27/04/2026
Grand Opening MediPulih Klinik & Klinik Pergigian TULEN 🎉
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Allex Seah Shoo Chin, ADUN Kesidang. Ribuan terima kasih atas kehadiran dan sokongan beliau dalam menjayakan Grand Opening & Jelajah MediPulih, dalam usaha membawa perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada komuniti di Batu Berendam dan sekitar Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Anytime Fitness, Benphysio, National Cancer Society of Malaysia dan Mercy Malaysia atas sokongan menjayakan Grand Opening ini. Terima kasih juga kepada para penaja iaitu 20dB, Mayflax, Germax, Teepham Medical dan Synteq Medical atas sumbangan serta komitmen yang diberikan.
Aktiviti yang dijalankan:
✅ Perasmian Grand Opening MediPulih Klinik & Klinik Pergigian TULEN
✅ Perasmian Kad Rahmah Bloom Mekar
✅ Tandatangan MoU antara Bloom Healthcare & Anytime Fitness
✅ Saringan Kesihatan, Pergigian & Kulit
✅ Sesi Konsultasi & Kesedaran (Kecergasan, Kanser, Fisioterapi & Sukarelawan)
✅ Jamuan Buffet
Jelajah MediPulih di Melaka telah mencapai kemuncaknya dan akan diteruskan ke Lembah Klang. Seterusnya, kami akan meneruskan Jelajah MediPulih ke Negeri Sembilan dan Lembah Klang untuk membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada komuniti di sana. Jumpa Nanti!
Let’s Pulih Together 💚