Pusat Jagaan Sinar Insan

Pusat Jagaan Sinar Insan Palliative Care, Geriatric & Psychiatry.

Alhamdulillah.. dengan penuh rasa syukur dan seikhlas hati, naratif yang dibawa pada tahun ini berjaya direalisasikan de...
23/03/2026

Alhamdulillah.. dengan penuh rasa syukur dan seikhlas hati, naratif yang dibawa pada tahun ini berjaya direalisasikan dengan lebih meluas dan bermakna.

Di sini, kami bukan sekadar sebuah pusat jagaan. Kami adalah satu keluarga. Tiada jurang, tiada perbezaan.

Tahun ini, kita semua berkongsi kegembiraan yang sama, beraya bersama, sebagai satu hati dan satu rasa πŸ₯°

Raya tahun ini sedikit kelainan buat kami 🀍Pagi Syawal dimulakan dengan alunan takbir raya, diikuti dengan jamuan sederh...
21/03/2026

Raya tahun ini sedikit kelainan buat kami 🀍

Pagi Syawal dimulakan dengan alunan takbir raya, diikuti dengan jamuan sederhana bersama penghuni.

Kemudian kami turut beraya menziarahi jiran sekitar, mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin πŸ€—

Yang lebih istimewa, penghuni turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berniaga, sekali gus memupuk keyakinan diri buat mereka.

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™Maaf zahir dan batin daripada kami di Pusat Jagaan Sinar Insan.Terima kasih atas segal...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

Maaf zahir dan batin daripada kami di Pusat Jagaan Sinar Insan.

Terima kasih atas segala sokongan, kasih sayang dan keprihatinan yang diberikan kepada penghuni-penghuni di sini ☺️

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Puan Shahfarina Ramli atas sumbangan juadah berbuka puasa buat para penghuni P...
20/03/2026

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Puan Shahfarina Ramli atas sumbangan juadah berbuka puasa buat para penghuni Pusat Jagaan Sinar Insan πŸ₯°

Tidak lupa juga buat Puan Wan Shahrunniza Wan Mohamad atas sumbangan produk Choco Al-Bab yang tidak pernah putus setiap kali Ramadan. Keikhlasan dan konsistensi ini benar-benar kami hargai. Untuk makluman, beliau juga merupakan ejen produk tersebut. Bagi yang berminat untuk menyokong, boleh hubungi: 011-65659120

Semoga setiap kebaikan ini diberkati dan bermanfaat untuk semua 🀍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Husairi, Pembantu Kebajikan Masyarakat, JKM caw...
11/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Husairi, Pembantu Kebajikan Masyarakat, JKM cawangan Marang, yang telah menjadi perantara dalam menyampaikan sumbangan daripada pihak PETRONAS kepada beberapa klien terpilih di Pusat Jagaan Sinar Insan.

Sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan, tetapi juga membawa kegembiraan dan rasa dihargai kepada para klien. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan πŸ₯°

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti dan menyokong kami selama ini. Terlebih dahulu, jutaan kem...
20/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti dan menyokong kami selama ini.

Terlebih dahulu, jutaan kemaafan kami pohon atas kelewatan untuk mengemaskini halaman ini lantaran kepadatan jadual kerja kami setiap hari.

Namun itu bukan alasan dan kami sedaya upaya akan cuba membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan kepercayaan yang telah dilabuhkan ke atas bahu kami ini πŸ€—

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT dan diberkati.


Penutup 2025 dan pembuka 2026..InsyaAllah akan menjadi salah satu rukun di PJSI.Terima kasih kepada semua yang menyokong...
31/12/2025

Penutup 2025 dan pembuka 2026..

InsyaAllah akan menjadi salah satu rukun di PJSI.

Terima kasih kepada semua yang menyokong, yakin dan setia bersama kami ☺️

Tarikh : 11 Disember 2025Nama Program : Program Prihatin Pusat Jagaan Sinar Insan bersama Noor ArfaPenglibatan : Noor Ar...
29/12/2025

Tarikh : 11 Disember 2025

Nama Program : Program Prihatin Pusat Jagaan Sinar Insan bersama Noor Arfa

Penglibatan : Noor Arfa (Group Value Sumbangan) dan Penghuni Pusat Jagaan Sinar Insan

Tempat : Halaman Pusat Jagaan Sinar Insan (PJSI)

Alhamdulillah, Pusat Jagaan Sinar Insan telah menerima kunjungan daripada pihak Noor Arfa melalui Program Prihatin Pusat Jagaan Sinar Insan. Program ini walaupun ringkas, namun sangat bermakna dan berlangsung dalam suasana mesra dengan penglibatan aktif para penghuni.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti kreatif dan permainan telah dijalankan seperti aktiviti tie & dye tisu dan clay art. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan merangsang kemahiran motor halus, meningkatkan daya fokus, kreativiti serta keupayaan kognitif penghuni. Di samping itu, ia turut membantu penghuni berinteraksi, bekerjasama dan mengekspresikan emosi secara lebih positif.

Aktiviti berkump**an yang dijalankan juga berjaya menggalakkan interaksi sosial, meningkatkan keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam suasana yang santai dan selamat. Jelas kelihatan keceriaan terpancar di wajah para penghuni sepanjang program berlangsung.

Pihak Pusat Jagaan Sinar Insan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Noor Arfa atas kesudian meluangkan masa, tenaga dan keprihatinan bersama kami. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak.

Seperti yang dijanjikan 😊Ini sambungan aktiviti Ziarah Kasih, Menyulam Ukhuwah bersama pelajar ISM Antropologi dan Dakwa...
18/12/2025

Seperti yang dijanjikan 😊

Ini sambungan aktiviti Ziarah Kasih, Menyulam Ukhuwah bersama pelajar ISM Antropologi dan Dakwah...

πŸ•– Aktiviti sebelah malam p**a lebih tenang & mendamaikan:

Persiapan kendiri

Solat Maghrib berjemaah

Sesi mengaji dan membetulkan bacaan

Solat Isyak berjemaah

Makan malam

Bersurai sekitar jam 9.00 malam

Malam ditutup dengan suasana yang sangat hening, penuh nilai rohani dan ukhuwah πŸ’›

Kenangan yang ringkas, tapi insya-Allah kekal lama dalam ingatan.

Terima kasih sekali lagi kepada pelajar-pelajar ISM Antropologi dan Dakwah, UniSZA atas kesudian meluangkan masa, tenaga dan kasih sayang bersama penghuni Pusat Jagaan Sinar Insan.

Semoga semua kebaikan ini menjadi amal jariah 🀲

Mohon maaf kami dahului kepada semua followers Pusat Jagaan Sinar Insan kerana program ini berlangsung pada 4 Disember, ...
18/12/2025

Mohon maaf kami dahului kepada semua followers Pusat Jagaan Sinar Insan kerana program ini berlangsung pada 4 Disember, namun baru hari ini (18 Disember) kami sempat kongsikan atas kekangan masa dan komitmen harian πŸ™

✨ Ziarah Kasih, Menyulam Ukhuwah ✨

Alhamdulillah, Pusat Jagaan Sinar Insan telah menerima kunjungan penuh makna daripada pelajar-pelajar ISM Antropologi dan Dakwah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program ini bukan sekadar ziarah, tetapi menjadi ruang untuk menyemai nilai kasih sayang, empati dan ukhuwah antara mahasiswa dan para penghuni pusat jagaan. Kehadiran adik-adik pelajar ini membawa senyuman, keceriaan dan semangat yang sangat bermakna buat warga Sinar Insan.

πŸ•‘ Antara aktiviti sebelah siang:

Ketibaan & sesi suai kenal

Persiapan minum petang

Solat Asar berjemaah

Riadah bersama penghuni

Minum petang & pengisian ringkas

Suasana sangat sederhana tapi cukup untuk menyentuh hati. Kehadiran adik-adik pelajar ni betul-betul menceriakan penghuni kami πŸ₯°

Tapi ini belum habis lagi. Aktiviti sebelah malam pun tak kurang istimewanya.

Nantikannnn posting seterusnya...

A good element should start at the school level.Tahniah kami ucapkan buat para pelajar dari SMKA Durian Guling, Marang t...
17/10/2025

A good element should start at the school level.

Tahniah kami ucapkan buat para pelajar dari SMKA Durian Guling, Marang terutama ketua program iaitu Cg Rosemaizura bt Mohamad πŸ‘

Berketepatan dengan apa yang kami fikir, ini adalah satu kemantikan yang perlu dinormalisasikan.

Maaf semua!Mohon jangan kecam kami ya di atas kelewatan ini.Mesti ada yang tertanya berkenaan sukan tempoh hari dan siap...
12/10/2025

Maaf semua!

Mohon jangan kecam kami ya di atas kelewatan ini.

Mesti ada yang tertanya berkenaan sukan tempoh hari dan siapakah yang memenanginya kan?

Pasti ada juga yang mencemuh dengan bersangka bahawa mana mungkin mereka yang kurang upaya dan berusia mampu bersaing dengan golongan muda yang jauh bertenaga.

Namun pada kami ritma ini bukan suatu ritma yang patut menjadi dendangan.

Insyaallah dengan doa serta keizinan dari Allah s.w.t maka disini kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan tahap kebolehan dari sudut kualiti kesihatan kerana perspektif ini sebenarnya hanya boleh dibuktikan melalui produktiviti yang ada pada diri seseorang dan berketepatan dengan penyataan tersebut maka biarlah kemenangan pada setiap kategori yang dipertandingkan berbicara πŸ€—

Address

9728-A Taman Melati, Jalan Bukit Kor, Rhu Rendang
Marang
21600

Telephone

+60129441283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Sinar Insan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Jagaan Sinar Insan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram