Klinik Veterinar Family & Surgeri - Cheng, Melaka

Klinik Veterinar Family & Surgeri - Cheng, Melaka KLINIK VETERINAR EKSLUSIF UNTUK RAWATAN KUCING BERFASILITI LENGKAP DI MELAKA. Klinik kucing berfasiliti lengkap. BUKAN DEPAN TESCO YA. �

Mempunyai 5 orang doktor bertugas, serta 5 orang kakitangan klinik untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk si comel anda. LOKASI kami berdekatan dengan PETRONAS CHENG, SELEPAS KLINIK KESIHATAN CHENG.

09/05/2026

Selamat Hari Pekerja!! 🥰
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!! 🥰

LAWATAN PEMERIKSAAN OLEHSeperti yang diketahui umum, Majlis Veterinar Malaysia (MVC) sedang menjalankan pemeriksaan ke a...
22/04/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN OLEH

Seperti yang diketahui umum, Majlis Veterinar Malaysia (MVC) sedang menjalankan pemeriksaan ke atas klinik-klinik veterinar di seluruh Malaysia bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan dan standard yang ditetapkan.

Pada hari ini, klinik kami telah menerima lawatan pemeriksaan rasmi. Kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa proses tersebut berjalan dengan lancar, dan klinik kami merupakan klinik veterinar berdaftar yang sah serta mematuhi segala keperluan yang ditetapkan.

Kami akan terus komited dalam mengekalkan standard perkhidmatan, keselamatan dan profesionalisme yang tinggi demi kesejahteraan pesakit serta pemiliknya.

Hari ini hari terakhir kami beroperasi sebelum cuti raya. Jumpa semula 24 hb nanti ya semua. 🩷🤗
18/03/2026

Hari ini hari terakhir kami beroperasi sebelum cuti raya. Jumpa semula 24 hb nanti ya semua. 🩷🤗

SELAMAT BERPUASA SEMUANYA....🩷
22/02/2026

SELAMAT BERPUASA SEMUANYA....🩷

JADUAL OPERASI KLINIK DI KEDUA2 CAWANGAN✅KLINIK VETERINAR FAMILY DAN SURGERI, CHENG✅KLINIK VETERINAR KLEBANGBeroperasi s...
14/02/2026

JADUAL OPERASI KLINIK DI KEDUA2 CAWANGAN

✅KLINIK VETERINAR FAMILY DAN SURGERI, CHENG
✅KLINIK VETERINAR KLEBANG

Beroperasi seperti biasa pada TAHUN BARU CINA.
Tutup 1 hari pada Hari pertama Ramadan.

29/01/2026

Doktor, saya taknak kucing saya beranak, tapi saya tak nak kembirikan kucing saya..🫣

08/01/2026

Kudis kucing saya ni tak baik2, sporo bukan, kudis buta pun bukan. Rupa-rupanya.....

07/01/2026

Telinga kucing saya asyik keluar nanah, bau busuk, dah dapatkan rawatan banyak kali tak baik-baik.....

🐈👂🏻OTITIS KRONIK DALAM KUCING: BILA RAWATAN BIASA TAK MENJADI...👀Kucing anda mengalami simptom seperti: • Kerap goncang ...
07/01/2026

🐈👂🏻OTITIS KRONIK DALAM KUCING: BILA RAWATAN BIASA TAK MENJADI...👀

Kucing anda mengalami simptom seperti:
• Kerap goncang kepala
• Garu telinga berlebihan
• Telinga berbau kuat / bernanah
• Sakit bila telinga disentuh
• Rawatan titisan & ubat berulang tetapi tidak sembuh sepenuhnya.

Ini mungkin tanda otitis kronik iaitu jangkitan telinga yang telah berlarutan lama.

🔍 KENAPA RAWATAN BIASA KADANG TAK CUKUP?

Dalam kes kronik, masalah sering berlaku di bahagian dalam saluran telinga, yang tidak dapat dilihat melalui pemeriksaan rutin. Antara punca yang sering terlepas pandang:
• Nanah & kotoran tebal berkumpul
• Saluran telinga yang menyempit
• Jangkitan bakteria atau kulat berulang
• Polip atau pertumbuhan abnormal/kanser
• Benda asing dalam saluran telinga
• Keradangan kronik jangka panjang

Tanpa mengenal pasti punca sebenar, rawatan selalunya hanya memberi kelegaan sementara.

🩺 APA ITU RIGID OTOSCOPY?
Prosedur ini membolehkan doktor:
✔️ Melihat secara langsung ke dalam saluran telinga termasuk gegendang telinga
✔️ Menilai tahap keradangan sebenar
✔️ Mengesan punca tersembunyi dan pengambilan sampel tisu
✔️ Membersihkan telinga dengan lebih menyeluruh & terkawal.

✨ KENAPA IA DISARANKAN UNTUK KES KRONIK?
Kerana ia membantu:
• Diagnosis yang lebih tepat
• Rawatan yang lebih fokus & berkesan
• Mengurangkan risiko jangkitan berulang
• Mencegah komplikasi telinga jangka panjang

Jika kucing anda:
❗ Sudah lama bermasalah telinga
❗ Rawatan titisan tidak memberi hasil berkekalan
❗ Masih sakit walaupun sudah beberapa kali dirawat

👉 Jangan tunggu sehingga telinga menjadi semakin rosak.
Berbincanglah dengan doktor haiwan anda tentang penilaian lanjut menggunakan rigid endoscopy untuk rawatan yang lebih tepat dan menyeluruh.

Hubungi kami atau buat temujanji untuk penilaian telinga kucing anda.
Rawatan yang tepat bermula dengan diagnosis yang jelas.
Whatsapp: 0169361993

12/12/2025

Rawatan penyakit kulit kronik pada kucing memerlukan disiplin yang tinggi. Ianya menuntuk komitmen:

1. Kewangan
2. Masa
3. Tenaga

Tahniah kepada mummy daddy si comel ni kerana membawa rawatan sebelum kulit menjadi lebih teruk, disiplin dengan pemberian ubat dan penjagaan pemakanan khas, disiplin hadir mengikut jadual follow up yang diberi, disiplin dalam mematuhi garis masa diagnosis serta rawatan yang telah ditetapkan oleh doktor..

Lepas ni tak ada garu2 sampai melecet lagi ok!

Address

25, Jalan Cheng Perdana 1/21A, Taman Cheng Perdana
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+6063121010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Veterinar Family & Surgeri - Cheng, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Veterinar Family & Surgeri - Cheng, Melaka:

Share