Amanah Negara Muar

Amanah Negara Muar Page ini suara rasmi Parti AMANAH Negara kawasan Muar. Sebarang maklum balas boleh terus hubungi pih

11/01/2026

ZIARAH ISTERI SAUDARA ADIB

Alhamdulillah, Tn Hj Faizul berkesempatan menziarahi isteri Saudara Adib yang sedang menunggu kelahiran anak kedua.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran, dikurniakan keselamatan buat ibu dan bayi, serta anak yang lahir menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga. 🤲✨





09/01/2026

ZIARAH PUAN NORAINI

Alhamdulillah, Tok Sali bersama Tok Jamri mewakili AMANAH Kawasan Muar berkesempatan menziarahi Puan Noraini yang ditimpa kemalangan jatuh di rumah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan.

Semoga Puan Noraini diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikuatkan semangat dalam menghadapi ujian ini.
Mudah-mudahan ziarah ini sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban yang ditanggung.

🤲 Kita sama-sama doakan kesejahteraan beliau.





08/01/2026

TANWEER MINGGUAN PEMBUKA TAHUN 2026

Alhamdulillah, berlangsung Tanweer Mingguan AMANAH Muar seperti biasa, dan hari ini merupakan pertemuan minggu pertama bagi tahun 2026.

Program diketuai oleh Hj Faizul, Ketua AMANAH Kawasan Muar dengan pengisian hadis serta perbincangan isu-isu semasa sebagai panduan dan pencerahan bersama.

Semoga usaha berterusan ini menjadi medan pengukuhan ilmu, kefahaman dan perjuangan berteraskan nilai Islam serta rahmatan lil ‘alamin.





08/01/2026

ZIARAH PUAN AINON

Alhamdulillah, Tok Sali mewakili AMANAH Muar berkesempatan menziarahi Pn Ainon yang sedang keuzuran.
Sedikit usaha kami hulurkan bagi membantu keperluan perubatan beliau.

Semoga Pn Ainon terus diberi kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲
Moga setiap kebaikan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.





07/01/2026

ZIARAH PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH PN MISAH

Alhamdulillah, Tok Sali mewakili AMANAH Muar berkesempatan menziarahi pemergian Allahyarhamah Pn Misah di Parit Penyengat Darat.

Kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. 🤲





06/01/2026

PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH PUAN AINAH

Alhamdulillah, Tn Hj Faizul berkesempatan hadir menziarahi pemergian Allahyarhamah Puan Ainah.

Kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarhamah pergi dengan tenang, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. 🤲

Al-Fatihah.





02/01/2026

UCAPAN SEMPENA TAHUN BARU 2026 : AMANAH KAWASAN MUAR

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨

Kami dari Parti Amanah Negara Kawasan Muar mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluruh masyarakat, khususnya warga Parlimen Muar.

Semoga tahun baharu ini membawa kebaikan, keberkatan, perpaduan dan sinar harapan buat kita semua.
Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan kita dilimpahi rahmat serta diberkati oleh Allah SWT.

Bersama kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat Rahmatan Lil ‘Alamin, demi Muar yang lebih sejahtera dan berdaya maju.

🤲✨





01/01/2026

UCAPAN AKHIR TAHUN 2025
KETUA PARTI AMANAH NEGARA KAWASAN MUAR

Dengan ini melabuhlah tirai tahun 2025.

Tn Hj Faizul, Ketua Parti AMANAH Negara Kawasan Muar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Muar yang terus bersama-sama mendukung perjuangan AMANAH.

Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan dokongan yang diberikan dalam mengangkat nilai Rahmatan Lil ‘Alamin — politik berteraskan kasih sayang, keadilan dan kebajikan untuk semua.

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, memperkukuh kesatuan, dan menguatkan tekad kita untuk terus berkhidmat demi rakyat dan masa depan Muar yang lebih sejahtera.

Selamat tinggal 2025,
Selamat datang 2026.





31/12/2025

SUMBANGAN WAKAF KERUSI RODA UNTUK HJ RAHMAN RUBAIE

Alhamdulillah, dengan izin Allah 🤲
AMANAH Muar diberi peluang dan kesempatan menziarahi Hj Rahman Rubaie serta menyampaikan sumbangan wakaf kerusi roda untuk kegunaan beliau.

Semoga sumbangan ini memberi sedikit kemudahan, meringankan urusan harian dan menjadi amal jariah berpanjangan buat para penyumbang.
Moga Allah memberkati setiap kebaikan yang dihulurkan. 🤍

“Dan apa jua kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah: 215)





30/12/2025

WAKAF KATIL UNTUK MAK CIK SALAMAH

Alhamdulillah, AMANAH Muar berkesempatan menyampaikan katil wakaf kepada Mak Cik Salamah yang sedang uzur.

Moga sumbangan kecil ini memberi keselesaan, meringankan kesakitan dan menjadi asbab kebaikan buat semua yang terlibat.

“Dan apa jua kebaikan yang kamu lakukan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah: 215)

🤲 Semoga Mak Cik Salamah diberikan kesembuhan dan kekuatan.

29/12/2025

ZIARAH PEMERGIAN ALLAHYARHAM NORAZMAN @ WAK TAWIL

Alhamdulillah, Tok Sali mewakili AMANAH Muar berkesempatan menziarahi pemergian Allahyarham Wak Tawil @ Norazman yang telah kembali ke rahmatullah.

Kita doakan semoga Allahyarham diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebaikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 🤲

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran: 185)

🕊️ Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan.

Address

No 18, Tingkat 1, Jalan Puncak 3, Pekan Parit Bakar
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negara Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amanah Negara Muar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram