Cerita Cinta Halal

Cerita Cinta Halal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cerita Cinta Halal, Malacca City.
(1)

29/04/2026

kalau korang kan, balik rumah mertua sebab suami ajak tidur semalam memandangkan dah lama tak balik kg , masa nak makan malam tu kau tengah nak cedok nasi, tiba2 mertua kau cakap "ambek sikit je tau, anak2 mak yang lain kuat makan kang tak cukup nasinya" korang akan buat apa?

28/04/2026

Aku isteri yang suaminya pernah curang siap package terlanjur. Aku isteri yang pergi pejabat agama untuk meluahkan rasa kecewa dan dapatkan khidmat nasihat instead luahkan perasaan atau ss all the conversation between me and the penyondol. Aku isteri yang juga masih memilih suami yg curang utk hidup bersama. Orang kata once cheat always cheater tapi sebab aku juga seorang isteri yang tidak sempurna aku juga memilih untuk stay.
Tapi, dalam rumahtangga aku control semua dan bukan suami aku. Aku ibarat suami dalam rumahtangga sebab aku dah tak percayakan dia. Aku ibarat raja dalam rumahtangga sebabkan dia tiada ciri2 itu. Aku control everything to make it me happy, not him. Jadi apa itu perkahwinan dalam hubungan kami? Nothing. Aku hanya jalankan tugas sebagai ibu dan bukan isteri yang mithali. Adakala aku baran, aku tetap baran. Ada kala aku nak herdik, aku tetap akan herdik.
Dan aku juga bukanlah isteri mithali seperti dahulu yg suamiku agungkan kerana sosok isteri itu dia sendiri pilih utk tidak bersama.
Aku bawa hati hanya untuk duniaku sahaja.

27/04/2026

betul ke orang kata kalau nak kahwin tu pilih orang yang sayang kita bukan kita yang saya dia ? lagi ii perempuan la ... sebab ni kisah i sendiri dulu i tunang dengan ex bf i ... i saygkan dia sangat tapi i tengok dia macam tkde effort sangat dekat i .. kitorng tunang pun sebab pihak i dah desak dia , kalau taknak tunang kitorang perlu putus sebab relay kitorang dah 6 tahun ... and dia macam terpaksa nak tunang dengan i .. so sepanjang tunang tu kan dia hanya keluar kan duit and letak 100% nya dekat i , tema, deco, pelamin, hantaran semuanya atas i so i agak rushing la sebab i nak juga dengar pedapat dia kan even tu hari tunang je... tapi ignore jela sebab i fikir maybe nanti masa majlis nikah kot baru dia nak pilih sama ii ... so bila kitorang dah nak kahwin kan selepas 6 bulan tunang .. dia stil dengan perangai yang sama letak 100% nya pada i , bila i tanya nk baju kahwin warna apa ? dia kata ikut u la , bila tanya pelamin warna apa tema macam mana? dia kata ikut u la u yang nak kahwin kan... i terus tersentap like ,acam i yang beria sorg ii, endup i putus kan tunang tu even i kena bayar ganti ... ayah i yang suruh sebab dia taktahan tengok i kena treat macam tu..so lepas setahun i takjadi kahwin .. tetiba ayah i kenalkan i dengan seorang lelaki muda setahun je dari i tapi kerjaya , komitmen dia sumpah stabil sangat ...ayah i suruh kawan dlu and masa berkawan tu dia sangat matured ta macam umur 24 ... and dia memang treat i baik gila, selalu kata i love you(pdhl i belum s**a dia lagi) , bila i tengah stress dia bagi solusi , bila i nak pilih baju dia yang tolong describe kan so boleh dikatakan perfect.. suatu hari tu tetiba dia hantar rombongan merisik padahal i dengan dia x bercinta pun and dia tak knea paksa pun dengan i mmg dia yang nak dia kata " saya nak awak jadi isteri saya , tak nak yg lain".. tapi i accept je sebab i nak tngok parents bahagia .. so kitorg tunang and waktu nak buat persiapan kahwin tu dia yang banyak tolong i buat pilihan ... and now dah jadi ayah kepada ank ii i and sampai sekarang perangai dia still gentleman tak pernah berubah .. sekarang usia perkahwinan kitorang almost 10 years...

25/04/2026

Bini aku g bercuti. Oversea la senang cerita. Dia guna duit sendiri. Aku tak hulur apa2 walau sesen pun. Tapi aku story dekat family aku yg bini aku bercuti tu mertua sponsor. Motif sebab aku tak nak ada yg buruk sangka kata suami tengah susah pun boleh lagi pergi bercuti luar negara. I know my family. Tapi bila bini aku tanya family aku tahu ke tak dia bercuti, aku cakap la tau plus just inform sponsor oleh mak ayah.
Dah bini aku terasa sebab dia kata itu duit usaha dia sendiri, kenapa cakap macam tu. Aku dah jelaskan kenapa aku bertindak macam tu tapi aku tetap dipersalahkan. Bini aku cakap aku lebih pentingkan hati perasaan orang lain daripada diri dia sendiri.
Salah ke aku buat macam tu sebab tak nak orang lain sangka buruk dekat bini aku? Aku sendiri pun tak halang bini aku bercuti. Bini aku pun dah cukup banyak bantu aku selama ni

24/04/2026

malam tdi tgh duk drive borak laki bini , laki aku cerita la kejadiaan tempat dia kerja , dia ada terdengar dkt office time tu waktu lunch ada that girl ni , dia ajak sorang laki ni which is itu (laki org) teman dia pergi lunch dkt mall , n then laki tu jwap la dgn nada kasar taknak la bini aku tengah pantang , n the girl still said jom ahh. i dgr tu mcm WTH girl?? Lpstu laki tu mcm cakap kt kawan dia sorang ni , kau pegila teman dia dang2 pulak ajak aku laki org ni, bini aku tengah pantang kot.
aku mcm kau takde maruah ke pompuan weii !? Dgn tak malu ajak laki orang pergi teman kau lunch , utk laki tu aku memang respect gilaa !! Org cakap suami diuji bila isteri tengah pantang kan ? But not fr him , dia still ingat kan bini dia yg tgh pantang dkt rumah tu 🥹, mesti bini dia org yg baik kan . Alhamdulillah beruntung bini dia . girl to girl please!! Hormat laki orang tk kira la dkt tempat kerja ke mana2 ke , jangan pndai nk begedik jer dgn laki orang jaga maruah kita as a WOMEN

23/04/2026

IPAR DARI NERAKA.
Teringat awal awal kawin dulu, adik ipar s**a sabotaj aku diam diam. Bila kantoi play victim nangis nangis cakap dia cuma ikut arahan bisikan suara yang dia dengar lahhh tetiba masuk genre mistik pulak. 😭🤣
Ada sekali tu aku masak untuk lunch, weekend kan ramai la siblings suami berkumpul dekat rumah. Sekali time makan semua tak boleh telan gulai ayam yang aku buat, masin nakmampoihhhh.
Aku dah naik segan kat situ pastu MIL aku cover kata dia yang tambah garam kononnya tak perasan aku dah letak. Tapi ini bukan masin yang terlebih garam tau, ni masin memang kena lidah je menggelitat satu badan.
Budak budak kan jujur, semua pakat meludah ludah la punya lah takleh telan weii.
Bab masak ni memang banyak kali la kena sabotaj. Sampai la ada sekali tu, suami aku saja je cakap lauk yang MIL aku masak tu kononnya aku yang masak. Sekali time nak makan lahh tertumpah gula pulak lauknya. 😆😆
Pastu next baju MIL yang aku tolong gosok pulak berlubang. Padahal time gantung tu elok cantik je takde kedut takde lubang. 🤣
Kemuncak dia bila kitorang pregnant sama sama, due jauh tapi sebab dia kena emergency czer so beza beranak jadi dua hari je. Aku dulu, pastu dua hari kemudian anak dia. Kira anak dia premature la.
Yang kelakarnya dia rembat nama anak aku pastu gi daftar as nama anak dia. Waktu tu aku belum daftar nama lagi, tapi aku share je la nama tu dekat MIL aku.Bila dapat tahu tu MIL aku terus minta maaf tapi aku okay je sebab banyak je lagi pilihan nama yang aku berkenan. Tapi sebab aku petty, aku bagi kucing aku nama yang dia rembat tu. 🤣
MIL aku pulak memang s**a kucing, so kalau balik kampung bukan setakat pasal anak aku je dia tanya. Khabar kucing aku pun dia tanya hah excited la aku cerita sambil 100 kali duk sebut nama kucing. 😜
Tapi adik ipar aku ni memang dari kecik perangai aneh aneh. Satu family dah lali, MIL aku pun selalu kena fitnoh kalau dalam family besar apatah lagi aku yang baru masuk dalam family dia.
Sekarang dia dah takde sabotaj kerja kerja aku, tapi dia reka reka cerita pulak. Terbaru, dia kata nampak aku jampi jampi time masak sahur semalam pastu MIL aku balas ooo ye ke patut la mak makin sayang dekat Ely. Nohhh macam ayam berak kapur la member hempas pinggan tak jadi nak sahur. 🤣

22/04/2026

Nak tanya , kenapa suami zaman sekarang berat tulang ye? Macam haritu.. aku buat openhouse la dan nak dijadikan cerita.. aku tak amik order makanan sebab laki aku tak kasih dia kata membazir duit and dia kata baik aku je yang masak ... masalahnya yang datang nanti bukan kawan aku je .. kawan dia lagi, belah aku , belah dia .. dah lah kawan dia ramai sangat ( kwn mancing, office,kebun,lepak,kwn sekolah lama).. tapi aku ikut kan jelaa sebab aku malas nak bertekak tapi aku dah kata dekat dia nanti kena tolong aku buat prepare ni.. kalau aku seorang buat mati la aku kan... dia pun setuju... and hari kejadian tu aku masak la macam biasa aku buat 7 jenis lauk dan kuih muih aku tempah je.. and masa aku tengah nak masak tu aku cakap dengan di tolong beli kan ais, pinggan plastik dengan kuey teow .. dia kata okey eh lepas 1 jam aku tanya dia mana benda tu dia kata "awak la pergi beli , saya penat la " padahal dari pagi dia tak buat satu kerja rumah pun.. aku hangin aku kata baik saya tempah je ... and aku pun pergi la beli barang tu , bila balik tu aku siap kan la semua lauk dan aku minta tolong dia susun meja dengan kerusi dekat luar sebab aku nak letak lauk ... dia diam je aku ulang lagi cakap , dia bangun dia masuk bilik, aku jerit terus , aku kata" awak saya suruh kemas kann!!" dia keluar bilik dia pandang aku atas bawah lepastu dia kata " pergi la kemas dekat luar tu saya penat la tak faham ke , alah awak tu masak je kan bukan penat sangat pun, dah la saya nak tidur nanti kejut" , aku rasa nak menangis je masa tu padahal semalam dia cuti .. so aku buat la SEMUA NYA... so masa semua dah datang tu aku layan la tetamu macam biasa dengan laki aku... tetiba kawan laki aku kata" sedapnya lauk kuey teow goreng ni" terus laki aku kata" tengok la siapa yang beli kuey teow "(maksud nya dia la), kawan dia puji kata bagusnya nya kau weh tolong bini... aku dekat situ nak macam nak maki hamun je dia.. kau kalau tak tolong aku jangan nak jadi munafikk.. muka bukan hensem pun .

21/04/2026

i nak story semalam i terdengar perbualan kakak ipar dengan along i ...SIL i cakap dengan along i yang dia craving nak makan cucur udang tapi masa tu dah malam( around 10 malam) and my SIL tengah pregnant .. so muka along i terus berubah and dia cakap dekat SIL" mana abg nak cari ni sayang malam buta dah ni " muka SIL terus berubah macam nak menangis .. along i cakap lagi" tadi masa kita g pasar malam sayang taknak teragak nak beli pulak .. dah sampai rumah baru mengada nak beli haihhh, tunggu esok jelaa" terus SIL cakap" tak apa la macam tu , sayang nak tidur la tak jadi craving " abg i terus blah .. then my mom pun terdengar percakapan mereka dia terus g dekat abg i dia tepuk bahu abg i , my mom cakap" along,, jadi perempuan ni susah .. masa period dia sakit, masa mengandung sakit, beranak sakit nak menopouse pun sakit long, apalah sangat dengan cucur udang tu kalau along buatkan ke tak semestinya perlu beli dekat luar , anak dalam perut isteri along tu anak along tau bukan orang lain... jangan kata mcamtu lagi kecik hati isteri along , ibu tak ajar awak macamtu.. ayah awak dulu pun masa ibu craving apa ii sanggup dia cari".. and terus along i buatkan tpi my mom ajarkn la...

20/04/2026

Aku kahwin tahun 2023. Lepas kahwin, bapa mentua suruh aku dengan suami duduk rumah sendiri. Dia kata biarlah kami belajar hidup berdikari awal. Dia cadangkan satu rumah sewa milik kawan dia sebab katanya dekat dengan tempat kerja suami aku.
Sebenarnya masa tu aku dengan suami memang tengah cari rumah juga, tapi belum jumpa yang sesuai. Jadi bila dia kata ada rumah kawan dia nak sewakan, kami pun setuju saja.
Masa awal dulu dia beritahu sewa rumah tu RM900 sebulan. Aku pun tak banyak soal. Setiap bulan kami bayar tanpa pernah gagal. Walaupun kadang-kadang terasa juga mahal, tapi kami fikir mungkin sebab lokasi dekat dengan tempat kerja suami.
Kadang sampai kami berjimat sana sini. Kurangkan makan luar. Barang rumah pun beli sikit-sikit dulu.

18/04/2026

Wanita yg clingy, mengada ngada, manja, childish. Dia bersama pasangan yg tepat. Perangai comel2 ni auto kalau bersama pasangan yg betul.
Wanita singa, garang, selalu emotional, dia bkn bersama pasangan yg betul, sbb dia pegang b*k tanggungjawab, dia pegang b*k beban, dia provider, dia juga yg urus, dia juga yg protective. Dia juga yg pimpin. Wanita mcm ni kita nk dia manja? Beban terlalu b*k hnya dia yg pegang smpai hilang sifat feminine dia. Kenapa, sbb dia bersama A boy bkn A man.

17/04/2026

x bf s**a kacau. Sejenis tak move on padahal dia yang tinggalkan kita dulu. Dah block pun dia guna nombor lain pulak. Sibuk duk tanya kita dah pregnant ke belum. Mentang² wife dia dah pregnant masa tu. Satu hari tu kita decide call dia pagi² buta, wife dia jawab. Pastu dia bergaduh laki bini and call dan serang kita balik. Kita dengan tenang jawab “abang yang minta baby call pagi ni kan?”. Kat belakang dah dengar suara bini dia meraung. Lepas kejadian tu, dia dah tak berani nak kacau kita lagi.

Dulu tiap kali bangun malam, kena tunggu air panas dulu… memang ambil masa sikit 😅Sekarang guna thermostat kettle ni, se...
16/04/2026

Dulu tiap kali bangun malam, kena tunggu air panas dulu… memang ambil masa sikit 😅
Sekarang guna thermostat kettle ni, semua jadi lebih cepat.
Suhu boleh set siap-siap, so bila baby bangun terus boleh buat susu.
Air pun kekal panas lama, memang membantu untuk mommy 🤍
Saiz pun kecil, senang nak bawak ke mana-mana 👍🏻
~ https://s.shopee.com.my/16UMfaJAR

Address

Malacca City
76450

Telephone

+60197785851

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Cinta Halal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cerita Cinta Halal:

Share

instagram : furmon_hq

kami telah membantu ramai pasangan yang sedang ikthiar hamil bersama set kesuburan suami isteri . alhamdulillah antara fedback yang kami dapat antara 30-90 hari selepas penggunaan set kesuburan suami isteri .

maklumat lanjut boleh terus ke instagram kami furmon_hq atau terus whatsapp ke 01139642492 fatiha lam .

semoga yang sedang ikhtiar hamil akan di permudahkan berjaya hamil . insyaallah .