13/08/2025
                                            Kenapa kena sertai? 
• Trauma adalah sebahagian isu besar yang anda perlu uruskan dalam perkhidmatan kesihatan
• Majoriti pesakit yang alami masalah mental melalui pengalaman trauma
• 90% pesakit psikiatri pernah mengalami sekurang-kurangnya satu trauma dalam kehidupan mereka. 
• 61% pesakit dengan mood disorders pernah mengalami childhood trauma
• 77% pesakit dengan borderline personality disorder pernah mengalami childhood trauma
• 61% dari populasi global pernah alami sekurang-kurangnya satu adverse childhood events 
• Statistik ini menjadikan childhood trauma sebagai antara ‘public health’ emergency!
Apa yang saya akan belajar? 
• Memahami apakah itu trauma dari perspektif psikologi dan impaknya kepada individu
• Belajar trauma-oriented formulation untuk memahami masalah pesakit dari lensa trauma
• Belajar merancang intervensi bagi pesakit dengan trauma
• Belajar prinsip asas trauma-informed care
• Belajar teknik-teknik asas membantu pesakit memproses trauma
• Mendengar sendiri dari pengalaman pesakit dengan sejarah trauma
Siapa perlu sertai? 
• Profesional dalam bidang kesihatan yang terlibat dengan pesakit yang terdedah dengan trauma – samaada di klinik kesihatan, jabatan psikiatri, jabatan kecemasan, jabatan pediatrik, OSCC, kaunselor, pegawai psikologi, pekerja sosial.