
10/03/2025
βΌ Apa itu HFMD? βΌ
HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease) ialah jangkitan virus yang biasa kena pada kanak-kanak bawah 5 tahun. Penyakit ini boleh merebak dengan cepat melalui sentuhan dengan air liur, hingus, najis atau permukaan tercemar.
π¦ Macam mana HFMD merebak?
πΆ Anak sentuh mainan / objek yang tercemar
π€§ Batuk & bersin dari pesakit
π₯ Berkongsi botol susu, sudu atau tuala
β Tanda-Tanda Anak Kena HFMD:
πΉ Demam ringan
πΉ Ruam / lepuhan pada tangan, kaki & dalam mulut
πΉ Anak mengadu sakit tekak & susah nak makan
πΉ Kurang selera makan, lemah & mudah meragam
π Macam mana nak rawat HFMD?
Tiada ubat khas untuk HFMD, tapi ibu bapa boleh:
β
Bagi paracetamol untuk demam & sakit
β
Galakkan anak minum banyak air untuk elak dehidrasi
β
Beri makanan lembut & sejuk untuk kurangkan sakit tekak
β
Pastikan anak rehat secukupnya
π¨ Bawa Anak Ke Klinik Jika:
β Demam tinggi lebih 3 hari
β Anak nampak lemah, mengantuk, atau tak aktif
β Tak mahu makan atau minum langsung
π Langkah Pencegahan HFMD:
β
Cuci tangan dengan sabun sebelum makan & selepas ke tandas
β
Elakkan berkongsi sudu, botol susu atau tuala
β
Bersihkan mainan & peralatan anak dengan kerap
β
Jika anak dijangkiti, elakkan hantar ke taska / sekolah sehingga sembuh
π Jika anak ada tanda-tanda HFMD, segera dapatkan pemeriksaan di POLIKLINIK ROZIKIN PERMAS JAYA untuk rawatan dan nasihat lanjut. Jangan tunggu hingga melarat!