27/09/2024
Lupuskan ubat dengan cara selamat π Lindungi alam sekitar untuk generasi akan datangπ
Pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang salah akan meninggalkan sisa farmaseutikal di dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut. Sisa farmaseutikal ini berkemungkinan untuk kekal dalam rantaian makanan dan akhirnya akan memudaratkan kesihatan manusia.
Oleh itu, Program *MyMediSAFE* telah diperkenalkan sebagai inisiatif yang memberi fokus kepada *pelupusan ubat-ubatan yang selamat*.
Inisiatif ini dilaksanakan secara kolaborasi dengan pelbagai rakan strategik dari sektor awam dan swasta, meliputi fasiliti kesihatan, farmasi komuniti serta industri farmaseutikal.
Layari laman web *www.mymedisafe.org.my* untuk ketauhi lebih lanjut mengenai MyMediSAFE π€
Ikuti FB, IG & Tiktok Kenali Ubat Anda untuk pelbagai maklumat berkaitan ubat-ubatan.