Hospital Mersing, JOHOR

Hospital Mersing, JOHOR 2°25'44"N 103°50'40"E

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡: 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡  𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 (𝗕𝗞𝗞) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮  𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 ...
13/03/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡: 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 (𝗕𝗞𝗞) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗚

MERSING, 13 Mac 2026 - Hari ini telah diadakan penyerahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Negeri Johor bagi penjawat awam persekutuan melibatkan seramai 343 orang kakitangan Hospital Mersing bertempat di Bilik Anggerik Hospital Mersing.

BKK Negeri Johor merupakan insentif kewangan oleh kerajaan negeri Johor yang diumum oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam Belanjawan Negeri Johor Tahun 2026. Insentif Khas Penjawat Awam Persekutuan Negeri Johor berjumlah RM 500.00 diagihkan kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen yang diberikan dalam melaksanakan tugas. Terdahulu, BKK fasa 1 melibatkan warga kerja Hospital Mersing sebanyak RM 300.00 telah selesai diagihkan pada Disember 2025 dan BKK fasa 2 sebanyak RM 200.00 p**a mula diagihkan kepada kakitangan Hospital Mersing pada pagi ini.

Hospital Mersing merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri Johor atas insentif yang dilaksanakan. Semoga insentif ini terus menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang

Onn Hafiz Ghazi
Ah Soon 林添顺
Jabatan Kesihatan Negeri Johor



𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗞𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗡𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗦...
13/03/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗞𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗡𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠/𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛.

MERSING, 12 Mac 2026 - Telah berlangsung program sumbangan bungkusan hari raya kepada pesakit hospital dan penghuni rumah kebajikan bertempat di Hospital Mersing yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Pejabat Kadi Daerah Mersing pada pagi ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pesakit yang masih menerima rawatan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulfekri bin Abdullah, Imam Daerah Mersing dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Siti Nor Bani binti Ahmad, Pengarah Hospital Mersing. Perasmian majlis pada pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap, Pentadbir Tanah Daerah Mersing selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing. Seterusnya majlis diteruskan dengan simbolik penyampaian sumbangan kepada penghuni rumah kebajikan dan melawat pesakit di wad-wad di Hospital Mersing.

Turut hadir As Syeikh Tuan Haji Mohd Nazri bin Jamaluddin, Kadi Daerah Mersing, YBrs. Encik Muhammad Nazif Bin Mohd Elias, Penolong Pegawai Daerah Mersing. Puan Hajah Wan Noor Hanida binti Wan Ismail, Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Mersing. Puan Hajah Habibah binti Hadzir, Isteri Pentadbir Tanah Daerah Mersing. YBrs. Puan Norhasma binti Akup, Timbalan Penguasa Desa Bina Diri Mersing. Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Said, Amin Baitulmal Daerah Mersing. Puan Zalila binti Sanat, Isteri Tuan Kadi Daerah Mersing.

Pihak Hospital Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan usaha seperti ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan, menyemai nilai keprihatinan serta membawa kegembiraan kepada para pesakit.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 (𝐇𝐌𝐈) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑.MERSING, 9 Mac 2...
11/03/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 (𝐇𝐌𝐈) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑.

MERSING, 9 Mac 2026 – Hospital Mersing telah menganjurkan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Kluster Johor Timur sempena bulan Ramadan yang disertai oleh warga kesihatan daerah Mersing.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Turut hadir bersama-sama YBrs. Dr. Khairul Rizal bin Othman, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Johor. YBrs. Dr. Siti Nor Bani binti Ahmad, Pengarah Hospital Mersing. Pengarah-pengarah hospital kluser Johor Timur, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta warga kerja kesihatan daerah Mersing

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong-royong memasak bubur lambuk yang melibatkan penyertaan warga kesihatan dari pelbagai jabatan dan unit. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk mengimarahkan bulan Ramadan di samping menyemarakkan budaya gotong-royong serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kesihatan. Program ini diteruskan dengan bacaan tarannum dan marhaban yang dibacakan oleh pelajar Maahad Tahfiz Al Khairiah Mersing (MATAM) dan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hamdi bin Ab Hamid, Pegawai penyelaras Masjid dan Surau Daerah Mersing.

Hospital Mersing merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, Pejabat Pergigian Daerah Mersing, Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing serta agensi dan jabatan lain yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini.




PENYAKIT TIBI: JANGAN AMBIL MUDAH, KENALI GEJALANYASalam Sejahtera warga Mersing,Tahukah anda? Penyakit Tibi (Batuk Keri...
25/02/2026

PENYAKIT TIBI: JANGAN AMBIL MUDAH, KENALI GEJALANYA

Salam Sejahtera warga Mersing,

Tahukah anda? Penyakit Tibi (Batuk Kering) masih wujud dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia bukannya penyakit keturunan atau buatan orang, sebaliknya berpunca daripada kuman Mycobacterium tuberculosis yang tersebar melalui udara.

Jika anda atau orang tersayang mengalami gejala berikut, sila dapatkan pemeriksaan segera di Hospital Mersing atau Klinik Kesihatan berhampiran:

Batuk berpanjangan (melebihi 2 minggu).

Demam berpeluh pada waktu malam.

Hilang selera makan dan berat badan menurun.

Batuk berdarah atau sakit dada.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGAHospital Mersing, Johor mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran bagi:Tajuk...
09/07/2025

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Hospital Mersing, Johor mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran bagi:

Tajuk: Penyewaan Ruang Kantin
Lokasi: Hospital Mersing, Johor
Tempoh Penyewaan: Tiga (3) Tahun

Dokumen kenyataan tawaran sebut harga boleh dirujuk melalui lampiran yang disediakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada pihak Hospital Mersing.

Mesyuarat penubuhan Pusat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK CC).
17/01/2025

Mesyuarat penubuhan Pusat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK CC).

22/09/2024
30/05/2024

Peringatan buat semua pejuang kanser dan keluarga.

Pihak Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation TIDAK PERNAH MENGGALAKKAN ATAU MENYARANKAN pesakit kanser untuk membeli dan menggunakan produk LifeWave X39 Patches sebagai pengganti kepada rawatan kanser di hospital.

Pihak Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation tidak pernah mengeluarkan dan menjual apa-apa produk / ubat bagi rawatan kanser.

Pihak kami juga mengecam sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang menggunakan nama Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation demi kepentingan perniagaan atau peribadi mereka.

01/04/2024
16/03/2024

Tahukah Anda?

Selain berus gigi, flos pergigian sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.

Berapa kerap anda perlu menggunakan flos dan bagaimana p**a cara untuk menggunakannya dengan betul?

Sila imbas kod QR yang tertera dalam poster berikut untuk maklumat lanjut.

Salam Ramadan al-Mubarak ☝🏻
16/03/2024

Salam Ramadan al-Mubarak ☝🏻

Address

Jalan Ismail
Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Mersing, JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Mersing, JOHOR:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram