Muar Hock Hai Pharmacy

Muar Hock Hai Pharmacy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muar Hock Hai Pharmacy, 70 , Jalan Sisi, Muar.

Depan Tabung Haji Muar / Tepi Rabbit House
Medical supply
Glucose & blood pressure monitoring
Prescription
Supplement (Vitamin)
Dressing
Nutrition Milk Powder

Penghantaran percuma atas pembelian rm100ke atas (Within 3.5km)
Provide postage service

Recova No More Fever Cooling Gel Patch is safe for use with medication. It gives immediate cooling relief, ready to use ...
27/05/2025

Recova No More Fever Cooling Gel Patch is safe for use with medication. It gives immediate cooling relief, ready to use anywhere and anytime.
οƒΌ Cooling up to 8 hours.
οƒΌ Gentle to the skin.
οƒΌ Easy to supply and remove.
οƒΌ No fragrance and no coloring
OfferπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

27/05/2025

Macam mana nak tahu mulut kita berbau?

1. Uji nafas sendiri:

Jilat belakang tangan, tunggu kering, dan bau.
Atau hembus nafas ke dalam cawan, tutup dan hidu selepas 5 saat.

2. Guna benang gigi (floss)

Gunakan floss di celah gigi belakang dan bau benang itu. Kalau bau kurang enak, itulah bau mulut anda.

‼️Jangan tanya suami . Mereka tidak berani bertahu kebenaran. Tanya anak kecil kerana mereka lebih jujur.

Jaga mulut, jaga imej. Bau mulut boleh rosakkan first impression, walaupun muka dah segak dan senyum manis.

13/05/2025

Sudah biasa dengar β€œmakanan sebagai ubat”? Tapi mungkin anda tak sangka, ubat semula jadi itu sebenarnya dekat sangat dalam dapur kita sendiri.

Perut kembung?
Cuba hirisan halia dalam air panas, atau daun pudina segar jadi teh. Lega dan menyegarkan.

Batuk dan perit tekak?
Sesudu madu asli dalam air suam boleh bantu redakan tekak yang gatal.

Cirit-birit ?
Yogurt boleh bantu pulihkan flora usus yang terganggu. Kaya dengan probiotik

Sembelit?
Jangan tunggu lama-lama. Betik segar penuh enzim yang bantu sistem penghadaman bekerja lebih lancar

Penawar kadang-kadang, ia bermula dengan sudu, cawan, dan buah yang dipotong di meja makan.

Offer nowπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
30/04/2025

Offer now
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

29/03/2025

Malam raya selalunya sibuk. Dapur berasap dari pagi sampai ke lewat malam. Rendang, kuah kacang, lontong, sup tulang. Semua dimasak awal supaya pagi raya tinggal panaskan saja. Tapi… pernah tak terfikir, makanan yang dibiarkan semalaman tu, betul-betul selamat ke untuk dimakan?

Suhu bilik + makanan berlemak + masa lebih dari 4 jam = resepi untuk pembiakan bakteria. Kadang-kadang kita tak sedar, tapi inilah punca cirit-birit, muntah, dan keracunan makanan yang buat ramai habis raya dalam bilik air, bukan bilik tamu.

Tips keselamatan makanan malam raya:
1. Jangan biar makanan masak pada suhu bilik lebih 4 jam. Kalau belum nak makan, simpan dalam peti sejuk.
2. Panaskan makanan betul-betul sebelum dihidang. Biar mendidih, bukan sekadar suam.
3. Elak ulang panas berkali-kali. Bahagikan makanan dalam bekas kecil, panaskan bila perlu.
4. Gunakan sudu bersih bila ceduk. Jangan campur sudu rasa dengan sudu hidang.

Raya memang masa untuk bersama keluarga, menjamu selera dan berkongsi rasa. Tapi biarlah rasa bahagia, bukan rasa mual.

Sayangi diri dan keluarga, masak dengan kasih, hidang dengan selamat.

πŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈFor Eye
16/02/2025

πŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈπŸ‘οΈ
For Eye

02/02/2025

Di negara tropika seperti Malaysia, cuaca yang panas dan lembap menjadikan mandi pagi bukan sekadar kebiasaan, tapi satu KEPERLUAN. Kalau tak mandi pagi, ini antara kesannya:

1. Badan Cepat Berpeluh dan Berbau

Kalau tak mandi, peluh yang terkumpul semalaman boleh menyebabkan bau badan kurang menyenangkan.

2. Kulit Rasa Berminyak dan Tidak Segar

Minyak semula jadi yang dikeluarkan oleh kulit akan terkumpul sepanjang malam. Bila tak mandi pagi, kulit rasa melekit, tak selesa

3. Mengantuk dan Kurang Fokus

Mandi pagi membantu melancarkan peredaran darah, buat badan dan otak lebih segar. Kalau skip mandi, otak boleh rasa β€˜slow’, mengantuk, dan kurang bertenaga

4. Risiko Jangkitan Kulit Meningkat

Bakteria dan kulat s**a tempat lembap dan berpeluh. Bila tak mandi pagi, peluh yang terkumpul boleh menyebabkan iritasi kulit, ruam, atau jangkitan seperti kurap dan panau.

5. Kurang Rasa Keyakinan Diri

Tak mandi pagi boleh buat kita rasa kurang selesa, terutama bila berhadapan dengan orang lain. Rasa tak segar dan badan melekit boleh menjejaskan mood dan keyakinan diri sepanjang hari.

Jadi, kalau rasa malas nak mandi pagi, ingatlah yang ia bukan sekadar untuk kebersihan, tapi juga untuk keselesaan diri dan orang sekeliling.
Ada pengalaman ke bila tak mandi pagi, rasa tak best sepanjang hari?

28/01/2025

Cuti CNY
Tutup 29hb n 30hb
31hb open🍊🍊

Offer masih ada lagiπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡Last 31/01/25
19/01/2025

Offer masih ada lagiπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Last 31/01/25

Offer
πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ₯°πŸ₯°πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ₯³πŸ₯³

18/01/2025

Hati kita berfungsi seperti benteng pertahanan, menapis toksin dan menyimpan tenaga. Tetapi gula? Ia boleh menghancurkan semuanya perlahan-lahan, tanpa kita sedar.

Setiap kali anda mengambil gula berlebihan, terutama dalam bentuk fruktosa, hati anda bekerja keras untuk memprosesnya. Tetapi ia tidak mampu bertahan lama. Fruktosa ini akan berubah menjadi lemak, yang terkumpul sedikit demi sedikit di dalam hati.

Hati Berlemak (Fatty Liver) tiada simptom, tetapi kerosakannya nyata. Bila hati anda sudah penuh dengan lemak, ia tidak lagi boleh berfungsi dengan baik.

Lama-kelamaan, ini boleh membawa kepada:

β€’ Keradangan Hati: Sel-sel hati anda mula rosak.

β€’ Sirosis Hati: Parut kekal yang menjadikan hati anda tidak boleh digunakan lagi.

β€’ Kegagalan Hati: Tiada jalan kembali.

Hati tidak pernah menjerit, tetapi ia menderita dalam diam. Bila simptom seperti keletihan, sakit perut, atau kulit kekuningan muncul, ia mungkin sudah terlambat.

Ambil Tindakan Sekarang Setiap teguk minuman bergula merosakkan hati anda. Tukar kepada air kosong – hati anda akan berterima kasih.

Offer CNYπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡βœ¨βœ¨βœ¨βœ¨
18/01/2025

Offer CNY
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡βœ¨βœ¨βœ¨βœ¨

28/10/2024

Jika buah-buahan mengandungi banyak sisa racun perosak, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.

Ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat – gunakan baking soda!

1. Campurkan Larutan Baking Soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).

2. Rendam Buah-buahan Selama 10–15 Minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.

3. Bilas Bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!

Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.

Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda. Sedikit usaha, hasilnya – kesihatan yang lebih terjamin!

Address

70 , Jalan Sisi
Muar
84000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 18:30
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60173357022

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muar Hock Hai Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share