26/01/2026
Tali pusat bayi nampak hitam, basah dan masih bergayut.
Ibu ayah mula risau, "Bila nak luruh ni? Nak kena tarik ke?"
Tuan-tuan dan Puan-puan (terutamanya New Parents),
Tali pusat (Umbilical Stump) biasanya akan luruh sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas kelahiran.
Dalam tempoh menunggu ia luruh, penjagaan yang betul sangat penting untuk elak jangkitan kuman (Omphalitis) yang boleh bahayakan nyawa bayi.
Ini SOP Penjagaan Pusat Bayi yang betul:
1. Prinsip "Clean & Dry" (Bersih & Kering)
Paling penting, pastikan kawasan pusat sentiasa KERING.
Selepas mandi, lap perlahan-lahan sekeliling pusat dengan putik kapas atau tuala bersih. Pastikan tiada air bertakung di celah-celah.
2. Lipat Lampin (Pampers) Ke Bawah
Jangan pakaikan pampers menutup pusat. Lipat bahagian pinggang pampers tu ke bawah.
Sebabnya? Kita nak elakkan air kencing (najis) terkena pada pusat, dan nak bagi pusat terdedah pada udara supaya cepat kering dan luruh.
3. Jangan Letak Bahan Asing
❌ Jangan letak duit syiling (konon nak bagi pusat tak bonjol).
❌ Jangan sapu minyak gamat, bedak, atau herba sembarangan.
❌ Jangan pakaikan barut terlalu ketat sampai pusat lembap berpeluh.
Kenapa ada bayi pusat 'Tenggelam' (Innie) dan ada yang 'Timbul' (Outie)?
Ramai ingat pusat timbul (Outie) sebab doktor potong tali pusat tak pandai atau tak pendek. SALAH.
Bentuk pusat bayi ditentukan oleh cara kulit bayi itu sendiri bercantum dan sembuh, serta faktor ruang antara otot perut. Ia tiada kaitan dengan teknik potong.
Dua-dua bentuk adalah NORMAL.
TANDA BAHAYA (Terus ke Klinik):
Jika kulit sekeliling pusat menjadi MERAH MENYALA, bengkak, berbau sangat busuk, atau keluar nanah. Ini tanda jangkitan!