
21/05/2024
Assalamualaikum.
NO 42 = WET CUPPING THERAPY
(Q869-005-4:2024)
Alhamdulillah, setelah sekian lama memperjuangkan untuk membangunkan rawatan Hijamah & Fasdu supaya diiktiraf.
Akhirnya RAWATAN HIJAMAH sudah mempunyai NOSS nya sendiri dan telah lulus untuk digunakan didalam industri.
Bermacam-macam ujian yang kami hadapi untuk membangunkan NOSS BEKAMM BASAH ini.Perjuangan ini adalah hadiah kami kepada semua perawat yang mengamalkan Bekam Basah, Fasdu &Terapi lintah .
Terimakasih saya ucapkan kepada team AVICENNA ACADEMY MALAYSIA kerana anda adalah pemohon,penghujah & pejuang yang memohon NOSS BEKAM BASAH dibangunkan.Terimakasih juga kepada panel2 pembangun NOSS BEKAM BASAH , anda mengorbankan masa anda selama berbulan untuk membangunkan NOSS ini.
Akhir kata daripada saya, perjuangan memartabatkan bekam basah ke tahap antarabangsa adalah perjuangan kita semua kerana satu2 nya rawatan yang di perintahkan oleh Malaikat kepada kita untuk kita lakukan adalah Bekam Basah.
Tahniah semua.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.