Ihsan Pharmacy - Lubok China

Ihsan Pharmacy - Lubok China This page was created to allow people to give their thought regarding Farmasi Ihsan and how the services are! ^^

SSM Aisy Pharmacy 201503193231 (UT0010680-T)

This page was created to allow people to give their thought regarding Aisy Pharmacy and how the services are! ^^

SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN dari kami keluarga Farmasi Ihsan Lubok China
22/04/2023

SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN
dari kami keluarga Farmasi Ihsan Lubok China

CLEAROGOUT!!!
15/02/2021

CLEAROGOUT!!!

CLEAROGOUT Penyelesaian oral yang dipercayai untuk mencegah sakit gout, menghilangkan asid urik & mencegah penghabluran asid urik. HENTIKAN GOUT PAIN! Krista...

STOK GLUCO METER ONE TOUCH dah selamat sampai Farmasi ihsan lubuk china 1set(25strip+25lanset+pen+meter)rm79.90
14/11/2017

STOK GLUCO METER ONE TOUCH dah selamat sampai Farmasi ihsan lubuk china 1set(25strip+25lanset+pen+meter)rm79.90

14/11/2017

Dah Cuba mcm2? ... tapi anak masih lagi tak nak makan? Himalaya bonnisan mampu membantu selera makan anak anda bertambah2😊😊 kini boleh didapati di Farmasi Ihsan Lubok China....

29/10/2017

Adakah anda tahu, gula dalam minuman manis menyebabkan gout? minuman berkarbonat, teh tarik, kopi panas, jus buah di pasaran dan pelbagai makanan manis yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Tetapi tahukah anda bahawa semua minuman tersebut

20/10/2017

Ubat innovator dan ubat generik adalah sama dan boleh ditukar ganti. Terdapat beberapa persamaan antara ubat generik dan ubat innovator. Baca lanjut disini --> https://goo.gl/nyu4bk

29/09/2017

Keep your hands of your face 😅😅

Dated way back before Merdeka 😮
27/09/2017

Dated way back before Merdeka 😮

Suku suku separuh. Lapar pulak tengok makanan penuh warna warni ni 😂😂
26/09/2017

Suku suku separuh. Lapar pulak tengok makanan penuh warna warni ni 😂😂

23/09/2017

Sakitnya ulser mulut

Ulser mulut merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Ulser mulut biasanya berbentuk bulat, berwarna putih atau kelabu dan bengkak. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit ketika hendak makan dan minum ataupun semasa memberus gigi. Dalam keadaaan ulser yang teruk, pertuturan seseorang juga mungkin dipengaruhi.

Ulser mulut boleh terjadi apabila terdapat kecederaan tergigit mulut dengan tidak sengaja atau dengan penggunaan gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna. Selain daripada itu, tabiat pemakanan juga boleh mempengaruhi kejadian ulser mulut. Makan makanan yang terlalu pedas, panas ataupun keras dan kurang minum air boleh menyebabkan tisu lembut di dalam mulut mudah mengalami kecederaan dan akhirnya menyebabkan ulser mulut.

Sebab-sebab ulser mulut yang lain termasuklah barah lidah, penggunaan sesetengah ubat-ubatan, jangkitan virus, bakteria atau infeksi kulat, penyakit sistemik dan sebagainya.

Ulser mulut bukan suatu penyakit, tetapi ia boleh menjadi petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, punca penyebab ulser mulut perlu dikenal pasti supaya rawatan dan pengendalian yang sewajarkan dapat dilakukan.
Sekiranya ulser mulut tidak sembuh-sembuh atau berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi atau doktor perubatan dengan segera untuk mengenal pasti penyebab ulser.

Rawatan ulser mulut

Terdapat beberapa jenis ubat dalam pasaran yang dapat mengurangkan sakit ulser mulut dan juga mempercepat proses penyembuhannya. Secara umumnya, ubat-ubatan ulser mulut ini dibahagikan kepada 2 kategori.

Kategori pertama adalah ubat yang mengandungi steroid. Ubat ini perlu disapu pada kawasan ulser mulut. Contohnya adalah Triamcinolone Acetate dan Dexamethasone. Ubat yang mengandungi steroid ini bertindak dengan mengurangkan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh pembentukkan ulser.

Semua ubat-ubatan yang mengandungi steroid adalah ubat terkawal. Oleh yang demikian, ia perlu diguna bawah seliaan dan nasihat doktor atau ahli farmasi.

Kategori kedua adalah ubat tanpa steroid. Ubat tanpa steroid bertindak sebagai pembunuh kuman dan penahan sakit. Antara contoh ubat tanpa steroid yang digunakan dalam rawatan ulser mulut adalah Benzydamine, Hyaluronic acid, Povidone-iodine dan Choline salisylate. Ubat-ubatan ini terdapat dalam pelbagai bentuk sediaan seperti cecair kumuran, semburan, gel sapuan dan sebagainya.

Pemilihan sediaan ubat hendaklah berdasarkan beberapa faktor seperti kedudukan ulser mulut, umur pesakit dan tahap kesakitan yang dialami. Sebagai contoh, sekiranya kedudukan ulser itu sukar untuk dicapai dan mengalami sakit yang teruk, sediaan semburan boleh digunakan.

Penggunaan ubat kumur ulser mulut dalam kalangan kanak-kanak dilarang sama sekali disebabkan kebarangkalian untuk tertelan adalah tinggi. Ubat ulser mulut jenis semburan dan bebas alkohol juga antara pilihan yang perlu digunakan untuk kanak-kanak.

Bagi teknik penggunaan ubat jenis sapuan, sama ada ubat yang mengandungi atau tidak mengandungi steroid, pastikan bahagian ulser mulut tersebut dikeringkan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu lembut yang bersih sebelum sapukan ubat bagi memperoleh kesan yang maksimum.

Penyembuhan ulser mulut boleh dipercepatkan dengan pengambilan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng atau rangup.

Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan ulser mulut daripada berlaku. Makan dan kunyah secara perlahan dapat mengelakkan kecederaan pada mulut. Penjagaan kebersihan mulut yang baik adalah penting untuk mengurangkan risiko ulser mulut.

Dari segi penyimpanan ubat, ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan ulser mulut hendaklah disimpan di tempat yang kering dan jauh daripada capaian kanak-kanak walaupun ia hanyalah sekadar ubat untuk ulser mulut. Penyimpanan yang tidak betul boleh mempengaruhi keberkesanan ubat dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan apabila digunakan.

Sekiranya anda sering mengalami ulser mulut dan keadaan ini berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang ) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan.

Disediakan Oleh :
Atikah Bt Zahir
Pegawai Farmasi UF44
Hospital Rompin

Address

RK 32, Jalan PLC, PUSAT PERNIAGAAN LUBOK CHINA
Malacca City
78100

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60166793419

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ihsan Pharmacy - Lubok China posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share