Mentari WAKAF TAPAI

Mentari WAKAF TAPAI Menyediakan perkhidmatan saringan, diagnosis, rawatan & program rehabilitasi kepada pesakit Psikiatri

Gangguan tidur merupakan salah satu gejala kesihatan mental. Tidur yang berkualiti menjamin kesihatan mental yang lebih ...
19/08/2025

Gangguan tidur merupakan salah satu gejala kesihatan mental. Tidur yang berkualiti menjamin kesihatan mental yang lebih baik.

Pernah tidur lama, tapi bangun rasa macam tak tidur langsung?

Hakikatnya, jumlah jam tidak menjamin kesegaran. Kualiti tidur lebih penting. Ramai yang tidur panjang tetapi tetap bangun dengan mata berat, badan lesu, dan fikiran kusut.

Kadang-kadang puncanya kecil sahaja: kopi atau teh tarik lewat malam, terlalu lama menatap skrin, atau fikiran yang tidak berhenti bekerja sebelum tidur. Ada juga yang tidur bercelaru antara hujung minggu dan hari bekerja, seolah-olah tubuh dipaksa menanggung “jet lag sosial” setiap minggu.

Faktor kesihatan juga memainkan peranan. Anemia, masalah tiroid, kekurangan vitamin D, atau penyakit kronik lain boleh perlahan-lahan mencuri tenaga. Dan apabila siang hari terlalu pasif tanpa pergerakan, malamnya badan tidak cukup bersedia untuk berehat.

Ingatlah, tidur berkualiti ialah hadiah paling mudah tetapi paling berharga untuk diri sendiri. Jaga rutin, kurangkan skrin, aktifkan tubuh, dan dengar isyarat yang badan berikan. Kerana tidur yang lena bukan sekadar rehat, tetapi pelukan paling lembut untuk jiwa yang penat.

19/08/2025

📌 Buli Dalam Kalangan Petugas Kesihatan – Di Sebalik Kot Putih, Ada Luka Yang Tak Nampak

Ramai beranggapan buli hanya berlaku di sekolah, tetapi kajian di hospital latihan di Malaysia membuktikan sebaliknya. Dalam kajian melibatkan 1,074 doktor pelatih, hampir 13% mengaku pernah dibuli dalam tempoh 6 bulan sama ada dimarahi di depan orang, dipaksa buat kerja di luar kompetensi atau diasingkan oleh pas**an.

Bukan itu sahaja, tinjauan bebas pada tahun 2023 mendapati hampir 41% houseman menyatakan mereka mengalami buli di fasiliti kesihatan awam.

Angka ini menunjukkan masalah ini bukan kes terpencil, tetapi budaya yang telah merosakkan sistem latihan Pegawai Perubatan yang telah berakar sekian lama

👉 Kesan buli bukan kecil, ia meningkatkan stres, risiko burnout, niat berhenti kerja, dan boleh menjejaskan kualiti rawatan pesakit.
Malah, ia menutup ruang pembelajaran untuk Doktor Pelatih yang sedang membina asas kerjaya perubatan.

🌱 Cadangan Solusi:

1. Polisi Anti-Buli di Tempat Kerja
Dasar tegas, jelas, dan dilaksanakan secara menyeluruh di fasiliti kesihatan.

2. Saluran Aduan Selamat
Mekanisme laporan tanpa takut balas dendam, dengan siasatan telus serta perlindungan kepada pengadu.

3. Akses Sokongan Kesihatan Mental Tanpa Stigma
Sesi kaunseling, peer support, dan rawatan psikologi yang boleh dicapai mudah oleh doktor pelatih tanpa stigma atau prejudis.

4. Latihan & Penyeliaan Beretika
Latihan khusus kepada penyelia/ketua unit mengenai komunikasi berhemah, maklum balas konstruktif, dan kepimpinan yang menyokong.

❤️ Doktor pelatih adalah tulang belakang masa depan sistem kesihatan. Jika kita gagal melindungi mereka daripada budaya buli, akhirnya pesakit juga akan menanggung akibatnya.

Program Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) adalah satu program rehabilitasi menempatkan pesakit bekerja di dalam ...
11/08/2025

Program Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) adalah satu program rehabilitasi menempatkan pesakit bekerja di dalam komuniti. Pesakit akan diberi latihan dan pemantau berterusan oleh pegawai penempatan pekerjaan semasa bekerja. Pihak majikan juga akan diberi sokongan berterusan bagi memastikan mereka selesa mengambil pesakit psikiatri bekerja.

Hari ini sesi pemantauan dan lawatan ke site telah diadalah oleh anggota Mentari Hsnz dan Mentari Wakaf Tapai.

Rehatlah sekejap apabila penat  ..... tak kiralah sama ada penat fizikal atau mental, rehat lah ...
25/07/2025

Rehatlah sekejap apabila penat ..... tak kiralah sama ada penat fizikal atau mental, rehat lah ...

Rest comes in many forms - it's not just about sleep.

From physical to emotional rest, discover the 7 types of rest that help you truly recover, not just doze off!



Tips untuk kesihatan mental yang baik ....
25/07/2025

Tips untuk kesihatan mental yang baik ....

Prioritising is not selfish.

Asking for help is not a sign of weakness.

Here are some tips to help you manage your mental health.

21/07/2025

😥 “Saya takut cakap depan orang. Rasa haking, jantung berdebar, tangan berpeluh... saya rasa semua orang pandang saya.”

🤔Keadaan ni mungkin lebih daripada sekadar malu. Ia boleh jadi tanda Social Anxiety Disorder.

📌 Nak tahu lebih lanjut?
Jom ikuti slot JOM TANYA PAKAR minggu ini — kami bawakan pakar untuk berkongsi info dan solusi.

📅 22.07.2025 | 🕒 2.30 petang
📍 FB Live di Minda Sihat Terengganu

🌷hapuskan stigma. Kesedaran bermula dengan pengetahuan.

Program Penyerahan Bantuan Lion Club Terengganu dan Kuok Foundation dan Kunjungan hormat wakil YDP Majlis Daerah Marang ...
07/07/2025

Program Penyerahan Bantuan Lion Club Terengganu dan Kuok Foundation dan Kunjungan hormat wakil YDP Majlis Daerah Marang ke Mentari Wakaf Tapai.

Lion Club Terengganu telah bekerjasama dengan Mentari Wakaf Tapai sejak 2017 didalam membantu melaksanakan pelbagai program kesihatan mental.

07/07/2025

Ada satu doa, yang tak pernah anda dengar dengan telinga…Tapi ia sampai ke langit, setiap hari dari seorang ibu yang menyebut nama anda dalam sujudnya.

Itulah pelindung paling senyap, dan mungkin sebab anda masih kuat hari ini.

Di tengah kesibukan, ada senyuman kecil dari anak, pasangan, atau sahabat yang tak pernah minta balasan. Ia singgah sekejap tapi cukup menyentuh hati yang sedang letih.

Malamnya, anda menangis diam-diam. Tapi tetap menahan, supaya orang lain tak risau. Tak semua orang mampu buat begitu… kecuali mereka yang benar-benar kuat.

Dan dalam semua itu, hati anda masih tahu cara untuk bersyukur. Walau dunia tak selalu adil, walau hidup tak semudah yang diimpikan hati itu tetap hidup.

Anda mungkin tak nampak semua ini.

Tapi setiap satunya… sedang menguatkan anda, hari demi hari.

24/06/2025

🔴 LIVE: JOM TANYA PAKAR – NARCISSISTIC PERSONALITY DISORDER

Ada orang yang rasa diri dia paling hebat, s**a dipuji, tapi susah terima teguran? 🤔
Mungkin itu lebih daripada sekadar “perangai” biasa…

🔊 Siapa kata pentingkan diri tu biasa?
Kalau sampai tak boleh ditegur, tak kisah perasaan orang lain — Mungkin itu lebih daripada sekadar “perangai” biasa…

🧠 Betul ke dia ‘narsis’? Atau ada masalah kesihatan mental?
Kalau asyik puji diri, s**a dikagumi, tapi tak empati langsung — itu mungkin bukan biasa-biasa.

Jom sertai kami dalam siaran FB Live bersama Pakar Psikiatri untuk kupasan santai tapi padat tentang 🧠 Narcissistic Personality Disorder (NPD)

Apa yang anda akan pelajari:
✅ Apa itu NPD?
✅ Ciri-ciri yang perlu kita kenal pasti
✅ Kesan terhadap hubungan dan emosi orang sekeliling
✅ Cara rawatan & sokongan yang betul

💬 Boleh tanya soalan masa live – kami jawab terus!
📲 Tekan Remind Me dan Share supaya ramai dapat manfaat!

14/06/2025

Berakhir sudah Karnival Jom Sihat 2.0 yang berlangsung di KTCC Mall

Pelbagai acara menarik telah disediakan dan menarik ribuan pengunjung ke program dua hari tersebut....
Terima kasih kepada yang berkunjung ke booth Mentari.

Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang.

16/03/2025

People with anxiety disorders often experience intense and excessive fear and worry that causes problems in their family, social, school and work life. But anxiety disorders can be treated! Here's what you need to know ⬇️

17/11/2024

Kenapa kita masih memegang beban lama? Masa silam itu seperti batu pemberat—keras, berat, tapi sebenarnya tak ada gunanya lagi. Sementara itu, masa depan kita melambai-lambai, menunggu untuk diterbangkan, tapi kita? Kita masih terikat.

Kawan, cuba fikir. Kalau kita tak lepaskan pemberat itu, sampai bila belon masa depan kita akan terapung? Jangan biarkan diri tersekat hanya kerana rasa bersalah, kecewa, atau takut. Semua itu bukan siapa kita, tapi hanya apa yang pernah berlaku. Lepaskan.

Hari ini, buat keputusan untuk melepaskan. Jangan tengok ke belakang lagi. Masa depan menanti. Dan kau, kau layak untuk terbang setinggi mungkin.

Address

Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Wakaf Tapai, D/A Klinik Kesihatan Wakaf Tapai
Marang
21040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096801376

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari WAKAF TAPAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari WAKAF TAPAI:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category