11/11/2021
Assalamualaikum warga Kampung Parit Nawi. Diharapkan semua sihat dan dilindungi Allah, dijauhkan dari wabak penyakit covid19. Terus amalkan SOP dan norma baharu demi kesejahteraan bersama. Kepada warga Parit Nawi yang sedang dikuarantin atau dah potong gelang, kami ucapkan semoga kembali cergas dan bertenaga macam biasa, insha'Allah.
Baik, lama juga kami tak update post dalam page ni. Maklumlah, tiada aktiviti yang kita boleh jalankan sepanjang PKP tempoh hari selain kuarantin, maka tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik. Sempadan dah dibuka, warung roti canai dan burger dikampung kita pun dah boleh dine in, boleh lepak2, warga Parit Nawi yang merantau pun dah ada yang p**ang jenguk mak ayah disini. Sedikit sebanyak, aktiviti kampung pun dah boleh dijalankan dengan syarat, patuhi SOP.
Cuma isu yang kami nak kemukakan disini adalah berkenaan dengan kebersihan Kampung Parit Nawi terutama dibahagian baroh, sebelum simpang 3 hujung kampung. Kami perhatikan semakin lama kuantiti longgokkan sampah semakin banyak. Awal dulu cuma sedikit, sekadar pelastik2 kecil. Tapi sekarang makin membukit p**a. Dengan pampers, baju2 dan kain buruk sekali dengan pakaian dalam bersepah kat situ.
Benda ni mencacatkan pandangan tuan2. Kami tak pasti sampah2 tu dari mana, samada tuan kebun membenarkan atau sampah tu dibuang oleh orang luar, yang pasti ia memburukan imej Kampung Parit Nawi. Tambahan p**a, kehadiran monyet yang menyelerak sampah lebih menjadikan hujung kampung kita kotor.
Jadi kami harap, warga Parit Nawi atau warga kampung yang berdekatan, hentikanlah buang sampah disitu. Kalau nak buang sampah, di Parit Penyengat depan perumahan warga asing ada disediakan Tong Sampah. Boleh buang disitu, tak jauh sangat pun dari kampung kita.
Kami muatnaik post ini demi menyeru warga kampung agar buka mata demi menjaga kebersihan Kampung Parit Nawi tercinta ini. Kami harap juga pihak berwajib akan memandang serius tentang masalah pembuangan sampah di Kampung Parit Nawi. Sekian, salammmmm dari Parit Nawi!
(boleh rujuk gambar untuk kenalpasti kalau ada tuan empunya sampah, boleh pindahkan segera demi kesejahteraan bersama).
_admin_kimon_