13/04/2023
Tanda-tanda anda mungkin menghidapi Kanser.
Setiap jenis kanser mempunyai tanda dan gejala yang tersendiri, tetapi secara am nya tanda-tanda dibawah ini mungkin dapat membantu kita megenalpasti kemungkinan diri kita menghidapi kanser.
1) Penurunan berat badan secara mendadak tanpa ada sebab yang jelas seperti bersenam atau diet makanan.
2) Letih dan lesu. Keadaan dimana anda setiasa berasa letih walaupun sudah berehat tetap rasa badan lesu.
3) Perubahan ketara pada pencernaan pembuangan air besar dan kecil. Perubahan ini termasuk frekuensi pembungan bertambah atau berkurang, najis menjadi cair atau sembelit, darah di najis dan air kencing.
4) Struktur kulit berubah. Warna dan tekstur kulit terganggu. Sebagai contoh, perubahan kulit berbintik-bintik seperti buah oren di bahagian payu dara antara salah simptom kanser payu dara.
5) Perubahan pada kitaran darah haid atau keluar darah haid secara tiba-tiba bagi wanita yang sudah menopause.
6) Bonjolon yang tumbuh secara tiba-tiba terutamanya di bahagian payudara, kepala dan te**is lelaki.
7) Susah untuk menelan makanan, perubahan pada suara dan kerap batuk sehingga berdarah
8) Taik lalat yang berubah saiz,warna,bentuk dan berdarah
Perlu di ingati, tanda-tanda ini tidak semestinya di katakan anda mempunyai kanser,ini hanyalah panduan am yang kita harus faham dan tahu. Jika ada mempunyai gejala-gejala ini sila ke klinik berdekatan untuk mendapatkan konsultasi dari doktor.
Dr Muhammad
13/04/2023
Klinik Ibrahim