Port Urut Bekam Wak Arep

Port Urut Bekam Wak Arep Menyediakan perkhidmatan Urutan Tradisional dan Bekam Sunnah di Masjid Tanah, Melaka. Di buka setiap hari. Lokasi di Masjid Tanah, Melaka.

Waktu rawatan:

Bermula jam 10 pagi setiap hari dan MESTI lah hubungi terlebih dahulu untuk temujanji bagi melancarkan urusan. Call +60163628830

Whatsapp - https://wa.me/message/ZY5NW4H6HWPSG1

Urutan Tradisional dan Berbekam di Masjid Tanah, Melaka. Buka sepanjang ramadan. Klik button whatsapp di bawah untuk seb...
08/03/2026

Urutan Tradisional dan Berbekam di Masjid Tanah, Melaka.

Buka sepanjang ramadan.

Klik button whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan.

26/02/2026

Bangun Rakaat Terawih Tiba-Tiba Pandangan Berpinar Gelap & Kepala Berpusing? Anda Mungkin Kena 'Orthostatic Hypotension'!

"Admin, masa solat Terawih tadi, bila saya bangun dari sujud nak masuk rakaat baru, tiba-tiba rasa macam dunia berpusing. Mata terus jadi gelap gelita beberapa saat sampai terpaksa pegang dinding. Kenapa ya?"

Pernah tak anda lalui pengalaman menakutkan ini? Tengah khusyuk solat, tiba-tiba rasa macam nak pitam bila berdiri. Ramai yang panik dan ingat ini tanda penyakit kronik.

Bertenang, mari kita bedah siasat fakta biologi di sebalik 'pandangan gelap' ini:

1. FENOMENA ORTHOSTATIC HYPOTENSION
Bahasa mudahnya: Tekanan darah anda jatuh mendadak apabila anda menukar posisi badan (dari duduk/sujud ke posisi berdiri).
Fakta Anatomi: Apabila anda duduk lama di antara dua sujud (Tahiyat), darah banyak berkumpul di bahagian kaki akibat tarikan graviti. Apabila anda bingkas bangun, jantung perlukan sedikit masa untuk mengepam darah naik semula melawan graviti ke arah otak.

2. OTAK TERPUTUS BEKALAN OKSIGEN (SEMENTARA)
Kelewatan darah sampai ke otak ini bermaksud otak anda kekurangan oksigen untuk beberapa saat. Kesannya? Sistem penglihatan (mata) adalah organ pertama yang akan 'terpadam' seketika. Itulah sebabnya pandangan anda tiba-tiba menjadi gelap gelita dan kepala berasa melayang (Lightheadedness)!

3. KENAPA IA SANGAT KERAP BERLAKU BULAN PUASA?
- Dehidrasi (Kurang Air): Bila badan kurang air, isipadu darah (blood volume) menjadi rendah. Ini membuatkan tekanan darah anda memang sedia ada rendah berbanding hari biasa.
- Gula Rendah (Hypoglycemia): Tenaga yang kurang selepas seharian berpuasa membuatkan respon pam jantung menjadi sedikit perlahan.

S.O.P MENGELAKKAN PITAM MASA TERAWIH:
- BANGUN SECARA PERLAHAN: Jangan bingkas bangun mengejut! Ambil masa 2 hingga 3 saat untuk naik dari posisi sujud ke berdiri. Beri masa untuk jantung anda 'mengepam' darah ke atas.

- KEMUT OTOT BETIS: Sebelum nak bangun dari duduk, tegangkan (kemut) otot betis dan peha anda beberapa kali. Otot kaki bertindak sebagai 'pam kedua' untuk menolak darah naik ke atas

- HIDRASI BALAS DENDAM: Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1 hingga 2 liter air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum mula Terawih.

Jika pandangan gelap ini berlarutan terlalu lama sehingga anda pengsan, atau disertai sakit dada yang teruk, segera berehat dan rujuk ke klinik. Kongsikan sains anatomi ini supaya jemaah masjid di luar sana tak panik bila mata tiba-tiba 'blackout' masa solat nanti!

26/02/2026

PESAKIT DIABETIS PERLU MAKAN SAYUR DULU SEBELUM NASI

Diabetis berlaku bila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara effisien

Kajian pada tahun 2014 menunjukkan hampir 422 juta penduduk dunia atau 1 dalam 11 orang menghidap diabetis

Sayur sayuran kaya sumber khasiat bersifat antidiabetis

Kajian oleh saintis Portugal dan Jepun pada 2017 menunjukkan MAKAN SAYUR DULU sebelum makan karbohidrat contohnya nasi boleh TURUNKAN GULA dalam darah di kalangan pesakit diabetis type 2 dan orang sihat

Ianya LEBIK BAIK berbanding makan nasi bersama sayur
Justeru ubah teknik pemakanan anda sekarang

MAKAN SAYUR DULU SEBELUM NASI

Dr Suri Roowi Ph.D (Glasgow, UK), KMN
Principal Scientist
Rujukan: Journal of Nutrition Therapeutics. 2017 6:1-10
Foto. Bon Apetite.com

26/02/2026
26/02/2026
26/02/2026

Baru lepas azan Maghrib, habis sepinggan nasi tomato, dua biji kuih pelita, dan segelas teh ais. Niat di hati nak bangun solat Maghrib dan siap-siap pergi Tarawih, tapi badan tiba-tiba 'terkunci' kat atas sofa. Mata berat macam kena gam.

Kenapa jadi macam ni? Adakah sebab kita penat berpuasa seharian?

Bukan. Ini adalah fenomena biologi yang dipanggil Food Coma atau Postprandial Somnolence. Bila anda 'balas dendam' makan terlalu banyak waktu berbuka, ini yang sedang berlaku di dalam badan anda:

1. Darah Turun Ke Perut
Waktu berpuasa, aliran darah seimbang di seluruh badan. TAPI, bila perut tiba-tiba menerima makanan berat yang sangat banyak, otak akan arahkan sebahagian besar darah turun ke usus untuk proses pencernaan. Kesannya, otak anda akan 'kekurangan' aliran darah sementara, buatkan anda rasa melayang dan letih.

2. Kilang Hormon Tidur Aktif
Nasi putih, kuih muih, dan air balang akan menaikkan gula dalam darah secara mengejut. Badan terpaksa pam insulin dengan banyak. Proses biologi ini akhirnya menghasilkan hormon Serotonin dan Melatonin (hormon tidur) berkumpul di dalam otak. Secara automatik, sistem badan akan tekan butang OFF.

Macam mana nak elak batal niat Tarawih malam ni?

- Buka puasa dengan kurma dan air suam/kosong dulu.
- Berhenti rehat dan pergi solat Maghrib sebelum sentuh makanan berat.
- Makan nasi separuh pinggan je (konsep suku suku separuh). Jangan makan sampai sendat perut.
- Kalau nak makan lebih sikit, tangguhkan selepas balik dari masjid (moreh).

Sayangi badan anda. Usus dah rehat 13 jam, jangan bagi dia kerja berat secara mengejut.

Cer tag member yang selalu ponteng Tarawih sebab tersadai kat ruang tamu lepas buka puasa!

Kepada sahabat fb yang mungkin tidak mengenali saya.Wak Arep disini nak inform di mana saya ada membuat servis   dan   d...
20/02/2026

Kepada sahabat fb yang mungkin tidak mengenali saya.

Wak Arep disini nak inform di mana saya ada membuat servis dan di kediaman saya di Masjid Tanah.

Utk sebarang pertanyaan sila whatsapp saya di 016-362 8830

Antara para pelanggan yang datang di Port Urut Bekam Wak Arep untuk dapatkan   dan  . Untuk tempahan slot boleh hubungi ...
14/02/2026

Antara para pelanggan yang datang di Port Urut Bekam Wak Arep untuk dapatkan dan .

Untuk tempahan slot boleh hubungi

Wak Arep
016-362 8830
Masjid Tanah, Melaka.

Address

Port Urut Bekam Wak Arep, , Kampung Tahir Kaya
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60163628830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Port Urut Bekam Wak Arep posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Port Urut Bekam Wak Arep:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram