Klinik Ziad Azhari

Klinik Ziad Azhari 🏥Klinik Ziad Azhari (478175-M) —Klinik Ayah Yad, sebuah klinik dalam kampung, dapatkan rawatan sambil healing di sini🌳 Whatsapp 011 5411 3401 ☎️ sekarang

Our clinic is located in a beautiful, spacious orchard in Melor, providing a peaceful and serene atmosphere for our patients. Our team of experienced doctors and friendly staff are dedicated to providing comprehensive medical care for your family's needs. Dr Ziad Azhari MD UKM DTMH Mahidol
Dr Zable Yusof MD UKM
Dr Ikram Mohd Noor MD Czech
Dr Irfan Ziad MBBch BAO UCD, Ireland, MRCP(UK)London
Dr Nur Mushaqiril Abdul Mubing MD, UITM MRCOG UK
Dr Siti Farhana Mohd Yusof MD, USM
D Sima Namazi MBBS Unisza


Staff
Hidayah Che Noor SN
Afiq Rahimi MA
Nur Hanani MA
Ruhaya Mu'mini
Aniza Osman
Mariyati Mohd
Rodaini Mu'mini
Izani Ibrahim

Salimah Mohd Daud ---Radiographer

Gardener
Husni Muhammad

Public Relations
Ayah Za

Concierge
Lan

Canteen Operator
Kak Nab

Come visit us and experience the difference for yourself!

“Bukan Kaki Clubbing… Tapi Jari Clubbing.”Pagi tadi di KZA, seorang lelaki pertengahan umur datang untuk pemeriksaan rut...
25/01/2026

“Bukan Kaki Clubbing… Tapi Jari Clubbing.”

Pagi tadi di KZA, seorang lelaki pertengahan umur datang untuk pemeriksaan rutin.
Nampak sihat, tak batuk, tak sesak nafas. Cuma satu perkara menarik perhatian saya.
Saya pegang jari dia untuk check capillary refill…

dan terus terdetik,

“Haa… ini bukan kaki clubbing… tapi jari clubbing.”

Dia gelak bila saya cakap macam tu.

“Doktor, saya tak pernah pergi club pun!”

Tapi inilah yang ramai tak tahu:
Digital clubbing — perubahan bentuk hujung jari yang jadi bulat, kuku cembung dan berkilat — bukan sebab gaya hidup.
Ia boleh jadi tanda awal penyakit dalaman.

Saya terangkan pada beliau:
Digital Clubbing selalunya berkaitan dengan:
• Penyakit paru-paru kronik (contoh: bronchiectasis, lung cancer, fibrosis)
• Penyakit jantung (cyanotic heart disease, endocarditis)
• Penyakit hati (cirrhosis)
• IBD seperti Crohn’s disease dan ulcerative colitis
• Kadang-kadang… sebab genetik / idiopathic (tiada penyebab jelas)

Dia diam sekejap dan bertanya,

“Bahaya ke doktor?”

Clubbing itu sendiri tak sakit, tak bahaya.
Yang penting ialah sebab di sebaliknya.
Jadi, saya buat pemeriksaan menyeluruh dan cadangkan X-ray dada serta beberapa ujian darah untuk pastikan semuanya dalam keadaan baik.

Dia setuju — “Doktor, kalau boleh detect awal pun bagus.”

Clubbing mungkin kecil pada mata orang lain…
tapi bagi kita sebagai doktor,
itu petunjuk halus daripada badan yang tak boleh kita abaikan.

Kalau anda perasan jari berubah bentuk, kuku makin cembung, atau hujung jari nampak membulat seperti "drumstick", datanglah untuk pemeriksaan.

Kadang-kadang, jawapan besar bermula dengan tanda kecil.
Klinik Ziad Azhari – Melor, Kelantan
Awal kesan, awal rawat.
Hashtag cadangan










25/01/2026

Prosedur minor surgery – Lipoma (Lemak)

🌙 Ramadan Kian Hampir : Tips Kesihatan Menjelang RamadanPeniaga bazar Ramadan, suntikan typhoid anda dah diambil? Sebelu...
25/01/2026

🌙 Ramadan Kian Hampir : Tips Kesihatan Menjelang Ramadan

Peniaga bazar Ramadan, suntikan typhoid anda dah diambil? Sebelum buka gerai, pastikan suntikan typhoid dah lengkap ye😊 Mesra & Santai.

🤍 Pesanan Doktor

Puasa yang sihat bermula dengan persediaan awal. Jaga kesihatan supaya ibadah Ramadan dapat dilaksanakan dengan selamat, selesa dan penuh keberkatan.

Waktu Operasi :
🗓 Sabtu hingga Khamis ⏰9 Pagi - 10 Malam
🗓 Jumaat & Cuti Umum Klinik Tutup

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami www.wasap.my/601154113401/KlinikZiadAzhari

Mari berubat sambil healing di klinik dalam kampung 🌳

Jadual harian doktor Klinik Ziad Azhari Sdn Bhd. Antara perkhidmatan yang kami sediakan:🔺Rundingan Doktor🔺Housecall Dokt...
25/01/2026

Jadual harian doktor Klinik Ziad Azhari Sdn Bhd. Antara perkhidmatan yang kami sediakan:

🔺Rundingan Doktor
🔺Housecall Doktor
🔺Ubat - ubatan
🔺Suntikan
(tahan sakit/antibiotik / vitamin/perancang)
🔺Rawatan Susulan Darah Tinggi/Kencing Manis
🔺Perancang Keluarga
🔺Cuci Pasir/Bendasing dalam mata
🔺Cuci/Sedut Telinga
🔺Keluarkan Bendasing dari telinga
🔺Pemeriksaan Ibu Hamil/lepas Bersalin
🔺Rawatan Asthma & Cair Kahak (iiiiiNebuliser)
🔺Saringan Kesihatan
🔺Pemeriksaan GDL/PSV
🔺Buka Buku Ibu Mengandung
🔺Perkhidmatan XRay
🔺Perkhidmatan ultrasound (Echo/Abdomen/breast)
🔺ECG (Pemeriksaan Jantung)
🔺Ujian Darah segera
🔺Ujian Kencing
🔺Ujian Darah Keseluruhan Badan
🔺IV Drip
🔺Pembedahan kecil
🔺Berkhatan Lelaki
🔺Cucian & Jahitan Luka (Wound Care)
Dan lain-lain

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami www.wasap.my/601154113401/KlinikZiadAzhari

゚シ

“Doktor, bisul ni datang balik lagi… saya dah letih dah.”Semalam di KZA, seorang pesakit wanita masuk dengan muka yang j...
25/01/2026

“Doktor, bisul ni datang balik lagi… saya dah letih dah.”

Semalam di KZA, seorang pesakit wanita masuk dengan muka yang jelas keletihan. Cara dia pegang bawah ketiak pun sudah cukup untuk beritahu cerita.Dia duduk perlahan sambil menghela nafas.

“Doktor, saya dah makan antibiotik banyak kali… tapi benda ni tetap naik.”

Saya periksa.
Ini bukan bisul biasa.
Ini Hidradenitis Suppurativa (HS) — sejenis penyakit radang kronik yang sangat menyakitkan, datang berulang-ulang, dan sering salah faham sebagai “bisul kotor”.

Selama setahun dia cuba pelbagai rawatan—topical clindamycin, doxycycline, antiseptic wash. Ada masa reda, tapi dua tiga minggu kemudian, naik balik. Kadang sampai tak boleh angkat tangan nak pakai baju.
Yang buat saya terdiam sekejap ialah bila dia berkata perlahan:

“Doktor… setiap kali naik, saya rasa macam hilang semangat hidup.”

Ramai tak tahu, HS ini boleh ganggu kerja, tidur, hubungan sosial… malah keyakinan diri.
Selepas berbincang, kami putuskan untuk rujuk dia ke Dermatologi HRPZ II.

Di sana, pesakit HS mempunyai lebih banyak pilihan rawatan, antaranya:

Rawatan Dermatologi untuk HS (bergantung tahap penyakit):
• Biologics (contoh: Adalimumab) – rawatan moden yang mengurangkan radang dari akar punca
• Immunomodulator – seperti acitretin atau dapsone
• Antibiotik kombinasi jangka panjang – clindamycin + rifampicin
• Laser hair removal (Nd:YAG laser) – mengurangkan flare-up kawasan terlibat
• Minor surgery – incision & drainage untuk abses teruk
• Excision pembedahan – buang kawasan kulit terjejas untuk kes tahap lanjut
• Lifestyle optimisation – weight control, pakaian longgar, berhenti merokok (jika relevan)

Sebelum dia keluar, dia senyum kecil sambil kata:

“Terima kasih doktor… sekurang-kurangnya saya nampak harapan.”

Kadang-kadang, dalam dunia perubatan—ubat hanyalah sebahagian rawatan.

Penjelasan yang betul dan rasa didengar juga satu bentuk terapi.

Kalau anda atau ahli keluarga mengalami:
• Ketulan berulang di ketiak / pangkal paha
• Sakit, merah, bernanah
• Parut dan saluran kecil bawah kulit (sinus tract)
• Serangan berulang setiap bulan

Jangan tunggu sampai tahap teruk.
Rawatan awal boleh elakkan komplikasi jangka panjang.



















23/01/2026

“cyst dalam cyst” 🤔 Apa itu Multiloculated Ovarian Cyst? Bahaya ke tu dr?

𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬𝑪𝑨𝑳𝑳 (𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑽𝑰𝑺𝑰𝑻) ialah satu servis di mana doktor akan datang ke rumah anda untuk memberikan rawatan.Kami memaham...
23/01/2026

𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬𝑪𝑨𝑳𝑳 (𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑽𝑰𝑺𝑰𝑻) ialah satu servis di mana doktor akan datang ke rumah anda untuk memberikan rawatan.

Kami memahami keperluan anda dalam mendapatkan rawatan tanpa perlu datang ke klinik, kami ingin menghadkan jurang bagi mendapatkan perubatan terutama untuk rakyat Kelate. Oleh itu, Klinik Ziad Azhari Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan Servis Panggilan Ke Rumah (Housecall).

Anda tidak sihat tetapi klinik jauh, sibuk atau tiada kenderaan? Jangan risau hubungi Klinik Ziad Azhari sekarang untuk mendapatkan rawatan dengan segera 📲

𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Kami💗

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami www.wasap.my/601154113401/KlinikZiadAzhari
゚ ゚ Highlight Following

Kadang kita lupa hargai nikmat sihat…sehingga sakit datang mengajar erti syukur — Usaha kecil seperti buat pemeriksaan k...
23/01/2026

Kadang kita lupa hargai nikmat sihat…sehingga sakit datang mengajar erti syukur — Usaha kecil seperti buat pemeriksaan kesihatan di klinik adalah satu bentuk syukur dan ikhtiar.

Rawatan mesra, suasana tenang di Klinik Ziad Azhari, Melor, Kelantan. Sembuh sambil 'healing' di klinik kampung yang damai🌳

✅ Doktor Perubatan Keluarga berpengalaman lebih 30 tahun
✅ Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine)
✅ Doktor Wanita O&G dengan 10 tahun pengalaman
✅ Doktor mahir dalam prosedur pembedahan minor (ketumbuhan, bisul, luka kecil, dll)
✅ Doktor mesra OKU, boleh berkomunikasi dalam bahasa isyarat dan memahami keperluan khas pesakit

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami www.wasap.my/601154113401/KlinikZiadAzhari

Waktu Operasi :
🗓 Sabtu hingga Khamis ⏰9 Pagi - 10 Malam
🗓 Jumaat & Cuti Umum Klinik Tutup

Mari berubat sambil healing di klinik dalam kampung 🌳

゚viralシfypシ゚シ

23/01/2026

27 hari menjelang Ramadhan 1447H 🤲🏼🌙✨🥰

22/01/2026

Salam 3 Shaaban 1447H 🌤️
Moga semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera 💕

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah, berkatilah kami pada Sya'ban, dan sampaikanlah (panjangkanlah umur) kami ke bulan Ramadan." 🤲🏼🌿

Address

PT 1497 Sri Kulim
Melor
16400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Ziad Azhari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Ziad Azhari:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Hutan Kulim, Melor , tempat kembali

Dr Ziad Azhari MD UKM DTMH Mahidol Dr Zable Yusof MD UKM Dr Irfan Ziad MD UCD Ireland Dr Nur Mushaqiril Abdul Mubing MD, UITM Dr Siti Farhana Mohd Yusof MD, USM Dr Nafis Nadzru Mbbs, Mansoura, Dr Farah Syahirah, BDS Iskandariah

Dr Azraei Che Mat, Dr Sima Namazi Dr Halimah Muhammad Dr Fatimah Zahrin Muhammad Dr Anis Zahidi , Dr Nabilah Nuairy, Dr Abdul Majid Muhammad, Dr Karimah Muhammad, Dr Atifah, Staff Ruhaya Mu'mini Aniza Osman Mariyati Mohd Ruhaya Hassan Rodaini Mu'mini Izani Ibrahim Siti Aida Mohd Zin---Radiographer Gardener

Abe Ni Area Supervisor & Landscape Caretaker Ayah Za Hang Tuah (Security) Lan Canteen Operator Kak Nab