
23/11/2022
🐝🍯
Empat Pelajaran Hidup dari Lebah~
Lebah adalah binatang kecil yang terukir indah dalam Alquran.
Ada banyak hikmah yang dapat diambil dari lebah.
PERTAMA, lebah hanya menghisap saripati bunga. Ia hanya mengambil yang inti dan membiarkan yang lain. Lebah tidak rakus. Dia tahu, yang menjadi keperluannya hanyalah saripati, bukan yang lain. Ini mengajarkan bahawa setiap Muslim harus mengambil sesuatu sesuai dengan kadarnya sahaja. Sebab, mengambil hak orang lain hukumnya adalah haram.
KEDUA, lebah menghasilkan madu yang memberi manfaat bagi kesihatan manusia. Madu berasal dari saripati bunga dan baik, maka keluarnya pun baik. Sesuatu yang halal, keluarnya halal p**a. Dan, ia banyak memberi manfaat bagi orang lain.
KETIGA, lebah tidak merosak. Di mana pun dia hinggap, tak ada tangkai daun ataupun ranting pohon yang patah. Betapa santunnya haiwan kecil ini hingga dalam pergaulan dia tidak menyakiti siapa pun. Lebah senantiasa memegang prinsip iffah (ketenteraman) dalam pergaulan.
KEEMPAT, lebah punya harga diri. Ia tidak akan pernah mengganggu orang lain selama kehormatan dan harga dirinya dihormati. Namun, bila harga dirinya dizalimi, ia akan sedia ‘menyengat’ pengganggunya walau terpaksa berkorban nyawa.
Ketika lebah menyengat, racun tubuhnya terbuka dan turut mematikan dirinya. Oleh itu, setiap Muslim harus mampu menjaga kehormatan diri, agama, dan Negaranya dari ancaman anasir luar yang jahat.
Sudah sepatutnya kita belajar ilmu dari lebah. Manusia memiliki kemuliaan dari makhluk lain. Namun, tingkah laku dan kehormatan manusia boleh lebih hina dari binatang.
Allah memberikan pelajaran bagi manusia untuk mengambil hikmah dari lebah. Ia makhluk kecil yang memberikan manfaat sangat besar bagi manusia.
Malangnya, orang kita sering menyamakan LEBAH dengan TEBUAN sehingga lebah yang baik dianggap serangga yang membahayakan. TEBUAN tak punya madu, sangat agresif dan mampu menyengat berkali-kali. Berbeza dengan lebah.
Banyak laporan dibuat ke pihak berwajib untuk memusnahkan koloni lebah yang bersarang berhampiran rumah.