Mari Hamil

Mari Hamil Page untuk ibu2 hamil berkongsi ilmu dan petua pengalaman
(346)

11/09/2025

Kalau lelaki bertanya ….
Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?
Fahami ini.
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran.
Dia melalui satu frasa yang asing.
Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia.
Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.
Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis.
1 tangisan melambangkan 1000 cerita.
Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan.
Tetapi lelahnya dia utk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.
Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning.
Orang keliling berkata..."normallah"
Kau tidak mampu faham
Sebagai seorang ibu, meskipun 10 org anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru.
Sepuluh kali juga hatinya renyuk.
Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.
Drama?
Bukan.
Dia terlalui menyintai.
Perasaan yang kau tak mampu hadami.
Kemudian cerita menyusu.
Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa utk belajar hal penyusuan.
Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu utk menyus**an anak
Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula.
Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan
Dia seorang ibu hamil.
Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm,
memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem...
Demi....
Sesuap nasi.
Selembar rezeki utk membayar tanggungan dan hutang hidup
Bersama2 berkongsi jerih dengan suami
Sambil melayan mabuk loya dan alahan
Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.
Kemudian ketika melahirkan anak
Kesakitan maha hebat.
Terasa terk0yak terk0pak dua badan menahan sakit.
Ketika itu sudah rela diambil nyawa
Baik matl dari beranak
Atau berdebar tunggu dibedah
Habis bius luka memerit melintang di bawah
Kemudian bila pulang dari hospital
Segala tanggungjawab tidak berkurangan.
Masih sama.
Kain baju perlu dibasuh disidai.
Jika ada anak2 yg tua, perlu diuruskan hal sekolah
Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah.
Lantai perlu disapu dimop utk elakkan semut menjamah kulit bayi
Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang
Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang.
Dia beremosi kerana dia wanita.
Dia beremosi kerana dia seorang ibu.
Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya.
Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal.
Dia memerlukan ruang utk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya.
Sambutlah dia wahai suami.
Dia tidak minta disanjung
Cukup sekadar kau medampingi
Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.
Wanita yang lemah.
Biarkan dia menangis.
Dengari bebelannya.
Dekati dia dgn pujuk lembut
Bawa dahinya kedadamu
Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena.
Tak perlu mencari solusi.
Cukup sekadar kau memahami
Mengapa dia beremosi.
Peringatan buat bakal2 bapa

KALAU NAK ANAK LELAKI, SUAMI KENA MAKAN BANYAK SEAFOOD❓🤔INI TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK‼️👫Agak peliklah kalau siap...
08/09/2025

KALAU NAK ANAK LELAKI, SUAMI KENA MAKAN BANYAK SEAFOOD❓🤔
INI TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK‼️👫
Agak peliklah kalau siapa tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok tapi tak kisahlah jantina anak yang mana pun, itu merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba.
Banyak tips yang boleh dijumpai di laman internet mengenai tips-tips mendapatkan anak mengikut jantina yang kita mahukan tetapi tak tahu mana satu yang betul. Jadi, kalau anda keliru nak ikut tips yang mana, apa kata cuba baca perkongsian dari Puan Taibah Nurwahidah ini sebagai panduan anda!
CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI‼️👶🏻
Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY & o**m membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki & perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena faham apa sifat kromosom X & Y terlebih dahulu. X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju. Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih s**a keadaan beralkali. Di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (Cikgu kimia la katakan).
TIPS BERGUNA 💕
1) PEMAKANAN
Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu. Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya & suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam & siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang s**a ayam & daging.
Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak s**a buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu, susu, cheese & butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Eakkan makan masam & isteri elakkan makanan tenusu.
2) TEMPOH BERSAMA
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yangg pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna Application Period Calendar kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari o**m dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.
Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X & Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum o**m dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada o**m untuk disenyawakan. Maka jadila XY (boy).
👉🏻Ok itu saja tips yang saya & suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau Google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya s**a buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca. 😀

Subhanallah,Walhamdulillah..Bertuahnya Ibu Mengandung :')* Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malai...
02/09/2025

Subhanallah,Walhamdulillah..
Bertuahnya Ibu Mengandung :')
* Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
* 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.
* Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
* Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
* Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
* Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
* Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
* Jika seorang wanita menyus**an anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
* Jika seorang wanita menyus**an anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
* Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
Untungkan Wanita...☺

Pabila isteri sedang hamil, suami harus mainkan peranan dr segi mental dan juga fizikal . Isteri sepanjang kehamilan, te...
01/09/2025

Pabila isteri sedang hamil, suami harus mainkan peranan dr segi mental dan juga fizikal . Isteri sepanjang kehamilan, terkadang jadi sensitif,kami jadi 'budak' bukan sbb kami nak . Kami sendiri xsedar btpa sensitifnya diri ini . Tapi suami anggap isteri mengada ngada. Ramai yg sering abaikan perasaan isteri. Ble isteri hamil nie la kami sbnarnya lebih perlukan perhatian tapi suami sebaliknya . .
Isteri, Xminta wang ringgit. Cukup sekadar suami sering brtanya khabar, itu sgt membahagiakan 😃
Isteri, sepanjang hamil dari sekecil kecil perut hingga besar Xde yg mengeluh even seksa perit hanya Allah yg tahu . Sebab apa?
Sebab kami bahagia, Bersyukur diberi peluang kandung zuriat suami yg dicintai sepenuh hati . Tapi most suami xsedar. Masa isteri tgh hamil si suami jadi sibuk . Dr hal kerja hinggalah hal luar, terkadang sahabat lebih diutamakan,terkadang suami lbih s**a lepak bersama kawan sebab rimas layan kerenah isteri yg macam macam 😭 .
Suami, isteri xminta lebih . Kami cuma perlukan perhatian . Perhatian . Bukan mengada tapi disaat tu,isteri emang tersangat memerlukan sokongan .
Ada isteri yang pergi untuk selamanya sewaktu bertarung nyawa melahirkan zuriat . Ada isteri dijemput Illahi sewaktu masih dlm pantang . Kami, para isteri hanya minta perhatian dr suami sepanjang hamil , sebab kami takut andai kami pergi sewaktu melahirkan zuriatmu wahai suami . 😭
Wahai suamiku, andai kau diberi pilihan dan harus memilih antara aku juga anak ini, Pilihlah anakmu 😔
Dia juga berhak merasai kasih sayangmu . Anak ini berhak untuk hidup dan membesar dgn sempurna .
Jika aku sudah tiada, jagalah anak kita, Biar dia tahu bahwa dia satu satunya cinta dunia Akhiratmu , penuhilah akhlaknya dengan yg baik baik, 😭
Semoga anak yg ku kandung ku bawa 9bln ini menjadi saham dan penyelamat kita berdua di Akhirat kelak . 😭
Para suami, Hargailah isterimu sewaktu hayatnya masih ada . Siapa tau,di saat ' Due date'nya mungkin saat terakhir kau melihatnya, kau bersamanya ,mendengar suaranya . Hargai isteri walau seteruk mana pun dia . 😩

31/08/2025

Allah bagi rezeki anak lambat sebab Allah nak bagi rezeki lain dulu. Pergi honeymoon berdua. Boleh rileks-rileks hari minggu. Ini semuakan rezeki. Jangan berkecil hati. Orang yang sabar indah ganjarannya. Insyallah, anak yang lambat dikurniakan itu nanti lebih menghargai ibu bapanya

30/08/2025

DOA IBU HAMIL
"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah
dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal
dan pandai, alim dan berama"l

6 Amalan & Doa Yang Ibu Mengandung Songsang Boleh Lakukan Sebagai Usaha Untuk Bayi Kembali Normal 😊1. Ibu digalakkan unt...
28/08/2025

6 Amalan & Doa Yang Ibu Mengandung Songsang Boleh Lakukan Sebagai Usaha Untuk Bayi Kembali Normal 😊
1. Ibu digalakkan untuk sujud lama sedikit ketika solat iaitu sekurang-kurangnya lima minit.
2. Dalam keadaan sujud, rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan bayi dan baringkan selama 20-30 minit (di luar solat).
3. Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
4. Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."
5. Ambil segelas air kosong lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dalam air. Ambil air yang sudah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak tiga atau tujuh kali mengikut lawan pusingan jam serta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air boleh diminum. Lebih mustajab, jika suami juga boleh lakukan perkara yang sama.
6. Amalkan membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardu beserta doa, semoga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang dikandungkan.
Ada juga petua orang tua-tua yang ibu boleh amalkan untuk cubaan mengubah kedudukan bayi songsang.
* Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya bayi rasa tak selesa atau sejuk di bahagian kepalanya. Jadi dia akan mengubah dan berpusing ke bawah.
* Kerap bermain dengan lampu suluh di perut anda. Suluhkan di bahagian bawah pusat dengan tujuan supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
* Rajinlah bercakap dan pujuk bayi supaya berpusing dan duduk di kedudukan yang betul.
Bagaimanapun, kalau semua usaha telah ibu lakukan untuk mengubah kedudukan bayi kembali normal tetapi tidak berjaya, janganlah sedih dan bimbang. Kini dengan teknologi perubatan dan kepakaran para doktor, melahirkan bayi songsang bukan lagi satu masalah. InsyaAllah, banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan kelahiran bayi dengan selamat biarpun perlu melalui proses pembedahan caesarean.

27/08/2025

"Isteri mengandung mengalami perubahan emosi, bersabarlah suami".

Orang mengandung ni sensitif, salah cakap nangis. Tak dapat apa yang dia nak, menangis. Kadang-kadang tiba-tiba je menangis. Bersabarlah wahai suami..

Itu lah naluri seorang ibu🫶♥
24/08/2025

Itu lah naluri seorang ibu🫶♥

23/08/2025

"Bila Janin Mendengar."

Memasuki usia kehamilan enam bulan atau 24 minggu janin mampu mendengar. Segala aktiviti dalam tubuh ibu menjadi irama nada indah bagi janin.
Sambil berbaring selesa dalam rahim, janin mendengar degup jantung ibu, suara bising usus dan pelbagai suara ketika ia bermain air ketuban.
Bagi ibu hamil disarankan untuk memberikan rangsangan positif dari luar tubuhnya dan menjaga setiap ucapan, elakkan pertengkaran dan suara keras antara suami isteri agar janin tidak mengalami stress.

Address

Malacca City
75250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mari Hamil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category