
16/08/2025
Panduan merawat pesakit yang baru keluar dari wad hospital yang mengalami masalah gangguan seperti:
1. Meracau
2. Sukar tidur malam & alami masalah gangguan lintasan.
3. Terbayang kematian pesakit lain yang meninggal bersebelahan katil semasa di hospital.
Tatacara:
Limau nipis 3 biji
Air kolah masjid 1 botol kecil
Mangkuk kosong yang akan diisi air kolah masjid + perahan limau nipis
Bacakan surah Al-Fatihah 3X
Bismillah 5 @ 7 1X)
3 Qul
Ayatul Qursi (ayat akhir walayauduhu hifzuhuma ulang 5X)
Ayat 284-286 al-Baqarah
Ayat 9 Yaasin (4X)
Ayat 19, Al-Kahfi
Ayat 7, as-Saffat
Ayat 1-10, Surah Jin.
Bacakan kesemua ayat ini sambil celupkan jari telunjuk & kacau mengikut arah lawan jam hingga selesai bacaan.
Tiupkan pada air, & tiupkan pada ubun kepala pesakit serta sapukan air td di bahagian kepala pesakit, bawah cuping telinga & dahi pesakit, In Shaa Allah.