Natural Skin Protection

Natural Skin Protection Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Natural Skin Protection, Aromatherapy service, Malacca City.

11/10/2020

TIPS SEBELUM TIDUR Untuk PENGHIDAP ECZEMA / PSORIASIS
1) Jgn lupa apply moisturizer..sapu dlu yer..klu boleh yg 💯 ORGANIC bebas bhn kimia more better
2) Minum air putih/kosong segelas
SELAMAT MALAM🙂
Ikhlas
Admin
- BEKAS penghidap psoriasis -

DOA RASULULLAH SAW KETIKA AKAN BERPISAH DENGAN BULAN RAMADAN 🤲للَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إ...
23/05/2020

DOA RASULULLAH SAW KETIKA AKAN BERPISAH DENGAN BULAN RAMADAN 🤲

للَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا

Yaa Allah! Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang diRahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Engkau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku disiksa karenanya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Yaa Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku dari bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke dalam golongan orang² yang mendapatkan (keutamaan) di Lailatul-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya & bukan juga pertemuan terakhirku. Semoga aku dapat kembali bertemu dgn Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan & kesejahteraan.

Aamiin aamiin Yaa Mujiib

14/05/2020

Wirid (3x) sebelum berbuka puasa yang diajarkan oleh Allahyarham Tn Guru Dato' Ust Ismail Kamus.

یَاعَظِی۟م، یَاعَظِی۟م، یَاعَظِی۟م، اِغ۟فِر۟لِي الذَّن۟بَ ال۟عَظِی۟مً، فَإِِنَّهُ لَایَغ۟فِرُ الذَّن۟بَ ال۟عَظِی۟مَ إِلَّاال۟عَظِی۟مَ

12/05/2020
21/02/2020
Kita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la ka...
12/02/2020

Kita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat_*.

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah*:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika
*rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
*bangun dari rukuk*:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika
*iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika
*sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
*duduk di antara dua sujud*:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika
*Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika
*Tahiyat Akhir*:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, seluawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam ala m ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!

Tazkirah oleh:Dato' Dr Fatma El-ZahraSurau Al-Islah Tmn Seri  Keramat📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah ...
24/05/2019

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Tmn Seri Keramat

📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
📌Pd 10 mlm terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini
📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, *jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
📌Apa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
📌Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dgn doa.
📌Kpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
📌Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
📌Sepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
📌 Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*
📌Jika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
📌Bermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
👉Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn
kita
📌Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhn...
06/03/2019

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Address

Malacca City
75250

Telephone

0105466131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Natural Skin Protection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share