Kelab Sukan Boules MatuDaro

Kelab Sukan Boules MatuDaro Petanque

07/11/2025
*PERTANDINGAN PETANQUE PESTA MATU 2025*Suasana penuh semangat di Gelanggang MDMD Sekaan pada hari pertama *Kejohanan Pet...
07/11/2025

*PERTANDINGAN PETANQUE PESTA MATU 2025*

Suasana penuh semangat di Gelanggang MDMD Sekaan pada hari pertama *Kejohanan Petanque Pesta Mato (6 November 2025)* apabila 11 pasukan berentap dalam Kategori Mix Double, dikelolakan oleh Kelab Sukan Boules Matu (KSBM)! 💪✨

Pertandingan bermula jam 5.30 petang *(6 & 7 November 2025)*, menyaksikan aksi-aksi hebat dan kerjasama mantap antara peserta dari pelbagai latar belakang. 🌟

Ayuh warga Matu, datang beramai-ramai memberi sokongan dan merasai kemeriahan Pesta Matu 2025! 🎉



Ayuh!!!
06/11/2025

Ayuh!!!

MINI REGATTA SUNGAI MATU 2025

(Terbuka untuk kawasan DUN N.44 Jemoreng)

Sempena Pesta Matu 2025

Tarikh : 8-9 November 2025 (Sabtu & Ahad).

Tempat : Tebingan Sungai Matu (Matu Waterfront).

Tarikh Akhir Penyertaan : 7 November 2025 jam 2:30 pm.

Kategori:

Penghulu (JKKK) - Kawasan Matu/ DUN N.44 Jemoreng:

1. 2 Pasukan 4 Pengkayuh Kategori Lelaki dari setiap penghulu.
2. 2 Pasukan 2 Pengkayuh Kategori Lelaki dari setiap penghulu.
3. 2 Pasukan 4 Pengkayuh Kategori Wanita dari setiap penghulu.
4. 2 Pasukan 2 Pengkayuh Kategori Wanita dari setiap penghulu.

Agensi/ Bebas (Terhad 12 Pasukan utk setiap acara):

1. 1 Pasukan 4 Pengkayuh.
2. 1 Pasukan 2 Pengkayuh.

Syarat-syarat penyertaan:

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan untuk Mini Regatta Sempena Pesta Matu 2025:

Penyertaan

Kategori JKKK/ Penghulu

1. Terbuka kepada penduduk di kawasan N.44 Jemoreng.
2. Setiap pasukan mesti terdiri daripada 4 dan 2 orang pendayung termasuk jurumudi.
3. Semua peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan boleh berenang
4. Kategori Lelaki dan perempuan.
5. Pendayung disediakan sendiri.
6. Semua pendayung diwajibkan untuk memakai Life-Jacket sendiri (pihak penganjur tidak menyediakan life jacket)

Kategori Agensi/ Terbuka

1. Terbuka kepada semua agensi/ persatuan/ individu.
2. Setiap pasukan mesti terdiri daripada 4 dan 2 orang pendayung termasuk jurumudi.
3. Semua peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan boleh berenang
4. Pendayung disediakan sendiri
5. Semua pendayung diwajibkan untuk memakai Life-Jacket sendiri (pihak penganjur tidak menyediakan life jacket)

Pendaftaran

1. Pendaftaran hendaklah dilakukan paling lambat sebelum tarikh acara, iaitu sebelum atau pada 07 November 2025 jam 2:30 pm.

2. Borang pendaftaran yang lengkap hendaklah diserahkan bersama salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri peserta. Sila pastikan borang penyertaan ditandatangani oleh Penghulu Kampung masing-masing bagi kategori JKKK/ Penghulu manakala kategori agensi/ bebas ditandatangani oleh ketua jabatan/ individu berkenaan. Borang yang tidak lengkap akan ditolak.

3. Cabutan undi pada hari perlumbaan.

4. Taklimat akan dilaksanakan pada 07 November 2025 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat MDMD, Ibupejabat Matu.

Peraturan Perlumbaan

1. Setiap perlumbaan akan dijalankan mengikut kategori yang ditetapkan oleh penganjur.

2. Pasukan mesti berada di kawasan permulaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu pelepasan.

3. Semua peserta wajib memakai jaket keselamatan yang akan disediakan oleh pasukan masing-masing.

4. Pasukan tidak dibenarkan mengubahsuai peralatan atau perahu yang disediakan oleh penganjur.

Keselamatan

1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku sepanjang perlumbaan. Namun, bantuan perubatan akan disediakan di lokasi acara.

2. Peserta yang tidak sihat atau mengalami kecederaan dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian.

Disiplin dan Kelakuan

1. Semua peserta dikehendaki menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan berkelakuan sopan sepanjang acara.

2. Sebarang bentuk provokasi, kekasaran, atau tingkah laku yang tidak sopan akan menyebabkan pembatalan penyertaan pasukan tersebut.

Hadiah

1. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam setiap kategori.

2. Pemenang Raja Sungai akan menerima trofi khas dan hadiah wang tunai.

Keputusan

1. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas keputusan diumumkan.

2. Dengan mematuhi syarat-syarat pertandingan ini, diharapkan setiap pasukan dapat bertanding dengan adil dan aman, menjadikan Mini Regatta 2025 satu acara yang berjaya dan bermakna bagi semua yang terlibat.

Kaedah Pertandingan

Saringan akan dijalankan dalam kumpulan. Pemilihan pemenang saringan / semi final / final adalah berdasarkan masa terpantas keseluruhan.

- 12 pasukan (Keseluruhan)
- 8 pasukan (Semi final)
- 4 Pasukan (Final)
Raja Sungai
- 4 kumpulan yang mendapat markah tertinggi (Kategori Lelaki + Perempuan)
- Pemilihan pendayung hendaklah mengikut Kumpulan Asal masing-masing (Kumpulan A tidak boleh mewakili Kumpulan B dan sebaliknya).

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendapatkan borang penyertaan di Ibupejabat MDMD, Matu.



Insan biasa.
04/11/2025

Insan biasa.

Esok tghri last daftar game xy gaisss!
04/11/2025

Esok tghri last daftar game xy gaisss!

*GAME PETANQUE XY PESTA MATU*
_TERTUTUP N.44 JEMORENG_

*Kategori: MIX DOUBLE*
*Tarikh :6 - 7 (Khamis & Jumaat*
*Tempat : Padang Petanque MDMD, Matu*
*Yuran : RM30 (sepasukan)*
*Masa : Jam 5:30ptg*
*Kelolaan : Kelab Sukan Boules MatoDaro*
-Cabutan undi pada 06 November (Rabu) , 5:30 petang

No. Talian utk dihubungi :
0138033078 (Zali),
0135609511 (Hafiz)

01/11/2025

*GAME PETANQUE XY PESTA MATU*
_TERTUTUP N.44 JEMORENG_

*Kategori: MIX DOUBLE*
*Tarikh :6 - 7 (Khamis & Jumaat*
*Tempat : Padang Petanque MDMD, Matu*
*Yuran : RM30 (sepasukan)*
*Masa : Jam 5:30ptg*
*Kelolaan : Kelab Sukan Boules MatoDaro*
-Cabutan undi pada 06 November (Rabu) , 5:30 petang

No. Talian utk dihubungi :
0138033078 (Zali),
0135609511 (Hafiz)

01/11/2025

*GAME PETANQUE Z PESTA MATU*
_TERTUTUP MATU DARO_

*Kategori: OPEN DOUBLE*
*Tarikh : 8 November ( Sabtu)*
*Tempat : Padang Petanque MDMD, Matu*
*Yuran : RM30 (sepasukan)*
*Masa : Jam 8.00pg*
*Kelolaan : Kelab Sukan Boules MatoDaro*
-Cabutan undi pada 7 November (Jumaat) , 5:30 petang

No. Talian utk dihubungi :
0138033078 (Zali),
0135609511 (Hafiz)

PERKARA : PERTANDINGAN REJANG PETANQUE DOUBLE OPEN 2025 - SIRI 2TARIKH : 25 & 26 OKTOBER 2025LOKASI : DATARAN TUNKU HAJI...
01/11/2025

PERKARA : PERTANDINGAN REJANG PETANQUE DOUBLE OPEN 2025 - SIRI 2

TARIKH : 25 & 26 OKTOBER 2025

LOKASI : DATARAN TUNKU HAJI BUJANG SIBU

SENARAI NAMA PEMAIN

1. ZALI & HAFIZ
2. LENI & DANIEL
3. NELLY & ASER
4. AWANG & HAFIQ
5. TON & NAHAR

Ribuan tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 pasukan dari KSBM yang telah menyertai cabaran sengit di Rajang Games 2025!
Walaupun anda tidak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya, semangat kesukanan, dedikasi, dan usaha gigih yang telah ditunjukkan adalah sesuatu yang sangat kami banggakan.
"Kemenangan sejati bukanlah hanya tentang mencapai garisan penamat, tetapi tentang keberanian untuk bermula dan kesungguhan untuk berusaha. Anda telah membuktikan keberanian itu!"
Terima kasih kerana membawa nama KSBM dengan penuh semangat! Teruslah berlatih, teruslah belajar, dan kita akan bangkit lebih kuat pada masa akan datang!



Address

Matu
Matu
96250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Boules MatuDaro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram