Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Government Organization

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.Ikhlas daripada:Pengarah dan seluruh warg...
30/10/2024

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar



KAJI SELIDIK PEMBUKAAN KIOSK BUAH-BUAHAN SEGARDI HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUARPihak konsesi dengan kerjasama Lemb...
29/10/2024

KAJI SELIDIK PEMBUKAAN KIOSK BUAH-BUAHAN SEGAR
DI HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR

Pihak konsesi dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang untuk membuka kiosk buah-buahan segar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan pemakanan sihat, menyokong pertanian tempatan, dan meningkatkan pengalaman pelawat di hospital.

Justeru itu, kerjasama warga HPSF dan orang ramai amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini dengan menekan link di bawah (Tiada butiran peribadi diperlukan).

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc2an3-fqB9BHNom5ghfFNpxv0nqB0pWK-p2mefDSFlTv2hRg/viewform

KAJIAN AKAN DITUTUP PADA 7 NOVEMBER 2024.

Terima kasih atas kerjasama anda dalam menyertai kajian ini.

Selamat sejahtera, Medivest Sdn Bhd dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang untuk membuka kiosk buah-buahan segar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan pemakanan sihat, menyokong pertanian tempatan, dan meningkatkan p...

Semua pelanggan termasuk pesakit dalam (di wad), pesakit luar (selain di wad) dan penjaga pesakit dijemput untuk menyert...
29/10/2024

Semua pelanggan termasuk pesakit dalam (di wad), pesakit luar (selain di wad) dan penjaga pesakit dijemput untuk menyertai Kajian ini dari 28 Oktober hingga 12 Disember 2024 dengan menekan pautan atau imbas kod QR di bawah. BUTIRAN SULIT PESERTA KAJIAN TIDAK DIPERLUKAN.

Terima kasih atas maklumbalas anda...

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfHl9ph5yctL8MS5YM3ck5lhss5DZy8zF4nH5r3PfPAhAQG2A/viewform?usp=pp_url&entry.2060248153=Johor&entry.1361405752=Hospital+Pakar+Sultanah+Fatimah,+Muar

Sekitar Program Kem Pembedahan Katarak bersempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2024 Peringkat Hospital Pakar Sultan...
21/10/2024

Sekitar Program Kem Pembedahan Katarak bersempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2024 Peringkat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Program berlangsung selama empat (4) hari, bermula dari 12, 13, 19 hingga 20 Oktober 2024.

Program telah disempurnakan oleh Dr Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah HPSF. Turut hadir ialah Dr Shahrul Bariah binti Mohd Ghazali, Ketua Jabatan Oftalmologi.

Jumlah pembedahan tersenarai: 104 kes
Jumlah pembedahan dibuat: 102 kes
Majoriti pesakit merupakan penerima bantuan ‘Intraocular Lens’ di bawah Program Peka B40.

Tahniah Jabatan Oftalmologi atas kejayaan penganjuran program.

Sekitar Kursus "Retreat Occupational Therapy” 2024 yang telah berlangsung pada 16 Oktober 2024 di bawah anjuran Unit Ter...
17/10/2024

Sekitar Kursus "Retreat Occupational Therapy” 2024 yang telah berlangsung pada 16 Oktober 2024 di bawah anjuran Unit Terapi Cara Kerja Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dengan penyertaan daripada semua anggota Unit Terapi Cara Kerja HPSF.

Perasmian Kursus telah disempurnakan oleh Dr Fairoz Azlim Bin Muslim, Pengarah HPSF.

Objektif Kursus:

1. Memperkasakan kompetensi Jurupulih Perubatan Carakerja dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.

2. ⁠Membincangkan perancangan Terapi Cara Kerja dan takwim untuk tahun 2025.

3. ⁠Mengenalpasti permasalahan di dalam perkhidmatan dari aspek klinikal, perkhidmatan penjagaan pesakit, latihan dan dokumentasi.

4. ⁠Memberi peluang pengiktirafan dan penghargaan kepada Ahli Terapi Cara Kerja yang telah banyak memberikan sumbangan dan jasa kepada pesakit dan masyarakat khususnya.

Tahniah kepada Unit Terapi Cara Kerja atas penganjuran Kursus tersebut 👏🏻👏🏻

🩸Secara purata, satu 1️⃣ beg darah diperlukan setiap 43 saat di Malaysia bagi menampung keperluan pesakit. Jadilah wira ...
14/10/2024

🩸Secara purata, satu 1️⃣ beg darah diperlukan setiap 43 saat di Malaysia bagi menampung keperluan pesakit.

Jadilah wira dengan membantu mengekalkan stok bekalan darah di tahap yang selamat.

❤️ JOM DERMA DARAH




Buah-buahan 🍊🥭 dan sayur-sayuran 🥦🥬 sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, bu...
13/10/2024

Buah-buahan 🍊🥭 dan sayur-sayuran 🥦🥬 sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.

Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran p**a boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kump**an makanan yang lain seperti ayam 🍗, daging 🥩, ikan 🐟 dan kekacang 🫘untuk dijadikan sebagai hidangan.

‼️Walau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.



Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Uswatun Husna binti Abdul Rahman, Pegawai Farmasi dari Jabatan Farmasi, Hospital Paka...
10/10/2024

Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Uswatun Husna binti Abdul Rahman, Pegawai Farmasi dari Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar atas kejayaan meraih Johan bagi Kategori Pertandingan Video Seminit dalam Konvensyen QA Kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada seluruh warga HPSF.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Address

Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category