PERKESO Rehabilitation Centre

PERKESO Rehabilitation Centre A Rehabilitation Centre by the Social Security Organization of Malaysia (PERKESO). Also known as Pusat Rehabilitasi PERKESO.
(464)

Kemeriahan Program Jualan Rahmah yang dianjurkan bersama Team Terapi Cara Kerja dan para OB di Pusat Rehabilitasi PERKES...
08/05/2026

Kemeriahan Program Jualan Rahmah yang dianjurkan bersama Team Terapi Cara Kerja dan para OB di Pusat Rehabilitasi PERKESO ✨

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada OB untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti komuniti, malah turut memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri dan kemahiran interaksi sosial dalam suasana yang positif dan bermakna.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini serta memberikan sokongan penuh kepada usaha rehabilitasi dan pemerkasaan OB. 🤝


Pusat Rehabilitasi PERKESO bersama komuniti, di hari yang terakhir! Peluang untuk bersama komuniti sempena Sambutan Hari...
03/05/2026

Pusat Rehabilitasi PERKESO bersama komuniti, di hari yang terakhir!

Peluang untuk bersama komuniti sempena Sambutan Hari Pekerja ini adalah amat bermakna buat kami! Terima kasih buat semua yang hadir singgah ke booth untuk mengenal lebih lanjut berkenaan perkhidmatan rehabilitasi, mendapatkan konsultasi bersama Pengurus Kes sehinggalah menjalani saringan kesihatan percuma yang ditawarkan!

Semoga program sebegini akan terus menjadi "One Stop Centre" untuk kami memperkenalkan lagi Pusat Rehabilitasi PERKESO kepada komuniti di luar sana!



NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON (2 - 3 Mei 2026)
02/05/2026

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON (2 - 3 Mei 2026)

02/05/2026

Sekitar suasana di booth Pusat Rehabilitasi PERKESO sempena Karnival Mega Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. (1-3 Mei 2026)

Kehadiran para pengunjung mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan rehabilitasi dan sokongan kebolehkerjaan. Pusat Rehabilitasi PERKESO kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang holistik, demi membantu individu kembali berfungsi, berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.

Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan.

Selamat Menyambut Hari Pekerja buat semua warga kerja yang menjadi teras kekuatan dan kejayaaan bagi Pusat Rehabilitasi ...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja buat semua warga kerja yang menjadi teras kekuatan dan kejayaaan bagi Pusat Rehabilitasi PERKESO!

Semoga semangat dan keikhlasan anda semasa bekerja memberi kebaikan bukan sahaja kepada anda, malah buat klien yang sedang menjalani rawatan dan masyarakat di luar sana.

"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"


28/04/2026

Tahukah anda? 👂✨

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, bukan sahaja fokus kepada pemulihan fizikal—kami juga menyediakan perkhidmatan Audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran.

Dari saringan pendengaran hingga pengurusan alat bantu dengar, pasukan kami komited memastikan setiap pesakit mendapat penjagaan holistik demi kualiti hidup yang lebih baik.

💙 Pendengaran yang baik, komunikasi lebih bermakna.

26/04/2026

Hari terakhir MYFutureJobs Premium Carnival 2026 kini tiba!

Masih berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, inilah peluang terakhir untuk anda merebut pelbagai tawaran kerjaya daripada majikan terkemuka serta mendapatkan pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang tersedia.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke booth Pusat Rehabilitasi PERKESO bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan rehabilitasi, program Return to Work serta sokongan yang disediakan kepada orang berinsurans.

Ayuh manfaatkan hari terakhir ini sebaiknya — langkah pertama ke arah masa depan kerjaya anda bermula di sini!

25/04/2026

Suasana sekitar booth Pusat Rehabilitasi PERKESO di MYFutureJobs Premium Carnival 2026 jelas menunjukkan sambutan yang amat bagus daripada para pengunjung.

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, karnival ini menjadi platform terbaik buat anda yang sedang mencari peluang pekerjaan untuk terus berhubung dengan majikan serta meneroka pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke booth Pusat Rehabilitasi PERKESO bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan rehabilitasi, program kembali bekerja (Return to Work) serta sokongan yang disediakan kepada orang berinsurans.

Ayuh, bina masa depan kerjaya anda bermula di sini — jumpa kami di KLCC!

24/04/2026

Terima kasih YB di atas kesudian melawat Pusat Rehabilitasi PERKESO.
Lawatan ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut mengangkat dan mempromosikan perkhidmatan terbaik yang kami tawarkan kepada para klien. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai masyarakat untuk mengenali dan memanfaatkan perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan, bukan sahaja di Negeri Melaka, malah buat semua masyarakat di luar sana!


Menjadi tanggungjawab kami di Pusat Rehabilitasi PERKESO untuk bukan sahaja memberikan rawatan rehabilitasi yang intensi...
24/04/2026

Menjadi tanggungjawab kami di Pusat Rehabilitasi PERKESO untuk bukan sahaja memberikan rawatan rehabilitasi yang intensif buat klien malah turut berkongsi ilmu dan memberikan pendedahan kepada rakan strategik dan khususnya hospital untuk turut sama memberikan rawatan rehabilitasi yang komprehensif kepada pesakit yang menjalani rawatan.

Terima kasih buat semua delegasi daripada Kementerian Kesihatan Negeri Pahang khususnya Hospital Bera yang telah hadir untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak bagaimana klien kami mendapat rawatan di sini. Semoga lawatan ini menjadi penanda aras dalam memastikan rawatan rehabilitasi yang terbaik dapat diberikan kepada masyarakat di luar sana.


22/04/2026

Sambungan ujian memandu atas jalan di Pusat Rehabilitasi PERKESO memperlihatkan kesinambungan latihan yang dilalui oleh klien selepas sesi simulasi.

Pendekatan berperingkat ini memastikan setiap klien dinilai secara menyeluruh dari aspek kemahiran, keyakinan dan keselamatan sebelum kembali memandu secara berdikari.

Address

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Lot PT7263 [H. S (D) 18923], Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKESO Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PERKESO Rehabilitation Centre:

Share