Nazren's Clinic - Miri,Sarawak

Nazren's Clinic - Miri,Sarawak The Heart of your Healthcare located in the centre of Miri,Sarawak.(Centre Point Phase 2) Service that we provide:
Full Medical Check Up. Outpatient care.

Healthcare facility that is primarily focused on the care of outpatients. Maternal(Pregnant women) Health care (3D and 4D Scan) - by Dr Fatimah. Child Health care. Immunization/Vaccination. Minor Surgical/Ortho Procedure.

[NOTIS PENTING: PERUBAHAN WAKTU OPERASI & CUTI HARI BURUH] 📢​Salam sejahtera kepada semua pelanggan dihargai! 🏥​Sila amb...
30/04/2026

[NOTIS PENTING: PERUBAHAN WAKTU OPERASI & CUTI HARI BURUH] 📢

​Salam sejahtera kepada semua pelanggan dihargai! 🏥

​Sila ambil maklum mengenai perubahan waktu operasi klinik kami sempena sambutan Hari Buruh bagi minggu ini:

​🕒 HARI INI (Khamis, 30 April 2026)
Klinik akan beroperasi sehingga 4:30 PETANG sahaja. Pastikan anda datang awal untuk urusan rawatan atau pengambilan ubat.

​🗓 NOTIS CUTI UMUM
​1 Mei (Jumaat): TUTUP (Hari Buruh)
​2 Mei (Sabtu): TUTUP (Cuti Gantian)

​🚀 KEMBALI BEROPERASI
Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Ahad, 3 Mei 2026.

​Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Rancang temujanji anda sebaiknya ya! 🩺✨

​Selamat Hari Buruh kepada semua pejuang ekonomi dan warga kerja! ✊🇲🇾

30/04/2026

☕ TAK SAH PAGI KALAU TAK PEKENA KOPI, KAN? 😍

​Adakah ini 'wajah' penyumbang semangat anda setiap pagi? Mari kita sembang santai tentang kopi!

​Ramai antara kita perlukan secawan minuman berkafein (tak kisah la panas atau sejuk!) untuk kickstart hari kita atau untuk lawan mata yang kian layu di waktu petang. Tak salah pun nak layan kopi kegemaran anda, tapi penting untuk kita faham macam mana kafein bertindak dalam badan kita. 🧠✨

​Jom semak fakta ini supaya anda boleh nikmati kopi kegemaran dengan lebih sihat:

​⚖️ Berapa Banyak Baru Dikira "Zon Selamat"?
​Bagi kebanyakan orang dewasa yang sihat, had selamat adalah 400mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan 3 hingga 4 cawan kopi biasa.

Tapi ingat! Tahap toleransi badan setiap orang tak sama. Ada yang minum 3 cawan masih rileks, ada yang minum setengah cawan dah mula berdebar. Kenali had badan anda.

​✨ Kopi Bukan Setakat Sedap, Ada Manfaatnya Juga!
​Jika diambil secara berhemah, ini apa yang kopi buat pada anda:
​🚀 Bantu Mata Terus Celik: Ia sekat isyarat mengantuk di otak supaya anda rasa segar!
​🎯 Fokus Lebih Tajam: Membantu tingkatkan daya tumpuan ketika bekerja atau belajar.
​😊 Mood 'Booster': Boleh meningkatkan sedikit hormon dopamin (hormon gembira). Patutlah happy je lepas dapat kopi!

​⚠️ TANDA Anda Mungkin Dah "Overdose" Kafein!

​Tolong dengar isyarat badan anda. Kalau ambil berlebihan, anda mungkin akan rasa kesan sampingan ini:
1️⃣ Tangan mula menggeletar & rasa gementar
2️⃣ Gelisah tak tentu arah tanpa sebab
3️⃣ Mata terkebil-kebil, susah nak tidur malam (Insomnia)
4️⃣ Jantung berdegup laju / berdebar-debar (macam baru lepas lari!) 🫀
5️⃣ Perut sebu, meragam, atau asyik nak ke tandas
6️⃣ Sakit kepala yang kerap atau rasa anxiety (keresahan) makin menjadi-jadi

​🩺 Pesanan Ringkas Dari Kami:

​Satu perkara yang ramai terlepas pandang: Kopi bukan satu-satunya sumber kafein! Minuman tenaga, teh (seperti teh hitam & matcha), air bergas (soda), coklat, malah sesetengah ubat di farmasi turut menambah 'kuota' kafein harian anda.

​💡 Tip Extra: Jika anda kerap rasa gelisah, sakit kepala, atau kualiti tidur merosot, cuba pantau jumlah kafein harian anda. Pastikan anda minum air kosong yang cukup selepas minum kopi untuk kekal hidrasi dan kurangkan kesan sampingan!

​Kekal segar, kekal sihat! 🧊💧

​👇 Kongsikan dengan kami di ruangan komen: Apa kopi WAJIB anda setiap pagi? Americano, Kopi Susu, atau Kopi Ais ikat tepi? 😉

Pagi-pagi dah Bersin? 🤧💥​Siapa kat sini yang bangun tidur je terus bersin bertubi-tubi sampai berair mata? Kalau ya, and...
29/04/2026

Pagi-pagi dah Bersin? 🤧💥

​Siapa kat sini yang bangun tidur je terus bersin bertubi-tubi sampai berair mata? Kalau ya, anda mungkin bukan sekadar selesema biasa, tapi sebenarnya sedang bergelut dengan ALLERGIC RHINITIS.

​Dalam bahasa pasarnya, ramai kita panggil "Resdung", tapi secara medikalnya ia adalah tindak balas sistem imun badan yang terlebih sensitif terhadap bahan pencetus (alergen).

​🔴 MACAM MANA NAK TAHU ANDA ADA ALLERGIC RHINITIS?
Cuba semak simptom-simptom "Geng Tisu" ni:
​✅ Bersin Marathon: Pantang kena habuk atau sejuk, terus bersin 5-10 kali tanpa henti.
✅ Hidung Gatal & Berair: Rasa macam ada semut berkawad dalam hidung!
✅ Mata Berair/Gatal: Kadang-kadang sampai merah dan bengkak.
✅ Hidung Tersumbat: Suara pun boleh berubah jadi "sengau".

​🔴 APA "MUSUH" UTAMA ANDA?
Alergi ni tak datang saja-saja. Biasanya ada "trigger":
​Hama Habuk: Duduk diam-diam dalam tilam, bantal, dan karpet.
​Bulu Haiwan: Kucing comel, tapi bulu dia boleh buat hidung huru-hara.
​Kulat (Mold): Kawasan lembap macam bilik air atau dinding.
Musim bunga.

​💡 TIPS SURVIVAL UNTUK ANDA:
(Pro-tip: Elakkan menyapu sampah dengan penyapu biasa. Gunakan mop lembap atau vakum HEPA supaya habuk tak terbang!)
​🔹 Basuh Cadar: Gunakan air panas (60°C ke atas) seminggu sekali.
🔹 Air Purifier: Sangat membantu untuk tapis udara dalam bilik tidur.
🔹 Cuci Hidung (Nasal Rinse): Gunakan air garam (saline) untuk bersihkan kuman.

​Jangan biarkan hidung anda jadi "paip air" setiap hari. Kualiti tidur dan kerja pun boleh terganggu kalau asyik bersin je.

​Siapa lagi kat sini geng "Pagi-pagi Cari Tisu"? Cuba komen kat bawah, mana tahu ada tips tambahan yang korang amalkan! 👇✨

👶 BAYI MENANGIS TANPA HENTI? MUNGKIN KOLIK!Pernah tak ibu ayah alami situasi bayi tiba-tiba menangis kuat, sukar dipujuk...
15/04/2026

👶 BAYI MENANGIS TANPA HENTI? MUNGKIN KOLIK!

Pernah tak ibu ayah alami situasi bayi tiba-tiba menangis kuat, sukar dipujuk, terutama waktu petang atau malam? 😢

Ini mungkin tanda kolik bayi (infantile colic).

💡 Apa itu kolik?
Kolik ialah keadaan di mana bayi (biasanya bawah 3 bulan) menangis lebih daripada 3 jam sehari, lebih 3 hari seminggu — walaupun bayi sihat.

🔍 TANDA-TANDA KOLIK:
✔️ Menangis kuat & sukar ditenangkan
✔️ Kaki ditarik ke arah perut
✔️ Perut nampak kembung / keras
✔️ Tangan menggenggam (clenched fist)

🛠️ CARA MEMBANTU:
🤱 Susukan bayi dengan posisi yang betul
🫳 Urutan lembut pada perut
🍼 Sendawakan bayi selepas minum susu
🛏️ Bedung (swaddle) untuk rasa selamat
🎵 Bunyi “white noise” atau buaian perlahan

⚠️ BILA PERLU Risau? Segera jumpa doktor jika:
❗ Demam
❗ Muntah berterusan
❗ Kurang menyusu
❗ Najis berdarah / perubahan ketara

💬 Pesanan kami:
Kolik adalah sementara dan akan beransur baik bila bayi membesar ❤️
Yang penting, ibu ayah kena banyak sabar dan sokongan 💪

📍 Nazren’s Clinic sentiasa sedia membantu anda dan si manja
📞 Walk-in atau hubungi kami untuk pemeriksaan lanjut

Waktu operasi:
Isnin - Khamis : 8am -1230pm
Lunch Break : 1230pm - 200pm
200PM-730PM (No break)

Jumaat : OFFDAY

WEEKEND :
Sabtu dan Ahad :8am -1230pm
Lunch Break : 1230pm - 200pm
200PM-430PM

🌬️ SINUSITIS & ALERGIK RHINITIS 😷Selalu bersin? Hidung tersumbat? Sakit kepala tak hilang-hilang?Mungkin itu tanda sinus...
14/04/2026

🌬️ SINUSITIS & ALERGIK RHINITIS 😷

Selalu bersin? Hidung tersumbat? Sakit kepala tak hilang-hilang?
Mungkin itu tanda sinusitis atau alahan hidung (allergic rhinitis)!

⚠️ Antara simptom biasa: 🔸 Hidung tersumbat
🔸 Sakit muka / tekanan sinus
🔸 Bersin berulang kali
🔸 Hidung berair & mata gatal
🔸 Sakit kepala
🔸 Cepat letih

💡 Kenapa jadi?
➡️ Jangkitan kuman (virus/bakteria)
➡️ Alergi (habuk, pollen, bulu haiwan)
➡️ Perubahan cuaca

😷 Tips penjagaan: ✔️ Pakai mask jika sensitif habuk/alergen
✔️ Minum air secukupnya
✔️ Elakkan pencetus (trigger)
✔️ Dapatkan rawatan awal

🚨 Bila perlu jumpa doktor?
👉 Simptom lebih 3–5 hari
👉 Sakit muka teruk
👉 Demam atau lendir pekat berwarna

📍 Jangan tunggu sampai teruk — rawatan awal boleh elakkan komplikasi!

💬 Ada simptom macam ni? Datang jumpa kami di Nazren’s Clinic untuk pemeriksaan & rawatan yang tepat.

🫁 Kesedaran Tuberkulosis (TB): Jangan Abaikan Tanda-TandaTB masih wujud dalam komuniti kita,dan pengesanan awal boleh me...
12/04/2026

🫁 Kesedaran Tuberkulosis (TB): Jangan Abaikan Tanda-Tanda

TB masih wujud dalam komuniti kita,dan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

🚨 Perhatikan simptom berikut:
1.Batuk berpanjangan lebih 2 minggu
2.Batuk dengan kahak bercampur darah
3.Berpeluh malam
4.Penurunan berat badan tanpa sebab
5.Demam atau cepat letih

Jangan anggap ini perkara biasa,jangan tunggu sampai teruk.

💡 Kenapa perlu pemeriksaan awal:
1.TB adalah penyakit yang boleh dirawat dan disembuhkan
2.Rawatan awal boleh mencegah jangkitan kepada ahli keluarga
3.Penangguhan rawatan boleh menyebabkan komplikasi serius

👨‍⚕️ Di Nazren’s Clinic, kami menyediakan: ✔️ Pemeriksaan doktor
✔️ Saringan TB & rujukan
✔️ Susunan X-ray dada
✔️ Nasihat dan pemantauan rawatan

📍 Jika anda atau ahli keluarga ada simptom, datang dapatkan pemeriksaan segera.
Lindungi diri. Lindungi orang tersayang.
💬 Hubungi kami atau walk-in bila-bila masa.
“Batuk bukan sekadar batuk.”

Nazren’s Clinic mengucapkanSelamat Berjaya kepada semua calon SPM 2025!Ingatlah, SPM hanyalah sebuah permulaan,batu lonc...
31/03/2026

Nazren’s Clinic mengucapkan
Selamat Berjaya kepada semua calon SPM 2025!

Ingatlah, SPM hanyalah sebuah permulaan,
batu loncatan yang lebih besar ke arah masa depan
teruskan melangkah dengan yakin,
dan hargai setiap usaha yang telah anda curahkan.

Anda sudah melakukan yang terbaik!💪🏻

🌙✨ Cuti Raya Dah Tamat! ✨🌙Alhamdulillah, cuti sudah habis dan kami kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, 28/3/2...
27/03/2026

🌙✨ Cuti Raya Dah Tamat! ✨🌙

Alhamdulillah, cuti sudah habis dan kami kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, 28/3/2026 😊

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda sepanjang tempoh cuti Hari Raya ❤️

🩺 Waktu Operasi Nazren’s Clinic:

Monday – Thursday
🕗 Morning : 8:00am – 12:30pm
🍽️ Lunch Break : 12:30pm – 2:00pm
🌆 Evening : 2:00pm – 7:30pm (No break)

FRIDAY🚫 OFFDAY

Saturday & Sunday
🕗 Morning : 8:00am – 12:30pm
🍽️ Lunch Break : 12:30pm – 2:00pm
🌆 Evening : 2:00pm – 4:30pm

Kami sedia untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda dan keluarga 💙

Jumpa anda di klinik! 👨‍⚕️👩‍⚕️

21/03/2026

Pelita dinyalakan di malam raya,
Indah berseri menyambut Syawal mulia,
Dari kami warga Nazren’s Clinic semua,
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dipinta.

Kami mendoakan anda semua gembira di samping keluarga tersayang pasa hari mulia ini.

Notis: Nazren’s Clinic ditutup sempena
Hari Raya sehingga Jumaat, 27/3/2026.

Klinik akan beroperasi semula pada Sabtu, 28/3/2026.

Terima kasih & Selamat Hari Raya Semua 🌙

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMPENA HARI RAYANazren’s ClinicDimaklumkan bahawa:🗓 Rabu, 18/03/2026Merupakan hari terakhir konsultas...
18/03/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMPENA HARI RAYA
Nazren’s Clinic

Dimaklumkan bahawa:

🗓 Rabu, 18/03/2026
Merupakan hari terakhir konsultasi bersama doktor sebelum cuti Hari Raya.

🗓 Khamis, 19/03/2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Akan diadakan Gotong-Royong Perdana
➡️ Klinik hanya menyediakan perkhidmatan pengambilan ubat terpilih sahaja

🗓 Tempoh Cuti Hari Raya:
📅 20/03/2026 (Jumaat) – 27/03/2026 (Jumaat)
(Klinik ditutup sepenuhnya)

✨ Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
🚗 Semoga semua selamat sampai ke pangkuan keluarga.

10/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dari Nazren’s Clinic 🌙

Team Nazrens Clinic tak sabar berhari raya,
Cantik dekorasi dibuat mereka,
Notis semua Klinik masih dibuka
Sehingga Hari raya menjelang tiba. 😊

Namun dalam kegembiraan membuat persiapan Syawal, jangan kita lupa untuk mempertingkatkan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan.

Semoga Allah mengurniakan kita semua peluang bertemu malam Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Antara doa yang sangat digalakkan dibaca pada malam-malam ini ialah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengurniakan kita keampunan, rahmat dan keberkatan di penghujung Ramadhan ini.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin🤲🏼

Aik yang paling nyaman waktu tok… ❄️Alhamdulillah, kita diberik peluang sekali lagik utk mengerjakan ibadah puasa dalam ...
19/02/2026

Aik yang paling nyaman waktu tok… ❄️

Alhamdulillah, kita diberik peluang sekali lagik utk mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang penuh mulia tok.
Ayuh sama-sama kita penuhkan hari-hari Ramadan dgn ibadah, sedekah, zikir & doa — kerana setiap amalan dilipatgandakan pahalanya.

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Setiap amalan anak Adam dilipatgandakan; satu kebaikan dibalas sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Percayalah, Ramadan bukan sekadar bulan keberkatan rohani, malah juak membawa manfaat kepada kesihatan kita.
Badan diberik rehat, nafsu lebih terkawal, dan jiwa jadi lebih tenang.

Semoga Ramadan tahun tok menjadikan kita lebih sabar, lebih sihat, dan lebih dekat dgn Allah 🤍
Selamat berpuasa semua.

Waktu operasi klinik ( Sepanjang bulan ramadhan sahaja):

✅️Isnin hingga Khamis : 8am -5pm
Rehat : 1-2pm

Jumaat : OFFDAY

✅️Sabtu dan Ahad : 8am-5pm
Rehat : 1-2pm

Address

Lot 1406 Ground Floor Block 10 MCLD Centre Point PH 2 Jalan Kubu
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6085326260

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazren's Clinic - Miri,Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nazren's Clinic - Miri,Sarawak:

Share

Category