18/01/2023
CARA RUQYAH ANAK HIPERAKTIF, BANYAK KERENAH, DEGIL, INDIGO (deria ke-6), AUTISM, NAKAL, SAKIT ATAU DEMAM.
Harapan setiap ibu bapa adalah dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk hati, sebagaimana terkandung dalam Al-Quran surah Al-Furqan: 74, doa yang senantiasa dipanjatkan:
"ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما ..."
"Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
Namun kehidupan di dunia ini adalah menjadi ujian bagi kita orang-orang yang beriman, adakalanya ujian berupa kesenangan, adakalanya ujian juga berupa kesedihan atau kesempitan.
"كل نفس ذائقة الموت ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون"
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan "(Al Quran surat Al Anbiya: 35)
Rasulullah Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء وإن الله إذا أحب قوما ابتلاهم فمن رضي فله الرضا ومن سخط فله السخط
"Sesungguhnya besarnya pahala bergantung dengan besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya. Siapa yang redha dengan ujian itu, maka ia akan mendapat KeridhaanNya. Siapa yang membencinya maka ia akan mendapatkan KemurkaanNya" ( HR. at-Tirmidzi no. 2396 dan Ibnu Majah no. 4031)
Beberapa orang dewasa datang meminta ruqyah untuk anaknya. Ada yang datang kerana anaknya hiperaktif, banyak kerenah, degil, indigo, autism, nakal, sakit atau demam. Memang beberapa tingkah laku kanak-kanak yang aneh atau diluar fitrahnya anak boleh jadi disebabkan kerana gangguan syaitan jin, tetapi boleh juga disebabkan kerana faktor gangguan perubatan atau psikologi.
Berikut ini adalah cara meruqyah anak bagi yang sedang diuji dengan keadaan anak yang hiperaktif, banyak kerenah, degil, indigo, autism, nakal, sakit atau demam. Cara Ruqyah anak-anak ini dapat dilakukan oleh ibu bapa atau orang tua kepada anak setiap hari sehingga Allah kurniakan keadaan yang lebih baik.
1. Rutinkan solat malam / tahajjud lalu memanjatkan do'a:
رب أدخلنى مدخل صدق وأخرجنى مخرج صدق وٱجعل لى من لدنك سلطنا نصيرا
"Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (p**a) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong" (Al Quran surah Al-Isra: 80).
2. Jangan biarkan setiap malam berlalu tanpa bermunajat kepada Allah bahawa kita Redha terhadap ujian anak adalah ketetapan Allah. Contoh do'a yang boleh dibaca sebelum tidur iaitu:
"Allahumma, Yaa Allah .. aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku (sebutkan nama anak satu persatu) dengan redha yang sebenar-benar redha, redha yang sempurna, dan redha yang paling lengkap. Maka hamba memohon kepadamu Robbana untuk menurunkan KeredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada anak-anakku ".
atau dengan do'a yang seumpamanya dengannya:
3. Lakukan teknik Ruqyah "Baca, Tiup, Usap dan Tarik" selama 10 - 15 minit setiap saat anak-anak terlelap tidur di malam hari.
a. Baca secara jahr ayat Al-Quran: Surah Al-Fatihah, Ayat Qursy, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas. Diulang 3x atau bebas.
b. Setiap selesai membaca surah-surah tersebut, tiupkan nafas dari mulut ke kedua telapak tangan.
c. Menyapu kedua telapak tangan ke sekujur tubuh anak, mulai dari wajah, kepala, dada, perut dan bahagian tubuh lainnya.
d. Genggam telapak tangan di atas muka / dada / perut / bahagian tubuh yang telah diketahui ada penyakit, kemudian tarik seolah - olah menarik sumber gangguan baik syaitan jin atau penyakit keluar dari tubuh kanak-kanak. Bangun niat yang kuat memohon pertolongan Allah untuk menarik sumber gangguan.
4. Sediakan air botol sebagai bekal anak sehari-hari. Bacakan secara jahr dan tiupkan di atas air botol tersebut dengan Surah Al-Fatihah, Ayat Qursy, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas. Diulang 3x atau bebas.
InsyaAllah dengan ikhtiar tersebut, Semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada anak-anak hingga kembali kepada fitrah kejadiannya.
والله اعلم بالصواب
بارك الله فيك
_____________________________
Kredit: