Bekam Best Melaka

Bekam Best Melaka Bekam Best Melaka !! Pakar Bekam Dan Urutan terapi / saraf . Untuk tempahan sila hubungi
0123985491 Untuk tempahan sila hubungi
0123985491 / 0126436004

https://maps.app.goo.gl/E9UjWvsJ6Ks5YcHV6Terima kasihpertanyaan Tuan puan/cik...Kami di Bekam Best Melaka sentiasa membe...
04/06/2024

https://maps.app.goo.gl/E9UjWvsJ6Ks5YcHV6
Terima kasih
pertanyaan Tuan puan/cik...

Kami di Bekam Best Melaka sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik; dan suasana yang selesa.

Bekam Best Melaka menawarkan🖒🖒 :

💉💉 PAKEJ BEKAM DARAH

✔12 - 15 cup - RM90
✔Unlimited cup - RM120
✔Migrain-RM50
✔Bekam Seri Wajah/ Bekam Resdung RM50

💆💆 PAKEJ URUTAN

👨 Lelaki Rm 70
👱‍♂ Batin Lelaki Rm100

👩 Perempuan Rm 70
👩urutan perawan Rm50-70 bergantung pada seisi rawatan

🙍 Sengkak Wajah Rm50
👩 Sengkak Rahim Rm50

❤v spa sauna rm50❤


❤ Produk Kesihatan ❤
✔ Produk HPA
✔ Al Haddad
✔ Makanan Sunnah

🌎🌎Lokasi: JB3022-1, Tingkat Bawah,
Jalan Merlimau Jasin, 77300 Merlimau MELAKA

⏰⏰Waktu operasi:
Isnin-Ahad : 9am-6pm
Rabu : Tutup

Untuk temujanji/pertanyaan, sila WhatsApp ke..

📲 Bard 012 3985491
📲 Syda 012 6436004

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

23/02/2024
10/02/2023

TERAPI BEKAM KEATAS WANITA MENGANDUNG: KONTRAINDIKASI MUTLAK ATAU KONTRAINDIKASI RELATIF?

Secara umumnya terapi bekam samada kering atau basah tidak digalakkan dilakukan keatas wanita mengandung. Terdapat 2 kategori kontraindikasi bekam dalam kondisi ini yang pernah dicadangkan oleh para ilmuan bekam iaitu kontraindikasi mutlak/ "absolute contraindication" dan kontraindikasi bersyarat/ "relative contraindication".

Kontraindikasi mutlak melarang sama-sekali terapi bekam dilakukan kepada wanita mengandung, tidak kira apa jua alasan yang diberikan kerana keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah keutamaan yang teratas. Penggunaan sejumlah kop atau berbekam darah terlalu kerap umpamanya dikhuatiri boleh menyebabkan penurunan paras hemoglobin/hb terutamanya pada wanita mengandung yang memiliki paras hb yang rendah (mild anemia) . Golongan ini dikhuatiri lebih mudah mengalami penurunan hb ke paras lebih rendah (moderate anemia) kesan daripada penggunaan sejumlah kop bekam atau menjalani terapi bekam darah dengan terlalu kerap. Jika penurunan paras hb ini tidak terkawal, ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi buruk termasuklah boleh mengancam nyawa ibu terutamanya ketika melahirkan anak kelak di mana kehilangan darah lebih banyak biasanya akan berlaku. Kesan tekanan negatif terapi bekam keatas wanita mengandung terutamanya pada area abdomen juga dikhuatiri boleh merangsang kontraksi uterus seterusnya menyebabkan keguguran (trimester pertama atau sebelum 28 minggu kandungan) atau kelahiran pramatang (28-36 minggu kandungan).

Manakala kontraindikasi relatif atau bersyarat, mencadangkan bahawa bekam masih boleh dilakukan jika terdapat keperluan mendesak di mana selepas penelitian sedalamnya didapati manfaat lebih banyak berbanding mudharat. Sebagai contoh, wanita mengandung yang sering mendapat migrain ingin mengelak daripada kerap mengambil Paracetamol/Panadol kerana bimbang kesan ubat tersebut boleh menjejaskan perkembangan/tahap kesihatan kandungannya lalu memilih terapi bekam sebagai rawatan alternatif (A.Z. Bauer et al 2021- pendedahan berterusan paracetamol kepada wanita mengandung boleh meningkatkan risiko gangguan perkembangan saraf, reproduktif dan urogenital kandungan). Jika keputusan ini terpaksa diambil, pemilihan poin² bekam seharusnya jauh daripada area abdomen, jumlah kop bekam & kekerapan berbekam darah juga harus paling minimal bagi mengelak kesan sampingan yang tidak diingini. Menurut S.A. Jaouni et al 2019, terapi bekam berkesan menurunkan tahap kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam satu kajian yang dilakukan keatas 128 orang pesakit migrain.

Kesimpulannya berbekam terutamanya bekam darah ketika mengandung adalah sangat tidak digalakkan kecuali atas sebab² yang tidak dapat dielakkan & seharusnya ia hanya dilakukan oleh mereka yang benar² berpengalaman atau mahir sahaja. Jika ada pilihan lain yang kurang memberi risiko bahaya kepada kesihatan wanita mengandung dan kandungan, adalah lebih baik bekam darah ditangguhkan terlebih dahulu atau menjalani kaedah rawatan lain yang lebih selamat. Dalam situasi ini mungkin lebih baik berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan alternatif lain yang diiktiraf atau berkelayakan untuk mengadu atau merawat masalah kesihatan yang dialami oleh wanita mengandung.

MA SABRI

Ref:

1. Paracetamol use during pregnancy—a call for precautionary action
Ann Z Bauer, Shanna H Swan, David Kriebel, Zeyan Liew, Hugh S Taylor, Carl-Gustaf Bornehag, Anderson M Andrade, Jørn Olsen, Rigmor H Jensen, Rod T Mitchell, Niels E Skakkebaek, Bernard Jégou, David M Kristensen
Nature Reviews Endocrinology 17 (12), 757-766, 2021

2. Clinical experts statement: The definition, prescription, and application of cupping therapy
S Andrew Cage, Brandon J Warner, Diana M Gallegos, Brian Coulombe
Clinical Practice in Athletic Training 2 (2), 4-11, 2019

3. Cupping therapy
Shabi Furhad, Abdullah A Bokhari
StatPearls [Internet], 2022

4. Wet cupping reduces pain and improves health-related quality of life among patients with migraine: a prospective observational study
Abdullah Kaki, Rohaiem Sawsan, Mourad Samiha, Soad Al Jaouni, Mohsen Abdul Elalah, Nahla Ibrahim
Oman Medical Journal 34 (2), 105, 2019

Address

Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123985491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Best Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram