02/09/2025
Bila masuk bulan September, kita sering nampak reben kuning mula dikongsi di media sosial. Ada yang tertanya-tanya, apa maksudnya?
Reben kuning ni sebenarnya simbol kesedaran tentang pencegahan bunuh diri. Ia bukan sekadar warna, tapi lambang harapan, sokongan, dan peringatan bahawa setiap nyawa itu berharga.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang jatuh pada 10 September tiap-tiap tahun, bukan untuk menakutkan kita dengan isu bunuh diri, tapi untuk membuka ruang berbicara tentang perkara yang selama ni dianggap taboo.
Ramai yang diam-diam bawa beban emosi, dan ada juga yang rasa tak ada siapa faham.
Reben kuning mengingatkan kita bahawa tak salah nak minta tolong bila rasa terlalu berat, tak salah nak rehat bila penat, dan tak salah kalau kita perlukan seseorang untuk sekadar mendengar.
Kadang, perkara kecil macam mesej โkau okay ke?โ atau sekadar duduk teman tanpa berkata apa-apa, boleh jadi penyelamat untuk seseorang.
Kita mungkin tak tahu siapa yang sedang berjuang diam-diam, tapi sikap peduli tu boleh buat perbezaan besar.
Jadi bila nampak reben kuning bulan ni, cuba kita ingat, ia bukan sekadar simbol tapi tanda bahawa kita semua boleh jadi cahaya kecil dalam hidup orang lain.