
26/11/2024
Cuboid syndrome
Minggu lepas datang seorang anak perempuan usia 17 tahun (sekolah menengah tingkatan 5) ditemankan neneknya utk rawatan kepada kami.
Anak bercerita kalau sudah 1 bulan lebih tak bersekolah kerana mengalami kecideraan pada kaki kanan yg berpunca kaki terpelicuk semasa di asrama sekolah.
Kemudian dibawa ke hospital kemudian dinyatakan oleh doktor perubatan ada terjadi patah tulang dan ada saraf dan urat² yg putus (ini diagnosis doktor perubatan hospital).
Selepas 1 bulan lebih, kaki kanan masih lagi tak boleh utk berpijak, menapak dan berjalan. Pergerakan menggunakan bantuan walking frame dengan sebelah kaki (kiri) sahaja yg boleh menapak lantai.
Setelah kami periksa dan merujuk pada gambar xray, maka kami mendiagnosis anak tersebut dgn masalah *Cuboid syndrome*, utamanya tendon peroneus longus, dan kami juga mendapati masalah pd *Plantar plate dysfunction* yg menjadikan punca anak tak dapat berpijak dan menapakkan kaki di lantai. Saya juga berpesan kepada nenek dan ibu si anak, 2 jam sebelum datang utk dirawat ianya kena makan ubat utk mengurangkan kesakitan semasa rawatan dijalankan.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas dirawat keadaan anak tersebut semakin baik, sudah boleh menapak, berdiri dan berjalan.
(Video diruang komentar).
Perkhidmatan Fisioterapi Kiropraktik
Perkhidmatan Fisioterapi & Kiropraktik
014 8410 748
011 2998 9787