Miri Hospital - Official

Miri Hospital - Official Disclaimer: Miri Hospital shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any info

Miri Hospital is located at Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri city center. Miri Hospital has 333 beds and provides a number of specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedic, Obstetrics and Gynaecology, Radiology, Anestiologi, and Children.

๐Ÿฉธ SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN ๐ŸฉธTabung Darah Hospital Miri membuka peluang kerjasama kepada badan kerajaan, NGO, syarik...
14/05/2026

๐Ÿฉธ SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN ๐Ÿฉธ

Tabung Darah Hospital Miri membuka peluang kerjasama kepada badan kerajaan, NGO, syarikat swasta, pusat beli-belah dan organisasi komuniti untuk menjadi penganjur Kempen Derma Darah.

๐ŸŒŸ Ayuh bersama kami:
โœ”๏ธ Menjayakan inisiatif CSR
โœ”๏ธ Membantu pesakit yang memerlukan darah
โœ”๏ธ Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti
โœ”๏ธ Menjadi wira di sebalik tabir

Kerjasama anda mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. โค๏ธ




๐๐€๐๐†๐†๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€: ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐“๐€๐๐ˆ๐‘

Hospital Miri Blood Bank ingin menjemput badan kerajaan, NGO, syarikat swasta, pusat beli-belah serta organisasi komuniti untuk bekerjasama sebagai penganjur Kempen Derma Darah.

Kenapa Sertai Kami?

โœ… Memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR)
โœ… Membantu memastikan bekalan darah Hospital Miri sentiasa mencukupi untuk kes kecemasan dan pembedahan
โœ… Memupuk semangat kesukarelawanan dan kerjasama komuniti

Berminat Menjadi Penganjur?

Hubungi PRO Tabung Darah Hospital Miri:

๐Ÿ“ฑ WhatsApp: https://wa.me/qr/FFOEZA6LGSDKH1

โ˜Ž๏ธ Talian Pejabat: 085-460600 / 085-329200 samb. 536

Kehadiran dan sokongan anda sebagai penganjur amat bermakna buat kami serta para pesakit yang memerlukan.

โ€œSetitis darah, sejuta harapan.โ€





SESI SERAH TUGAS KETUA PENYELIA PPP HOSPITAL MIRI Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu telah menyaksikan sesi s...
13/05/2026

SESI SERAH TUGAS KETUA PENYELIA PPP HOSPITAL MIRI

Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu telah menyaksikan sesi serah tugas Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Pejabat Pengarah, pada 28 April yang lalu.

Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Encik Lionel Krusner anak Venster Bangan menyerahkan nota serah tugas beliau kepada penggantinya Encik Micheal Standy Jorin sebagai kepimpinan baharu PPP di Hospital Miri berkuat kuasa mulai 4 Mei 2026.

Terima kasih Encik Lionel Krusner atas sumbangan beliau selama 1 tahun 11 bulan kepada Hospital Miri sepanjang perkhidmatannya di jabatan ini dan selamat maju jaya di tempat baharu.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada En. Micheal Standy Jorin. Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa kecemerlangan, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan mutu perkhidmatan di Hospital Miri.





SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan khususnya kepada sem...
12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan khususnya kepada semua jururawat yang bertugas di Hospital Miri atas dedikasi, kesabaran, dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam merawat dan menjaga pesakit dengan penuh kasih sayang.

Teruskan iltizam yang tinggi dalam menabur bakti dan perkhidmatan, kerana setiap sentuhan dan senyuman kalian memberi harapan dan kekuatan kepada para pesakit.

Berkolek ke hulu menongkah arus
Sedangkan ke hilir mengalir tenang
Teruslah dedikasi perkhidmatan terurus
Jururawat Hospital Miri sentiasa terbilang

Happy Nurses Day 2026! โค๏ธ
12th May 2026 โœจ
Keep shining ๐ŸŒŸ, keep inspiring โค๏ธ!






TAKLIMAT PEMANTAPAN SERTA AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PERINGKAT HOSPITAL MIRITaklimat Pemantapan Serta ...
11/05/2026

TAKLIMAT PEMANTAPAN SERTA AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PERINGKAT HOSPITAL MIRI

Taklimat Pemantapan Serta Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Hospital Miri telah diadakan pada Jumaat lalu (8 Mei 2026).

Ini bertujuan bagi memperkukuh budaya kerja berkualiti melalui pelaksanaan amalan EKSA dan menyelaraskan pemahaman warga kerja terhadap amalan EKSA di samping memupuk persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif, selesa dan profesional demi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, ini juga merupakan salah satu platform dalam memperkasakan budaya kerja berpasukan, disiplin organisasi serta amalan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga kerja Hospital Miri.

Taklimat anjuran Unit Pentadbiran Am ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Khairul Amri bin Nawawi di Bilik Seminar Marudi, Blok B Hospital Miri.





๐ŸŽฎ PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS STAFF HOSPITAL MIRI TERTUTUP 2026 ๐ŸŽฎTahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjay...
11/05/2026

๐ŸŽฎ PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS STAFF HOSPITAL MIRI TERTUTUP 2026 ๐ŸŽฎ

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Mobile Legends Staff Hospital Miri Tertutup 2026 yang berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan!

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sepitar Sejahtera Miri (KRSSM) dengan pengelolaan oleh AJK pertandingan daripada warga kerja Jabatan Anestesiologi Hospital Miri yang diketuai oleh Encik Justin Felix.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Jack Wong Siew Yu selaku Pengarah Hospital Miri merangkap Pengerusi Kelab KRSSM.

๐Ÿ“ Tempat: Bilik Seminar, Nurses Home
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

Pertandingan ini telah menghimpunkan seramai 50 orang pemain yang terdiri daripada kakitangan Hospital Miri serta syarikat konsesi hospital, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan melalui platform e-sukan.

๐Ÿ† Keputusan Pertandingan:
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Team KC (OMSB)
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Team Meditasi Beruang (Jabatan Forensik)
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Team Tutturu (OMSB)

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, penyokong dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat perpaduan, rekreasi sihat dan keseimbangan antara kerjaya serta aktiviti sosial dalam kalangan warga hospital.





SARAWAK NORTHERN ZONE IV THERAPY CARE WORKSHOP 1.0Sarawak Northern Zone IV Therapy Care Workshop 1.0 Tahun 2026 telah di...
11/05/2026

SARAWAK NORTHERN ZONE IV THERAPY CARE WORKSHOP 1.0

Sarawak Northern Zone IV Therapy Care Workshop 1.0 Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Unit Kejururawatan, Hospital Miri pada 21 hingga 22 April 2026. Bengkel ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan dari hospital-hospital di bawah kluster Zon Utara Sarawak.

Usaha penyelarasan bengkel ini telah diterajui oleh Jururawat Klinikal Hospital Miri, di bawah pimpinan JK Stacy Awing Wan.

Inisiatif ini amat signifikan dan sejajar dengan kerangka pengurusan Hospital Kluster, yang bermatlamat memberi peluang kepada kakitangan dari hospital Non-Lead iaitu Hospital Marudi dan Hospital Lawas untuk mengambil bahagian dalam latihan, pembangunan kompetensi, serta perkongsian kepakaran bersama Hospital Miri sebagai hospital peneraju.

Bengkel ini turut menjalinkan kerjasama strategik dari B Braun Medical Supplies Sdn Bhd. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek penjagaan pesakit dengan Peripheral Intravenous Catheter (PIVC), seterusnya meningkatkan keselamatan pesakit dan mencegah komplikasi serius seperti flebitis, tromboflebitis, infiltrasi, dan ekstravasasi.

Selain itu, sesi pembelajaran praktikal turut dijalankan di wad hospital. Peserta didedahkan secara langsung kepada proses pemantauan audit terapi IV, berpeluang mengenal pasti amalan terbaik dan amalan yang memerlukan penambahbaikan, serta berkongsi intervensi yang berkesan bagi penjagaan pesakit PIVC. Ini juga membolehkan para peserta menguasai kaedah audit klinikal secara lebih komprehensif dan efektif.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah memberikan impak positif yang ketara kepada semua peserta melalui pertukaran ilmu, latihan praktikal intensif, serta pengukuhan amalan terbaik dalam penjagaan terapi IV.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua urus setia, fasilitator, penceramah, peserta, dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini. Semoga usaha seumpama ini akan terus memperkasa kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh Zon Utara Sarawak.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Matron Rose Mary Jok, Ketua Penyelia Jururawat Hospital (KPJH) Hospital Miri.





RAI 20 BAYI PADA 8 MEI: SELAMAT HARI PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEDUNIA 2026Pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Cawan...
08/05/2026

RAI 20 BAYI PADA 8 MEI: SELAMAT HARI PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEDUNIA 2026

Pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri (MRC Miri Branch) mengadakan lawatan ke Wad 5A sempena sambutan Hari Palang Merah / Bulan Sabit Merah Sedunia 2026, petang tadi.

Lawatan ini telah disempurnakan oleh Datin Sri Kong Shui Lin, isteri kepada Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.

Lawatan ini dan diadakan bagi meraikan sambutan Hari Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Sedunia bersama bayi-bayi yang lahir pada 8 Mei 2026.

Jumlah keseluruhan bayi yang lahir pada tarikh 8 Mei adalah seramai 20 bayi yang terdiri daripada 11 bayi lelaki dan 9 bayi perempuan.

Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia diraikan pada tanggal 8 Mei setiap tahun bagi memperingati hari kelahiran pengasasnya Henry Dunant.

Hospital Miri mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Red Crescent Miri Branch atas lawatan tersebut dan menzahirkan ucapan tahniah kepada para ibu atas kelahiran bayi mereka.

Turut hadir semasa lawatan itu, Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu.






KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO TINGGIKursus Pengurusan Jenazah Berisiko Tinggi anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Hospita...
08/05/2026

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO TINGGI

Kursus Pengurusan Jenazah Berisiko Tinggi anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Miri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak pada 27 April 2026 bertempat di Pusat Falak Miri.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kompetensi petugas kesihatan yang terlibat dalam pengurusan jenazah berisiko tinggi. Ia juga berperanan sebagai persediaan kritikal untuk memastikan pengendalian jenazah berisiko tinggi dapat dilaksanakan secara selamat, teratur, dan mengikut prosedur serta profesionalisme yang ditetapkan.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh:
โ€ข Dr Ahmad Shafiie Bin Ahmad Amran
โ€ข Encik Jefferey anak Payung
โ€ข Encik Mohd Ardy Putra

Penyertaan petugas kesihatan Hospital Miri dalam kursus ini adalah inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, kefahaman, dan kesiapsiagaan mereka. Ini secara langsung akan meningkatkan kompetensi para peserta, sekali gus memastikan setiap individu dapat mengendalikan sebarang situasi berkaitan dengan penuh profesionalisme dan berhemah.






A WRAP ON IMDC 2026 ๐ŸŽฌโœจWeโ€™ve officially concluded the 5th International Midwives' Day Conference. These past two days wer...
08/05/2026

A WRAP ON IMDC 2026 ๐ŸŽฌโœจ

Weโ€™ve officially concluded the 5th International Midwives' Day Conference. These past two days were filled with insightful discussions, groundbreaking research, and a shared passion for maternal health.

A massive congratulations and a heartfelt thank you to our speakers, sponsors, and every midwife who joined us from around the globe. Your dedication is the heartbeat of this profession.

This video is for you. Watch, enjoy, and celebrate the impact weโ€™re making together.





DAY 1 : 5th INTERNATIONAL MIDWIVES' DAY CONFERENCEOn 4th May 2026, we officially kicked off our first day with an incred...
08/05/2026

DAY 1 :

5th INTERNATIONAL MIDWIVES' DAY CONFERENCE
On 4th May 2026, we officially kicked off our first day with an incredible energy. It was a true honor to welcome 561 participants who traveled from across West Malaysia, Sabah, Sarawak, and Brunei Darussalam to join us.

We spent the day diving into a powerhouse lineup of insightful sessions. From navigating leadership challenges to discussing fertility trends and maternal health, our brains are full and our hearts are inspired.

A huge thank you to our incredible speakers for sharing their wisdom and helping us strengthen the "Power of Partnership" for better maternal and child health outcomes.

But the day didn't end with the sessions. We traded our scrubs for hibiscus prints, leis, and tropical vibes at our Tropical Night Gala Dinner. Seeing everyone come together to celebrate our profession under the Sarawak stars was the perfect end to an amazing day.

Next up: Day 2 of IMDC 2026! ๐Ÿš€





03/05/2026

โณ THE FINAL COUNTDOWN IMDC 2026: 1 DAY TO GO! โณ

The wait is almost over. Tomorrow, the 5th International Midwivesโ€™ Day Conference (IMDC) 2026 officially begins!

We are thrilled to welcome a powerhouse of professionalsโ€”all united by a single mission: advancing maternal and newborn health. From insightful sessions to the much-anticipated Tropical Gala Dinner, Miri is ready for an unforgettable two days.

๐Ÿ“… 4th โ€“5th May 2026
๐Ÿ“ Imperial Hotel, Miri

Safe travels to all our delegates! Wishing you a smooth journey to Miri. We canโ€™t wait to see you all tomorrow๐Ÿ’•





Address

Jalan Cahaya
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Miri Hospital - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Miri Hospital - Official:

Share

Category