
16/07/2024
Budak lelaki umur 4 tahun.
Parents PR di malaysia. Dibawa oleh mak datang berjumpa saya. Sudah pergi jumpa beberapa doktor utk opinion, dan semuanya kata yg sama. Perlu operation, tetapi risiko tinggi utk kecacatan kekal dan koma berpanjangan.
Ibunya menangis bercerita mengenai anak nya di rumah. Sebelum ini aktif dan cergas, dalam setahun ni makin lemah. Mata dh menjadi buta. Tangan dan kaki semakin lemah. Nak telan pun susah, hanya makan yg lembut aje skrg. Dari berjalan, berlari, sekarang merangkak di rumah. Tapi tetap ceria bermain dgn abang dan kakak di rumah. Ibu nya faham masalah kalau di bedah dan x sanggup jika anak nya koma dan menderita.
Saya tgk MRI brain nya, dan saya pun x sanggup ambil risiko pembedahan. Tumor yg besar dan menghimpit brainstem.
Saya hanya dapat beri counselling tentang penjagaan anaknya sahaja. Beri kata2 semangat utk menjaga anak itu sehingga nanti dia pergi selamanya.
Elok selesai ibunya keluar bilik klinik dgn anak nya, menitis air mata jantan.
Hhhmmn....Dah tua dh ni. Tak reti nk tahan sayu
"To cure sometimes, to relieve often, to comfort always"