Dalam menunaikan ibadah haji, jemaah haji perlu membuat persediaan bukan saja daripada segi ilmu mengerjakan haji dan kewangan, malah menyedari pentingnya persediaan tubuh dan minda sihat. Persediaan perlu dilakukan sejak di tanah air supaya jemaah melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa masalah kesihatan yang menghalang perkara wajib dan rukun haji. Bakal jemaah haji perlu memahami keadaan di tanah suci, cuaca, suhu, air, rumah kediaman, jarak ke masjid, lif, tandas dan kenderaan. Ini kerana, untuk sampai ke bumi Arab, mereka menempuh perjalanan jauh, iaitu lapan jam di dalam pesawat sebaik berlepas dari tanah air ke Jeddah. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah dan Makkah menaiki bas pula mengambil masa antara enam hingga lapan jam. Manakala perjalanan dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina mengambil masa dua hingga empat jam, kerana keadaan jalan yang sesak. Untuk mengerjakan ibadah dalam haji, tenaga diperlukan untuk berjalan kaki. Ketika mengerjakan tawaf misalnya, jemaah akan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer (km) dan saei (3.5km) dalam keadaan bersesak dengan jemaah lain. Melontar jamrah memerlukan jemaah berjalan 6km sehari selama empat hari berturut-turut dan mereka juga perlu berjalan 1km (pergi dan balik) ke Masjid Nabawi di Madinah selama 40 waktu berturut-turut. Jemaah juga akan berjalan 2km (pergi dan balik) setiap hari ke Masjidil Haram Makkah untuk menunaikan solat. Admin bersedia berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan persediaan untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. Sila pm atau sms 0196652600 untuk sebarang pertanyaan atau terus ke Farmasi Aktif, Masjid Tanah, Melaka.