30/04/2026
🌿 AKTIVITI MENTARI MIRI 🌿
Mentari Miri telah menyertai satu sesi perkongsian kesihatan mental dalam kumpulan kecil yang dianjurkan di Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri pada 29 April 2026.
Sesi ini berlangsung secara santai dan interaktif, memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, bertanya soalan serta memahami isu kesihatan mental dengan lebih dekat.
Antara pengisian sesi:
✔️ Perkongsian asas mengenai kesihatan mental
✔️ Perbincangan terbuka dalam kumpulan kecil
✔️ Perbincangan mengenai stigma berkaitan kesihatan mental
✔️ Sesi saringan kesihatan mental ringkas
✔️ Sokongan dan penerangan awal kepada peserta
Sesi ini membantu meningkatkan kesedaran serta menggalakkan komunikasi terbuka dalam menangani isu kesihatan mental dan stigma dalam kalangan komuniti.
📸 Gambar sekitar sesi dilampirkan
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan penyertaan yang diberikan.