Amanah Hang Tuah Jaya

Amanah Hang Tuah Jaya PAGE UNTUK RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA MELAKA DAN KAWASAN BUKIT KATIL BERINTERAKSI
Email: penjana@gmail.com Tel : 019-6821318 call/sms/wassap

22/04/2026

Moga semua sihat sejahtera

21/04/2026

Sembang isu semasa.

21/04/2026

JANGAN NAK TUNJUK BAIK, JANGAN TARIK BALIK SAMAN KPD PEMFITNAH JAHAT

19/04/2026

Sembang berkaitan isu semasa

18/04/2026

PECAT JE....JIKA MELANGGAR DISIPLIN DAN PERLEMBAGAAN PARTI.

Semalam kita telah menjayakan Majlis Temu Rapat bersama YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, Presiden Parti AMANAH Negara di ...
06/04/2026

Semalam kita telah menjayakan Majlis Temu Rapat bersama YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, Presiden Parti AMANAH Negara di Pejabat AMANAH Kawasan Alor Gajah, dalam suasana penuh semangat, ukhwah dan keikhlasan.

Terima kasih kepada semua yang hadir, daripada pimpinan akar umbi, JKP Amanah Negeri Melaka hingga ke barisan JKP Amanah Nasional, khususnya kehadiran pimpinan utama, YB Datuk Seri Mohamad Sabu Presiden AMANAH, YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa Timbalan Presiden, barisan Naib Presiden, Setiausaha Agung yang sudi turun padang mendengar, berkongsi dan menyatukan hala tuju perjuangan kita.

Ucapan tahniah buat semua ahli dari segenap kawasan yang komited hadir terutamanya buat Kawasan Hang Tuah Jaya dengan kehadiran penuh dan paling ramai.

Setinggi penghargaan juga buat Saudara Husni Balis Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, selaku peneraju utama program bersama barisan jawatankuasa pelaksana yang telah merealisasikan Majlis Temu Rapat ini dengan penuh gilang gemilang.

Majlis ini bukan sekadar satu pertemuan, tetapi sebagai medan bagi memperkukuh kesefahaman, memperkemas gerak kerja, serta membulatkan tekad dalam mengangkat agenda rakyat.

InsyaAllah, semangat ini akan terus kita bawa ke hadapan demi memastikan Parti Amanah Negara kekal relevan, berprinsip dan dekat di hati rakyat.

Terima kasih semua.
Amanah Progresif Peduli.

πŸŒ™βœ¨ Salam Lebaran & Salam Sejahtera! βœ¨πŸŒ™Sesuci lebaran, seerat tautan, kami dengan penuh rasa kasih sayang ingin menjemput...
29/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Lebaran & Salam Sejahtera! βœ¨πŸŒ™

Sesuci lebaran, seerat tautan, kami dengan penuh rasa kasih sayang ingin menjemput

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Silaturahim Syawal kami. πŸ€πŸ’›

Mari kita eratkan ukhuwah, saling bermaaf-maafan, dan nikmati hidangan raya istimewa yang disediakan dengan penuh kasih.

πŸ“… Tarikh: Ahad, 5 April 2026 (16 Syawal)
⏰ Masa: 12 Tengah Hari – 3 Petang
πŸ“ Lokasi: Pejabat Parti AMANAH Alor Gajah @ Kabin Durian Tunggal, Melaka

πŸ’Œ Sertai kami untuk memeriahkan Syawal dengan tawa, kegembiraan, dan kenangan manis yang tak terlupakan!

✨ Jumpa di sana

Alhamdulillah, selesai sudah. Meriah dan penuh dengan silaturrahim
15/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah. Meriah dan penuh dengan silaturrahim

26/02/2026
20/02/2026

KENYATAAN MEDIA : HARGAI KEJUJURAN TOK MAT

1. Saya ucapkan terima kasih kepada Tok Mat ( Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO) atas jawapannya berhubung persoalan rundingan kerusi PH dan BN untuk pilihanraya Negeri Melaka dan Johor. Secara tenang Tok Mat menyatakan bahawa ianya tidak mungkin dilakukan kerana keputusan samada nak bersama PH atau bersendirian masih belum dibuat. Kalau ikut kenyataan Akmal p**a, dia lebih cenderung untuk bersama PAS/PN!

2. Jawapan sebegini dari Tok Mat jauh lebih matang dan ikhlas berbanding jawapan-jawapan sebelum ini.

3. AMANAH mengharapkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan, demi kepentingan Negara, namun mengakui pilihan diletak di tangan BN.

4. Kami melihat kerjasama yang diasaskan selepas PRU-15 sangat baik, penuh dengan tolak-ansur dan keikhlasan. Tiada sebab BN perlu menolak kerjasama ini. Agak hairan kenapa BN masih teragak-agak dalam meneruskannya, kerana tiada unsur khianat atau paksaan/bully sepanjang kita bekerjasama. Lainlah kalau kami seperti PAS dan PN yang masyhur dengan khianat dan pemaksaan.

5. Namun demikian, berdasarkan jawapan Tok Mat, AMANAH kena bersiap-sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

6. Teringat saya akan kata-kata pegawai ISA ketika saya ditahan dahulu, "pisau di tangan kamu dan buah di tangan kamu, nak potong cantik-cantik atau nak cincang, itu pilihan kamu". Begitulah keadaannya dengan BN sekarang. Walaupun dilayani dengan baik semasa kerjasama perpaduan ini, terp**ang pada BN samada hendak teruskan atau sebaliknya.

7. Bagi AMANAH, kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN. Tapi pada masa sama AMANAH akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal. Ini bukan amaran atau cabaran, ianya sekadar "statement of fact" atau menyatakan hakikat.

HAJI KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH

Pada 20 Februari 2026

18/02/2026

Kenyataan Media
Parti Amanah Negara
12 Februari, 2026

Jawatan Kuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (JKP Nasional) telah bermesyuarat pada malam ini dan telah membuat ketetapan berikut:

1. Mengambil kira Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dan Pilihanraya Negeri (PRN) terutama di Melaka, Johor dan Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat, Parti Amanah Negara (AMANAH) memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijadualkan pada tahun ini. Keputusan ini diputuskan mengikut Perkara 19.2 (j) Perlembagaan AMANAH yang memberikan kuasa berkaitan penangguhan pemilihan untuk tempoh selama 18 bulan kepada JKP Nasional. Pemilihan parti akan diadakan sebaik sahaja urusan PRU dan PRN selesai tanpa menunggu tempoh penuh penangguhan 18 bulan tersebut.

2. Bagi mengukuhkan kesiapsiagaan AMANAH berhadapan PRU dan PRN, JKP Nasional mengarahkan AMANAH di peringkat Negeri dan Kawasan untuk segera menggerakkan jentera pilihanraya masing-masing, di mana temu rapat pimpinan utama AMANAH dengan jentera di peringkat akar umbi akan diadakan mengikut zon yang akan ditetapkan tarikhnya kelak bermula di Melaka dan Johor.

3. AMANAH sebagai salah satu komponen gabungan Kerajaan Perpaduan akan mengambil tanggungjawab memartabatkan kedudukan orang Melayu melalui polisi-polisi yang mampu mengangkat sosio-ekonomi orang Melayu dan memandu perubahan pemikiran orang Melayu untuk menolak sentimen Melayu terpinggir dan Islam terancam yang dimainkan pihak pembangkang serta membawa naratif pemikiran baharu yang lebih rasional, progresif dan sederhana. Justeru, JKP Nasional malam ini bersetuju supaya AMANAH memainkan peranan lebih aktif dalam membawa perubahan ini.

Muhammad Faiz Fadzil
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara

Kami dari AMANAH kawasan  HANG TUAH JAYA mengucapkan selamat menyambut RAMADAN AL- MUBARAK kepada semua ahli-ahli, pimpi...
18/02/2026

Kami dari AMANAH kawasan HANG TUAH JAYA mengucapkan selamat menyambut RAMADAN AL- MUBARAK kepada semua ahli-ahli, pimpinan, sahabat dan umat islam keseluruhannya.. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya.

Address

32-1, Jalan PJ14, Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil
Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Hang Tuah Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amanah Hang Tuah Jaya:

Share