga barangan di Turki akan mencanak-mencanak naik, bahkan harga barang boleh jadi lebih mahal daripada sebelum ini. *"The inflation will take its place."*

14. Tukar matawang asing anda sekarang dan upload gambarnya ke dalam FB seluas-luasnya. Biar satu Malaysia tahu tentangnya pun, tidak mengapa! Tindakan anda itu akan memberansangkan orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Tag Ayah! Dan Ayah akan share posting anda tersebut seluas-luasnya. Sosial media adalah senjata yang paling ampuh untuk digunakan saat ini.

15. Dengan ramainya masyarakat dunia membeli Lira, maka demand kepada Lira akan meningkat. Apa yang kita mahukan sekarang adalah demand kepada Lira melebihi supply. Dan apabila demand telah melebihi supply, nilai Lira akan sekelip mata meningkat! [sila pergi ke wall Ayah selepas ini, Ayah telah upload gambar rakyat Malaysia yang telah membeli 200 Lira di Kota Bharu].

16. Dan cara untuk membeli Lira ini adalah dengan beratur beramai-ramai di semua money changer seluruh Malaysia. Paksa mereka jual semua Turkish Lira yang mereka ada. Jika telah habis, pergi p**a ke semua head quarters syarikat-syarikat travel di Malaysia kerana mereka memang ada menyediakan khidmat menukar wang kepada Lira. Ayah sudah bertahun-tahun deal dengan travel-travel agen di Malaysia itu. Mereka menyimpan sangat banyak wang Lira dan pekerja-pekerja mereka bertebaran di Turki sekarang. Dengan hanya satu panggilan telefon, bos mereka boleh menelefon pekerja-pekerjanya di Turki dan mengarahkan mereka membawa p**ang Lira.

17. Demi sesungguhnya, anda wajib membantu kubu terakhir umat İslam ini dengan setiap titisan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat İslam di akhir zaman. Selama ini, Erdoğan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga İslam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang. Tetapi, setelah İslam di Turki kembali mekar, Erdoğan terpaksa p**a berhadapan dengan serangan dari Barat yang tidak putus-putus menyerang. Lalu, marilah buat kali ini, bantuan dari Nusantara p**a yang kita hantar datang!

Tukar semua matawang asing anda ke pada Lira. Beli Lira dengan sebanyak-banyaknya. Jangan risau! Wang Lira yang bakal anda simpan itu akan anda gunakan kembali di Mekah & Madinah ketika Haji & Umrah.

Mehmet İzudin Gül
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.

Sila sebarkan Dan tukar RM100 anda kepada Lira

18/09/2018

MELAKA - Tiga surah menjadi amalan buat Elora Nor Azman, 18, ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang akhirnya memperolehi keputusan cemerlang 9A.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent itu berkata, setiap malam dia mengamalkan surah al-Mulk, al-Waqiah dan ad-Duhaa selain melakukan solat hajat kerana yakin ia boleh membantu meningkatkan pemahamannya dalam pelajaran.

“Saya banyakkan berdoa dan mengamalkan tiga surah itu. Ditambah p**a guru-guru banyak beri tunjuk ajar sehingga saya memperolehi keputusan cemerlang ini," kata anak kedua dari dua beradik ini.

Menurutnya, walaupun ayahnya bekerja di luar negara sejak lebih enam tahun lalu, dia bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi sokongan serta galakan walaupun hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

“Walaupun tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan ayah tapi saya yakin dengan berkat doanya juga saya berjaya,” katanya yang memaklumkan keputusan SPM kepada ayahnya menerusi telefon bimbit, semalam.

Seorang lagi yang turut mendapat 9 A, Noliyana Ramle, 18, berkata, dia bersyukur dapat membuktikan pelajar sekolah harian juga mampu memperolehi keputusan cemerlang.

Apa yang penting, katanya, dia tidak perlu malu menuntut ilmu termasuk tidak membezakan pelajar lain biarpun mereka bukan dari kelas pertama.

“Biasanya kelas sains dua dan tiga yang selalu ada kelas tambahan dan tuisyen. Tapi saya pelajar kelas sains satu, tak malu untuk ikut serta kalau cikgu mengadakan kelas tambahan. Saya anggap rakan kelas lain juga kawan saya.

Sementara itu, ibu Norliayana, Nurzianah Ahmad, 45, berkata, dia tidak pernah memaksa anaknya belajar dan lebih gemar melihat anak-anaknya mengulang kaji pelajaran secara sukarela tanpa paksaan.

07/12/2017

[PEMERGIAN ABADI DI BUMI BARAKAH] MENINGGAL DUNIA DI MEKAH

Selesai bermikat di Hudaibiyah kami kembali semula ke Mekah untuk kerjakan umrah lagi sekali. Salah seorang jemaah umrah saya ni Ibu Nik Mah iaitu ibu mertua kepada thirdforce abang Ahmad Sapiza Mamat (abang ja) dan ibu kepada Nik Hasmaini Nik Hasan kelihatan letih dan beliau pengsan sejurus jejakkan kaki ke mekah.

Abang Ja dan keluarga segera bawa ibu ke bilik hotel dan beberapa minit kemudia ibu pergi buat selama-lamanya sebelum azan zohor. Begitu mudah sekali ibu ini pergi di bumi penuh barokah ini.

Kita sedang menunggu pihak hospital datang ambil mayat utk urusan dokumentasi dan mandi jenazah. Malam ni ibu mertua abe jaa Nik Mah akan di solatkan di masjidil haram di malam jumaat oleh jutaan jemaah diimamkan oleh imam masjidil haram.

Terbayang jelas senyuman ibu nik mah sewakty menghadiri kursus umrah yg saya kendalikan dulu, senyumannya dan juga begitu lembut tutur katanya...

Jommmm kita hadiahkan Al-fatihah utk ahli syurga ini. Abe jaa dan keluarga adalah insan terpilih utk harungi semua ini ...

Al-fatihah utk ibu Nik Mah.

Cc

Ahmad Sapiza Mamat

29/11/2017

SMKPT telah menghasilkan ramai pelajar dalam berbagai bidang profesional. Ada antaranya doktor,guru,kaunselor,ahli perniagaan,jurutera,pensyarah,dan banyak lagi...Seingat saya,kami ialah perintis ketika itu hanya ada pelajar tingkatan 1 dan 2 pada tahun 2001. Kami amat mengalu alukan sekiranya pihak sekolah mewujudkan alumni agar kami boleh menyumbang bakti atau berkongsi teknik agar berjaya dalam akademik.. InsyaAllah..

14/08/2015

Click to see the pic and write a comment...

Pesanan buat adik2 yg berjaya sambung belajar samada universiti awam mahupun swasta. belajar rajin-rajinsetiap hari yg b...
14/08/2015

Pesanan buat adik2 yg berjaya sambung belajar samada universiti awam mahupun swasta. belajar rajin-rajin
setiap hari yg berlalu semasa sambung belajar itu bukan percuma.

Education nowadays
http://9gag.com/gag/aQqrZb8?ref=fbp

Fakta percentage
14/08/2015

Fakta percentage

Fakta percentage

*fasi-fasi jangan marah ye :)

Address

SEK. MEN. KEB. PADANG TEMU , PADANG TEMU , , MELAKA
Malacca City
75050

Telephone

06-2820117

Website

https://www.facebook.com/pages/Dokumentasi-SMK-Padang-Temu-Melaka/597083427029096

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK PADANG TEMU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram