15/04/2026
Pukul 3 pagi. Suasana bilik gelap, cuma disinari lampu tidur kecil. Suara bayi menyusu perlahan, diselingi bunyi nafasnya yang halus. Mata si ibu dah kelabu, dah macam nak tutup sendiri, mengantuk gila tak tahu nak cakap macam mana. Badan rasa hancur penat, kepala berpusing.
Tiba-tiba, dengar suara lain sebelah dia. Bunyi berdengkur. Kuat, tenang, lena gila. Suami dia tengah sedap tidur, langsung tak sedar dunia sebelah. Isteri tu pandang suami dia sekejap. Fuh, rasa sentap sikit dalam hati. Tapi dia teruskan juga tugas dia. Dia cuba betulkan posisi bayi, pastikan susu cukup, pastikan bayi bernafas betul. Dia tahan kelopak mata dia guna jari.
Ramai suami ingat 'Mental Load' atau beban mental seorang ibu ni cuma pasal bangun susukan anak sekejap, lepas tu tidur balik. Hakikatnya, bukan setakat fizikal yang penat, tapi otak dia tak pernah berhenti berlari. Waktu susukan anak tulah, otak dia tengah fikir seribu satu benda:
"'Susu aku cukup ke ni? Kenapa dia nangis tadi? Esok pagi nak kena sidai kain sebelum kerja. Bekal anak nak kena siap. Aku lupa nak beli barang dapur tadi. Amacam nak mintak bos cuti esok kalau anak demam?'"
Ibu ni bukan setakat 'pengurus' bayi, dia juga 'pengurus' kebimbangan. Setiap malam dia bertarung dengan rasa bersalah, takut tak jadi ibu yang baik, takut anak tak sihat. Loneliness atau rasa sunyi tengah malam waktu semua orang tidur tulah yang paling 'membunuh' emosi dia.
Suami, tolonglah. Kami tak mintak anda keluarkan susu dari badan anda. Cuma mintak satu benda je: Bila dengar isteri bangun susukan anak pukul 3 pagi, tolong bangun sekejap. Duduk sebelah dia. Temankan dia.
Tanya khabar, "'Awak okay ke? Nak air tak?'" Picit sikit bahu dia. Tolong sendawakan anak lepas menyusu.
Rasa ada 'kawan' tengah malam, rasa tak keseorangan menanggung beban tu, itulah ubat paling mujarab untuk mental load seorang isteri. Ia lebih bermakna daripada seribu hadiah mahal. Perkahwinan tu partnership. Bila dia penat menanggung 'nyawa', tolonglah jadi tongkat untuk emosi dia.
Sumber : Public Health Malaysia
π Jom join Kursus Pengurusan Laktasi 20 Jam!
Untuk bakal ibu bapa yang nak ilmu & sokongan yang betul π
π’β¨ KURSUS WHO/UNICEF 20 JAM β¨π’
Breastfeeding Promotion & Support in a Baby-Friendly Hospital
(Termasuk Modul Khas: Formula for Success β BFHI Hospital Certification)
π 21 β 24 April 2026
π Siri 2/2026
π Auditorium Perdana, Aras 3, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
π² Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin:
019-660 2790
017-361 2790