08/05/2026
Dalam usaha memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan kesihatan, delegasi pengurusan Putra Specialist Hospital (Melaka) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama wakil pengurusan serta pasukan teknikal Radiologi dan Biomedik telah mengadakan lawatan kerja ke MedScan Maryland bagi meninjau penggunaan teknologi MRI 3T berprestasi tinggi.
Teknologi ini menawarkan kelebihan dari segi ketepatan diagnostik melalui penghasilan imej yang lebih jelas dan terperinci, selain mempercepatkan tempoh pemeriksaan untuk keselesaan pesakit. Penggunaan MRI 3T juga memainkan peranan penting dalam membantu penilaian klinikal bagi pelbagai bidang perubatan termasuk ortopedik, neurologi dan kardiologi.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Putra Specialist Hospital dalam meneroka inovasi teknologi kesihatan terkini sebagai panduan ke arah penambahbaikan fasiliti dan sistem penyampaian rawatan. Melalui pendekatan ini, hospital terus komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang moden, efisien dan berkualiti tinggi kepada komuniti.
Ab Rauf Yusoh NGWE HEE SEM Kerajaan Negeri Melaka